webnovel

Episode 53 : Kena Jujur

Pearl pandang sekelilingnya dengan muka ingin tahu sebelum berhenti di muka kacak di depannya. Sudah lima minit mereka duduk tetapi tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut tu. Memangnya ada apa? Sampaikan siap jemput dia di rumah lagi tu...macam tak sempat-sempat nak jumpa.

Makin pelik dia perhatikan perangai Putera depannya ini.

Kebelakangan ni Putera Eilian semakin aneh saja perangainya tau. Tak selalu singgah depan akademi untuk hantarkan bunga serta makanan, bukan setakat itu setiap kali dia keluar beriadah dengan Darra, pasti Putera Eilian akan sertai mereka.

Bila ditanya malu-malu.

         "Tuanku..."panggil Pearl kepada Putera Eilian yang sedang termenung memandangnya tanpa berkedip sejak tadi.

         "Hm?"Putera Eilian yang menopang dagu dengan tangan kiri di atas meja asyik memandang wajah Pearl.

         "Tuanku panggil saya ke sini untuk apa?"

         "Untuk pandang muka awak.."beritahu Putera Eilian masih memandang Pearl. Dia rindu pada Pearl, tapi tidak terluah kerana berasa tidak pasti dan takut. Dia tiada keyakinan untuk memberitahunya secara terang-terangan.

          Pearl buat muka, dia pandang Putera Eilian atas bawah kehairanan.Hah? "Pandang muka saya?"

          "Mm..."angguk Putera Eilian dengan perlahan.

           Pearl ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Berasa tidak percaya itu alasannya. "Dapat apa kalau tengok muka saya ni?"soalnya berasa hairan dengan jawapan Putera Eilian.

           Senyuman manis Pearl membuatkan Putera Eilian turut tersenyum. Dapat lepaskan rindu la. Takkan dapat hati Pearl pulak kan. "Tak adalah...saya panggil ke sini kerana saya ada hal penting nak beritahu."

Pearl termenung memandang sekitar meja dan cangkir di meja serba tidak kena. Hish! Entah kenapa dia boleh agak apa yang bakal dikatakan oleh Putera Eilian nanti.

           "Tentang apa tu?"

 

            Lantas Putera Eilian menurunkan tangannya ke bawah sebelum duduk tegak. "Berapa lama kita dah berkenalan?"

          "Hmm..nak dihitung sejak keluarga kita berkawan ke apa?"

          "Mana-mana la..."

          "15 tahun kalau nak dikatakan kita rapat, tapi kalau nak dihitung hampir 16 tahun.."

          "Dan berapa lama awak berkawan dengan  Darrius?"

           "7 tapi nak masuk 8 tahun."

            Putera Eilian mengangguk kepala. "Itu bermakna awak dah bersama dengan saya hampir seumur hidup awak. Apa pendapat awak tentang saya memandangkan kita telah berkenalan lama?"

             Pearl buat muka berfikir sebelum berjeda panjang. "Apa dia ya?Tuanku seorang yang baik ikut mood, handsome...kadang-kadang ada juga comel tu..tapi keseluruhannya, okay."

             "Kalau begitu berapa lama awak mengetahui   identiti sebenar Darrius?"

             "Huh?"kepala Pearl terlentok ke kiri kerana terkejut.

             "Jangan pandang saya macam tu. Tergugat hati saya nanti."beritahu Putera Eilian bernada gurau tapi benar-benar maksudkannya. "Ya. Saya tahu identiti sebenar Darrius. Saya tahu dia hanya menyamar seperti lelaki selama ini.."

            "Apa?"Pearl tergamam. "Tuanku dah tahu?"

            Putera Eilian mengangguk. "Saya tanya sendiri pada Darra. Dan dia menceritakannya kepada saya baru-baru ni. Memandangkan saya dah minta maaf pada dia di atas salah faham yang berlaku kerana perasaan cemburu saya pada dia, tak boleh ke kalau awak pun begitu?"

Jantung di dalam dadanya berdegup laju hingga dia berasa sesak tiba-tiba. Tatapan dalam dari Putera Eilian membuatkan dia tidak terkata.

          "Jangan risau. Saya tiada niat untuk dedahkan rahsia Darra. Saya cuma nak berbaik semula dengan awak. Supaya kita dapat kembali menjadi rapat seperti dulu."jelas Putera Eilian lagi.

          "Tuanku, saya-"

          "Saya sukakan awak Pearl. Sejak kita berusia 16 tahun lagi saya telah berminat pada awak...tapi kerana tiada keyakinan saya pendam perasaan tu.."beritahu Putera Eilian dengan mata turun memandang ke bawah. "Darra ada beritahu saya...kalau saya suka pada awak..sebaiknya saya jujur supaya tiada salah faham antara kita...itu yang saya nak sampaikan."

Pearl berkerut kening memandang serba salah ke Putera Eilian.

          "Tapi saya sukakan orang lain.."jujurnya tanpa teragak-agak.

           Putera Eilian juga kelihatan tidak terkejut sebaik mendengarnya. "Saya tahu... tapi selagi awak belum berpunya tak salahkan kalau saya cuba ambil hati awak?"

           "Tuanku-"

           "Pearl...beri saya peluang."Putera Eilian terus  memotong kata Pearl. Kerana dia juga tidak sabar lagi. "Saya janji saya takkan paksa awak untuk terima saya, tapi izinkan saya dekati awak, benarkan untuk buatkan awak suka pada saya.."beritahunya lagi.

Wajah Pearl blushing kerana pengakuan direct itu. Dia sama sekali tidak menyangka yang Putera Eilian akan bersikap terus terang begini. Ianya terlalu mendadak buat dirinya. Jadi untuk beri keputusan dalam masa terdekat ianya bukan mudah.

           "Sebab itu ke tuanku berikan saya bunga dan selalu luangkan masa bersama dengan saya?Kerana ini?"

Sambil tersenyum Putera Eilian mengangguk.

          "Darra yang suruh tuanku cakap macam ni atau ianya datang dari perasaan tuanku sendiri?"

           Cepat-cepat Putera Eilian menggeleng kepala. "Mesti la tidak. Confession ini datang ikhlas dari saya. Darra cuma nasihatkan kepada saya supaya berhenti tanya dia tentang diri awak aje. Sebaliknya Darra beri saya pilihan sama ada saya patut berjumpa sendiri dengan awak, tanya apa yang awak suka dan tak suka atau berterus terang kepada awak mengenai perasaan saya ni untuk dekati awak."

Serius la?!

Sambil mengetap bibir menahan diri dari ketawa, Pearl tunduk menutup mulutnya kerana tidak menyangka yang Darra akan beri nasihat kepada Putera Eilian, dan mengejutkannya Putera Eilian ambil nasihat itu dengan baik.

          "Kenapa awak ketawa...ada yang lucu ke?"

           Pearl menggeleng kepala sambil pandang semula ke Putera Eilian. Kan dia kata...ada masanya Putera Eilian ini adakalnya bersikap mencuit hati. Comel betul."Mana ada saya ketawa...cuma saya terkejut."

          "Saya tahu awak ada orang yang awak suka, tapi tak salahkan kalau saya mencuba?"

Pearl pun mengangguk. Dia tidak berasa terganggu sama sekali. Cuma..itulah perasaan suka dia pada Marvin sendiri pun tidak berbalas. Sama la situasi mereka berdua ketika ini. Dia cuba ambil hati Marvin, sementara Putera Eilian cuba mengambil hatinya pula.

           "Kalau macam tu, awak takkan mengelak dari bertemu dengan saya selepas ini kan?"

            "Tengoklah keadaannya nanti..."Pearl capai cangkir dan menghirup teh panas darinya untuk sembunyikan rasa lucu hendak ketawa.

Lega kerana sesi luahan perasaan dia berjalan lancar, Putera Eilian tersenyum lebar. Dia tunduk memandang cawannya untuk hilangkan rasa teruja dan seronoknya waktu itu. Walaupun Pearl tidak membalas perasaan Sukanya, sekurang-kurangnya Pearl sudi beri dia peluang. Inipun sudah mencukupi.

         "Pearl..?"

         "Hm?"Pearl menjungkit kening dengan tinggi saat dia meletakkan cangkir ke dalam piring semula.

         "Sejak bila awak tahu Darrius itu adalah Darra?"

        "Masa tu umur kami 16 tahun macam tu?Saya pun dah lupa...ianya tak disengajakan sebenarnya masa saya tahu. Sebab saya termasuk bilik Darra saat dia hendak menukar pakaian, dari situ baru saya tahu siapa dia.."beritahu Pearl.

          "Darra tu selalu ke kena nosebleed?"

          Pearl mengangguk kepala saat mencapai sekeping biskut dari pinggan kecil di depannya. "Boleh la..Disebabkan badan dia lemah sejak kecil lagi, Darra senang sakit..jadi nosebleed tu dah macam biasa buat dia. Kenapa?Dekat akademi dia kerap nosebleed ke?"biskut kismis itu digigit kecil.

Putera Eilian mengangguk.

          "Itulah...Darra dia tak macam kita semua. Dia ketiadaan ibu sewaktu kecil lagi..jadi dia tak dapat membesar dengan sempurna macam kita semua. Ditambahkan lagi dengan rutin regim Duke Elijah makin teruk la keadaan Darra tu. Biasanya kalau Darra terlalu tertekan atau penat, nosebleed dia akan kerap berlaku. Tapi jangan risau...dia sihat. Anthony dan Nanny Clara selalu pantau Darra setiap minggu untuk pemeriksaan kesihatan dia.."

          Putera Eilian terus teringat akan peristiwa dimana dia mencemuh Darra dengan kata-kata hina seperti anak luar nikah la, anak tak ada ibu la..itu la ini la..Tiba-tiba dia berasa malu. "Sebenarnya Darra tu anak sah Duke Elijah ke?"

          "Mestilah.."angguk Pearl dengan riak terkejut.

          "Tapi kenapa Duke Elijah buatkan Darra menyamar jadi lelaki dan perlakukan Darra seperti anak tiri?"kening Putera Eilian berkerut tidak faham.

Pearl menjungkit bahu tidak tahu.

          "Entahlah..saya sendiri tak pasti. Apa yang Darra beritahu saya, Duke Elijah sebenarnya mengimpikan anak lelaki tetapi sayangnya yang lahir anak perempuan. Oleh kerana ibu Darra dikatakan meninggalkan selepas melahirkan Darra, Duke Elijah terus bencikan Darra kerana dia anak perempuan. Untuk balas dendam, Duke Elijah arahkan Darra untuk menyamar menjadi pewaris lelaki keluarga Kirk.."

             Berdenyut sakit hati Putera Eilian selepas dengar. Keningnya mencerlung tidak puas hati. "Hanya disebabkan itu aje..." jahatnya diri ini kerana menyakiti Darra dengan cemuhannya dulu.

             "Macam tu yang Darra beritahu saya.."

Untuk seketika Putera Eilian diam memerhatikan Pearl menjamu snek ringan yang ada di meja depan mereka. Dia masih cuba hendak fahamkan situasi yang diceritakan Pearl sebentar tadi.

            "Saya beritahu awak, jangan pula awak marah saya, Pearl."

             Dengan mulut sibuk mengunyah Pearl angkat mata dari pinggan berisi agar-agar lembut tadi. "Tentang apa?"

             "Darra difitnah sekali lagi. Dia dikatakan telah menipu dalam peperiksaan. Bukti ditemui di dalam beg dia awal siang tadi."pandang Putera Eilian dengan serius melihat reaksi Pearl.

            "Apa?"tinggi suaranya kerana terkejut. Pearl pandang tak percaya dengan riak marah di wajah. "Tuanku...tuanku dah janji pada saya yang tuanku tidak akan menganggu Darra lagi kan?"terus tak jadi makan Pearl lepas dengar.

            Cepat-cepat Putera Eilian angkat tangan surrender. "Saya bersumpah saya tidak membuli Darra lagi. Saya malah menjaga dia dengan baik. Saya sendiri terkejut selepas hal itu terjadi.."

            "Kalau begitu bagaimana Darra sekarang!Adakah Duke Elijah tahu mengenai hal ni?"

Putera Eilian menggeleng kepala.

             "Tidak. Kami tidak berani hendak libatkan Duke Elijah selepas kejadian tempoh hari. Jadi pihak akademi dan Badan Disiplin minta bantuan dari Lord Alfareeze untuk bantu menyiasat kes ini..jadi kita akan tahu keputusannya nanti. Jangan risau. Darra tak apa-apa. Cuma sekarang dia tak dapat berjumpa dengan sesiapa dan duduk di biliknya saja."

            Masih tidak percaya dengan apa yang didengar, Pearl duduk sandar ke belakang bersama kening mencerun susah hati. "Darra tidak mungkin menipu dalam peperiksaan. Dia tu dah cukup bijak untuk jawab peperiksaan...menipu dalam peperiksaan?Tak mungkin.."

             "Sebab itu saya beritahu dia mungkin   difitnah."

             "Tadi tuanku beritahu Lord Alfareeze yang akan bantu siasat hal ni?"

             "Ya."

Pearl mula tidak sedap hati. Dia tidak pasti sama ada Lord Alfareeze akan bantu ataupun memburukkan lagi keadaan. Kan Darra serta Lord Alfareeze itu saling bermusuhan. Jadi tidak mungkinla Lord Alfareeze akan bantu Darra.

             "Awak jangan risau. Saya akan pastikan hal   sama tidak akan terjadi lagi."beritahu Putera Eilian menepuk perlahan tangan Pearl yang ada di sebelah cangkir itu.

Pearl pandang Putera Eilian tidak mengatakan apa-apa.

Next chapter