Semua pengawal istana Marlowe melirik akan kumpulan barisan dimana kebanyakan mereka semua berpakaian serba hitam dan kelihatan begitu berbahaya sekali. Aura yang ditonjol setiap wajah di situ cukup memberitahu mereka khabar angin mengenai tentera dari Coravia itu benar. Bukan setakat pakaian saja sudah menunjukkan mereka itu pahlawan yang hebat, malah susuk tubuh setiap orang di situ juga kelihatan gagah dan lampai. Sampaikan pengawal istana di situ belek diri sendiri kerana berasa kerdil dengan kemunculan mereka itu.
Raja Aryyan, Putera Malik dan orang istana berdiri dalam barisan di depan laluan masuk istana menyambut kehadiran kumpulan tersebut dengan riak yakin bersahaja mereka. Namun Duke Elijah di samping Raja Aryyan di situ sudah kejung membatu kerana orang pertama yang dia Nampak dalam kumpulan itu bukan orang yang dia sangkakan bakal hadir.
"Ayahanda kata Raja Kayan yang hadir?kenapa kelibat baginda tiada bersama dengan mereka?"tegur Putera Malik semasa pandang ke hadapan.
"Ayahanda sendiri tidak pasti mengenainya..."
Raja Aryyan lirik akan lelaki lampai yang jelas-jelas ketua kumpulan yang berjalan masuk ke situ bersama perasaan was-was. Dan naluri dia serta merta menyentak kesedarannya.
Raya Arryan baru sedar. Dari awal lagi sebenarnya bukan Raja Kayan yang hantar perutusan kepada dia. Nama Raja Kayan hanya digunakan semata hendak buatkan dia hadir sekali ke perundingan ni! Dari awal lagi sebenarnya dia telah dipermainkan!
Macam mana la dia tak sedar dari awal!?
Raja Aryyan berdiri di situ dengan riak muka tak percaya sehinggalah kumpulan berpakaian serba hitam mendekatinya.
Duke Elijah begitu terkejut dengan apa yang disaksikannya sampaikan dia ternganga sedikit pun lelaki itu tidak sedar kerana terlalu fokus memandang akan lelaki lampai yang sedang berdiri megah dihadapan mereka.
Berdirinya Alfareeze di hadapan tiga orang itu, dia berdiri di situ dengan senyuman mesra di bibir.
"Apa khabar tuanku raja Aryyan dan putera mahkota..."tunduknya dengan kecil sebelum bertentang mata dengan seraut wajah yang kelihatan begitu tercengang memandangnya. Terkejut ya!Hahah! "Terima kasih untuk kesudian tuanku menerima kehadiran kami dari Coravia. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan permohonan maaf kerana Raja Kayan, baginda dengan kesalnya tidak dapat menghadirkan diri untuk sesi rundingan kita ini atas sebab-sebab tertentu..."tipunya. Mana mungkinlah dia mahu memberitahu alasan sebenar. Makin serabut pula nanti jadinya.
Raja Aryyan memang dah kelu tak terkata. Hendak terkejut pun tiada gunanya kerana dia menyedari hal tersebut terlalu lewat. Dia berasa seakan dipermainkan pun ada. Bolehnya dia dipermainkan dengan lelaki seusia anaknya.
"Selamat datang beta ucapkan..kepada tuan-"
"Alfareeze. Tuanku boleh panggil saya Alfa pun tidak apa-apa."
Duke Elijah memang tak tahu nak cakap apa masa ni. Otak dia terlalu kosong dan perasaan dia bercampur baur. Terkejut ada, takut ada, terkilan pun ada. Tidak hairan la kenapa tiba-tiba saja Kerajaan Coravia mula berkembang pengaruhnya. Rupa-rupanya komando yang mengetuai penjarahan tanah itu diketuai oleh Alfareeze sendiri.
"Jadi tuan adalah Komando Utama dari Coravia?Yang hangat diperkatakan oleh orang ramai tu..."senyum Raja Aryyan dengan terpaksa. Tiba-tiba saja dia berasa tergugat.
Mata Alfareeze bersinar terang.
"Saya tidak tahu apa yang tuanku dengar, tapi khabar angin tidak semestinya sama apa yang berlaku di depan mata bukan.."tenung Alfareeze tepat ke renungan Raja Aryyan.
Putera Malik sejak tadi mendiam mula berasa trigger. Dia pandang saja susuk lampai didepannya ini. Entah kenapa dia tidak suka dengan vibe yang dimiliki oleh Alfareeze ini. Seakan nalurinya terus beritahu dia yang lelaki dihadapannya ini bukan la sebarangan orang untuk berurusan.
Ada sesuatu tidak kena dengan lelaki bernama Alfareeze ni!
Seketika kemudian, semua orang beransur ke bilik sidang Utama dalam istana. Duke Elijah duduk berhadapan dengan Alfareeze sementara Raja Aryyan , Permaisuri Luana yang sertai mereka tidak lama selepas tu berada di kepala meja. Putera Malik pula berada di tepi sebelah kanan Raja Aryyan. Mereka semua terarah kepada Alfareeze sebab kehadiran lelaki itu sangat menarik perhatian. Bukan sebab rupa paras, tapi kehadiran Alfareeze dalam ruangan tersebut amat memberi kesan.
"Relaks...jangan la tegang sangat. Saya datang dengan aman."beritahu Alfareeze kerana dia perasan tatapan setiap seorang di situ ke arahnya begitu serius.
"Beta tidak faham...kenapa tuan Alfareeze menyatakan nama Raja Kayan untuk pertemuan kita sedangkan tuan yang menghantar perutusan kepada beta.."mula Raja Aryyan.
"Oh...tentang tu??Hahaha... sememangnya Raja Aryyan orang yang setanding dengan nama yang diberi tak begitu tuanku permaisuri...peka dan bijak."Alfareeze pandang ke Permaisuri Luana.
Permaisuri Luana tidak membalas. Dia diam di situ merenung wajah Alfareeze yang sedang tersenyum sinis kepada dia. Anak muda di hadapannya ini sungguh mencurigakan. Hatinya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran Alfareeze ke situ.
"Apa kata kita terus kepada topik Utama kita jangan buang masa..."sampuk Putera Malik enggan menghadap Alfareeze lama-lama.
"Sudah tentu..."angguk Alfareeze. "Saya sendiri pun ada banyak perkara yang hendak di uruskan juga." Dia petik jari, memberi isyarat kepada seorang daripada pengiringnya yang ada di belakang waktu itu. "Berikut merupakan surat rundingan aman antara Coravia dan Slivalon. Tuanku boleh semak dan nyatakan sebarang penambahan yang tuanku mahukan.."
Seorang lelaki berarak ke arah Putera Malik setibanya di situ, lelaki tersebut meletakkan sebuah skrol di hadapan Putera Malik sebelum berundur dan kembali di tempat sama.
Sambil Putera Malik membuka skrol yang diberikan, Alfareee pandang mengejek ke Duke Elijah. Ingin melihat wajah orang tua tersebut untuk menikmati momen gembiranya. Kenapa dia gembira?Well..memandangkan selama ini Duke Elijah tidak pernah berhenti buatkan dia berpisah dengan Darra sehingga sekarang, Alfareeze ingin lihat apa reaksi Duke Elijah selepas dia berjaya menemui kedudukan persembunyian Duke Elijah selama ni. Heh!Sekarang siapa yang akan lari dari siapa!
"Kamu memberikan kami dua pilihan?"pandang Putera Malik selepas membaca butiran di dalam skrol.
"Ya. Dua pilihan. Pilihan pertama tuanku adalah menyerah secara aman dan bersetuju untuk berada dalam satu negara yang sama dibawah naungan Coravia. Pilihan kedua adalah mengadakan hubungan diplomatik dua hala antara Coravia dan Marlowe." beritahu Alfareeze sambil mengerling ke Duke Elijah.
"Hubungan dua hala?Maksud kamu perkahwinan?"soal Raja Aryyan sedikit baffle dengan pilihan yang diajukan.
Permaisuri Luana membutang mata. "Antara siapa dengan siapa?Raja Kayan sendiri seusia kamu dan anakanda kami adalah lelaki.."ujarnya agak kegerunan.
Duke Elijah terus memandang Alfareeze. Dia boleh agak ke mana arah tujuan idea Alfareeze ini akan pergi. Pemuda dihadapannnya ini benar-benar bijak.
"Hahaha..."ketawa Alfareeze. "Sudah jelaslah. Selain Raja Kayan, Coravia juga mempunyai kaum kerabat dirajanya yang lain yang sesuai. Dan tidak bermakna Putera Malik adalah orangnya."
Kening Raja Aryyan berkerut tidak faham. Merepekkan apa aje Alfareeze ni?Lelaki ni sedar ke tidak apa yang dicadangkan tadi sama sekali tidak masuk akal langsung.
"Beta tidak mengerti apa yang tuan Alfareeze cuba sampaikan."beritahu Raja Aryyan.
"Kalau bukan saya yang mengahwini wakil Coravia siapa pula yang akan jalankan hubungan diplomatik dua hala antara dua negeri ni?"soal Putera Malik pula. "Dan siapa wakil dari Carovia kalau bukan Raja Kayan?"
Alfareeze tersenyum penuh muslihat ke depannya. "Duke Elijah.."sebutnya.
"Duke Elijah?Kenapa dengan beliau?"Permaisuri Luana bersuara.
"Dan saya."tambah Alfareeze.
"Adakah kamu juga berkenan hendak melantik Duke Elijah menjadi pegawai diraja negeri kamu?"soal Raja Aryyan pula.
Kening Putera Malik mencerun marah. Berani-berani ya bergurau dengan mereka!
"Bukan."geleng Alfareeze.
"Kemudian apa?"Raja Aryyan bertanya lagi.
"Duke Elijah mempunyai seorang anak perempuan bukan?Dan beliau adalah orang tertinggi dalam pentabiran Marlowe. Jadi hubungan diplomatik ini boleh diadakan." beritahu Alfareeze.
Rahang Putera Malik berketik.
"Dan kamu pula siapa buat Coravia?"soal Permaisuri Luana berasa tidak suka dengan idea untuk menyatukan Darra dengan musuh mereka.
"Saya merupakan cucu sulung kepada Grand Duke Omar bapa saudara Raja Kayan. Dan keputusan saya ini telahpun diberikan kebenaran oleh Raja Kayan sendiri."
Duke Elijah tidak menjawab. Dia diam di situ memandang geram akan Alfareeze. Bolehnya pemuda ini menemui dirinya dihadapan Raja Aryyan dan Permaisuri Luana selepas membuat masalah di sempadan negeri ini. Ingat pencerobohan dan peperangan ini mainan ke!?
"Bagaimana sekiranya kami menolak kedua-dua pilihan tersebut?"Raja Aryyan bersuara.
"Peperangan akan tercetus. Dan saya akan memerangi Slivalon sehingga tuanku menyerah kalah. Tuanku pasti tidak mahu peperangan dari berlaku kan?"dingin dan mendatar. Itu nada yang kedengaran dari Alfareeze semasa dia mengatakannya. Seakan ucapannya itu bukan apa-apa buatnya.
Air muka Raja Aryyan dan Permaisuri Luana terus tergamam. Seakan roh mereka melayang keluar dari badan.
"Saya berikan masa selama seminggu. Dan sepanjang tempoh itu, seluruh sempadan bakal dikepung dengan 100 ribu tentera yang telahpun saya kerahkan sebelum ke sini. Jika dalam tempoh itu saya tidak mendengar sebarang keputusan, tembok sempadan Slivalon akan saya musnahkan dan seluruh tanah yang ada akan dimusnahkan seperti padang jarak padang tekukur." tambah Alfareeze.
Dalam diam Putera Malik mengetap gigi dan mengepal jari jemari dalam genggaman. Dia berasa seperti tidak berdaya selepas mendengar apa yang disampaikan oleh Alfareeze. Cara lelaki itu bercakap seakan ada aura yang menyedut daya upaya tubuhnya saat itu.
Tidak memberi sebarang reaksi dengan kenyataan tersebut, Duke Elijah tenang di kerusi. Diam membalas renungan amarah Alfareeze.