webnovel

Episode 104 : Blushing

Blushing!

Blushing!

Blushing!

Darra merasakan suhu badannya bakal meningkat sebentar lagi kerana bahang yang menjalar di sekitar dada serta wajah waktu ini. Dia tidak boleh berfikir dengan jelas jika Alfareeze tidak berhenti dari memandangnya di sebarang meja sana. Entah apa yang menariknya sampaikan lelaki itu tidak berhenti dari pandang.

Dari awal perbincangan, waktu makan tengah hari sehingga sekarang di ruang tamu untuk menyambung semula perbincangan perkahwinan mereka, Alfareeze tidak pernah sekali dari berhenti mengerling ke Darra.

Sementara Darra yang memang malu sejak awal tadi tidak pernah sekali membalas pandangan Alfareeze. Kalau terpandang pun cepat-cepat dia alihkan mata ke tempat lain. Sebolehnya dia mahu mengelak dari bertentang mata. Sebabnya kalau dia pandang Alfareeze kejadian memalukan di kem tentera Alfareeze itu bermain dalam kepalanya.

Cepat la habis!

Dia tak tahan la tanggung rasa malu ni. Macam nak benamkan muka ni ke bantal dan jerit sekuat hati pun ada.

Darra pandang ke Duke Elijah apabila mendengar ayahnya bersetuju dengan tarikh majlis perkahwinannya nanti. Iaitu sebulan dari sekarang.

         "Kalau boleh kami hendak adakan lebih cepat, tapi Alfareeze ada beberapa urusan diraja yang perlu di lakukan. Jadi sebulan la terpaksa menunggu."jelas Puan Rona.

          Duke Elijah mengangguk. "Saya faham..jangan risau. Tarikh ini juga sesuai."

          "Bagaimana dengan kamu Darra?Adakah tarikh ini tidak apa-apa?"Duke Marcel pandang ke Darra.

           Huh?Darra pandang dengan kening terangkat tinggi. "Bo-boleh..."angguknya tergagap tanpa sedar kerana begitu gementar.

            "Kenapa muka kamu merah?Kamu tak apa-apa ke?"Duke Elijah tekap tangan ke dahi Darra tidak semena kerana perasan betapa beronanya pipi Darrah waktu itu.

             Alfareeze di situ hanya menarik sengih meleretnya. "Malu tu.."selorohnya. "Itu yang blushing tak habis-habis.."

Kepala Darra berpaling laju ke Alfareeze. Hampir saja dia mahu marah, tapi bila pandang aje muka tu, dia cepat-cepat menundukkan kepala ke bawah. Huaghh!!Malunya!

Alfareeze menyandar ke belakang dengan tangannya rehat di atas arm rest kerusi. Dia genggam lepas beberapa kali jari jemarinya semasa memandang Darra di sofa depannya. Lama lagi ke perbualan ni?Dia mahu bersama dengan Darra sekarang!

            "Kami telah sertakan bersama dengan hadiah perkahwinan buat Darra."beritahu Duke Marcel.

            "Dan juga ini merupakan keronsang pusaka dari keluarga saya yang saya mahu berikan kepada Darra sebagai hadiah.."Puan Rona mengeluarkan satu bekas perhiasan berwarna biru gelap dari beg tangannya lantas di suakan kepada Alfareeze. "Biasanya akan diturunkan kepada bakal menantu yang menjadi isteri kepada pewaris keluarga Utama. Dan Alfareeze merupakan pewaris Utama dari keluarga saya, maka saya dipertanggungjawabkan untuk menyerahkannya kepada Darra."

            "Sebagai tanda perikatan antara dua keluarga, boleh Darra pakai keronsang ini sekarang?"minta Duke Marcel. "Alfareeze akan bantu memakainya."

Tersentak Darra.

Sementara Alfareeze pandang Puan Rona. Dia sebenarnya langsung tidak tahu menahu mengenai hal ini. Jadi bingung sekejap selepas dengar apa yang disampaikan oleh ibunya sebentar tadi. Mahu tak mahu dia bangun dari situ.

            "Lekas Darra...kamu menungkan apa lagi. Bangun."gesa Duke Elijah apabila Darra langsung tidak bergerak hendak bangun dari situ.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Darra bangun kemudian jalan mendekat ke Alfareeze. Setibanya di depan lelaki lampai tersebut, dengan gugup dia ketap bibir beberapa kali memandang tangan yang memegang bekas perhiasan tadi. Tidak langsung memandang Alfareeze kerana malu.

Puan Rona, Duke Marcel dan Duke Elijah pandang Alfareeze dan Darra berdua dengan senyuman di bibir. Jelas terpancar sinar bahagia di wajah mereka bertiga saat itu.

Sebaik saja Alfareeze memegang keronsang di tangan, lelaki itu tunduk sedia hendak memasangkan keronsang itu pada dress Darra semasa curi-curi berbisik pada gadis itu. Cukup kuat hanya untuk Darra seorang sahaja yang dengar.

        "Kau nampak cantik hari ni. Lepas semua selesai, jumpa aku nanti."pesannya memasang pin keronsang itu dengan kemas.

        "Jumpa?Kenapa?Lelaki ini ingin apa darinya?"cemas Darra selepas dengar. Dia tunggu penuh debar sehingga Alfareeze selesai memakaikan keronsang itu. Cepat-cepat Darra berpusing dan kembali duduk di sebelah Duke Elijah sebaik selesai. Dia tidak mengerling ke Alfareeze sedikit pun.

Perbualan Duke Elijah bersama Duke Marcel dan Puan Rona berakhir apabila seorang lelaki muncul datang menemui Duke Elijah untuk memberitahu yang Duke Elijah perlu masuk ke istana untuk hadiri persidangan bersama Raja Aryyan. Jadi Duke Elijah titipkan Duke Marcel dan Puan Rona bersama Anthony. Menyuruh lelaki itu bertanggungjawab untuk penginapan pasangan tersebut. Maka dua orang itu diiring oleh Anthony sejurus Duke Elijah minta diri.

Darra apalagi, awal-awal ayah dia beritahu nak pergi, dia sebelum tu dah minta diri dulu dengan alasan hendak ke tandas. Walhal dia cuma mahu melarikan diri dari Alfareeze saja. Kalau Alfareeze boleh mengelak dari menemuinya, dia juga boleh lakukan hal yang sama.

Lagipun Alfareeze telah membuatkan dia mengatakan semua yang memalukan itu pada lelaki tu!Jadi dia ambil keputusan untuk mengelak dari bertemu dengan Alfareeze sebanyak mungkin sepanjang masa Alfareeze dan ibubapa lelaki tersebut berada di kediamannya nanti.

           "Darra!"

Suara dari bawah tangga menyentak lamun Darra. Dia tunduk pandang ke bawah serta merta. Bila dipandang Alfareeze sedang dongak ke arahnya.

          "Tunggu situ.."arah Alfareeze mahu meneruskan langkahnya mendaki tangga.

Lah!Lelaki ni ikut dia ke?Sejak bila?Ingat tadi dia keluar dahulu?Macam mana Alfareeze boleh menemuinya dengan pantas.

            "Tak!Jangan naik!"tegas Darra dengan laju. "Hei!Kau tak dengar ke?Aku kata jangan naik!"

Alfareeze tidak peduli. Dia terus mendaki anak tangga itu hendak mendapatkan Darra yang tidak jauh dihadapan. Langkahnya bersahaja tidak kelihatan tergesa-gesa.

            "Kenapa?Bukan ke kau yang beria suruh aku jangan tinggalkan kau..?"borak Alfareeze sambil tu.

             Bersama mata terbutang luas, Darra pandang ke bawah tangga itu dengan nafas tersekat-sekat. Kenapa diungkit lagi!Tahu tak betapa Malunya dia sekarang ni? "Aku kata jangan naik Alfa!?"

Kalut punya pasal, Darra terus menyambung dakiannya untuk ke tingkat atas. Sesampai saja dia di situ, dia tiba-tiba saja jadi bingung. Terus lupa hendak ke mana. Ke kanan koridor dimana bilik kerja ayahnya dan bilik tidur. Ke kiri pula adalah hujung koridor yang tiada laluan lagi.

Sekejap!?Apa dia buat dekat sini?

             "Kenapa kau nak lari..."suara Alfareeze menakut-nakutkan Darra.

Sekali bila Darra toleh ke balik bahu lelaki itu sedang berjalan mendekatinya. Nampak selamba saja sebenarnya Alfareeze berjalan dengan tangan terseluk dalam poket seluar. Tapi di mata Darra waktu itu langkah yang diatur oleh Alfareeze penuh dengan amaran.

Dia dengar Alfareeze pesan supaya berjumpa dengan lelaki itu selepas selesai. Tapi hatinya tidak bersedia lagi untuk berduaan dengan Alfareeze.

Yalah...tiga tahun mereka berpisah.

Kemudian bila berjumpa saja dia marah-marah Alfareeze dan mengatakan sesuatu yang membuatkan dia malu bagai nak apa!

Darra pusing ke tangga sebelah. Dia naik ke tingkat satu lagi. Hendak berlari tapi heel di bawah kaki terhadkan langkahnya. Menyukarkan lagi keadaan waktu itu dress labuh menyapu lantai yang terpasang pada tubuhnya. Memang makin susah untuk dia berlari dalam pakaian tu.

          Alfareeze terus mengekori langkah Darra apabila dia nampak kelibat gadis itu mendaki tangga ke tingkat dua pula. "Kau akan jatuh nanti Darra...baik kau berhenti..."panggilnya semasa lihat betapa bergelutnya Darra hendak mendaki tangga waktu itu.

          "Diam!Jangan dekati aku!Pergi jauh-jauh sana!"ucap Darra di balik nafas termengah-mengah. Sudahlah dia salah pusing. Sepatutnya tadi dia belok ke kanan dimana arah bilik tidurnya. Sekarang di berakhir dekat hujung rumah agam yang tiada apa-apa selain tangga dan bilik kosong tidak berpintu. macam mana dia nak sembunyikan diri!

Klik!

Pintu gergasi ruang ball room terbuka ke dalam.

Darra berjalan masuk ke situ dengan harapan dapat larikan diri atau bersembunyi, tetapi dia silap. Dia tidak sangka yang di akan berakhir di situ. Hendak berpatah balik memang tidak sempat la jawabnya. Alfareeze ada aje dekat belakang tu!

Bersama nafas naik turun kepenatan, cemas-cemas Darra kerling sekeliling ruang tersebut mencari tempat untuk bersembunyi! Apa patut dia lakukan ni!?Dah tak ada tempat lain untuk menyorok!?

Tidak lama mencari, akhirnya idea last minute terdetik dalam fikirannya, Darra berlari ke tiang sebelum terhenti di sebuah langsir tinggi di sebelah tiang tersebut. Tempat itu banyak langsir, jadi Alfareeze tidak mungkin akan selak satu persatu!itu fikiran Darra saat dia berlari ke situ.

Tepat semasa Alfareeze tiba, Darra sudahpun selamat bersembunyikan di sebalik langsir.

Next chapter