webnovel

Episode 49 : Bohongi Hati

Flashbacks

Botol-botol bourbon bersepah di atas lantai. Puntung rokok memenuhi bekas abu di meja. Helaian kertas yang berterabur di atas lantai ada yang koyak ada yang renyuk. Sepertinya ayah dia minum dengan banyak dan tidak tidur malam tadi melihatkan keadaan tidak terurus dalam bilik tidur itu.

Perlahan-lahan Darra mendekati Duke Elijah yang sedang baring di atas kerusi goyang dengan tangan di atas mata. Pakaian ayahnya tidak terurus di kutip lalu di letak ke atas lengan kerusi sebelum dia melutut di sebelah kerusi itu.

         "Ayah..."lengan Duke Elijah di sentuh perlahan. "Dah siang ni, ayah perlu bangun."kejut Darra.

         "Berhambus."arah Duke Elijah dengan suara serak bangun tidurnya.

         "Jam berapa ayah tidur malam tadi?" tanya Darra lagi dengan perlahan. "Perlu ke saya beritahu Anthony untuk dapatkan ubat untuk ayah?"

         Mungkin kerana jengkel atau kerimasan, Duke Elijah menurunkan tangan dari wajah sebelum melemparkan renungan marahnya kepada Darra. "Tak dengar?Aku kata berhambus kan!Apa yang kau tak fahamkan?"

Memang semua orang nampak Duke Elijah ini seorang yang berkaliber, elegan, tegas dan kelihatan menakutkan. Menganggap Duke Elijah ini semuanya serba sempurna kerana karakter yang dimiliki beliau. Namun disebalik semua itu, tersembunyi rahsia yang tiada siapa tahu.

Rahsia yang menjadi alasan kenapa Darra masih kekal mahu menuruti segala arahan dan permintaan Duke Elijah.

          "Ayah tak boleh berterusan begini. Ianya tidak elok untuk kesihatan ayah. Adakah sesuatu telah terjadi di istana sampaikan ayah jadi begini?"Darra memang sudah terbiasa dengan sikap ayahnya. Tidak kiralah dimaki, diherdik, ditengking apalagi di marahi, sekalipun tidak pernah dia mengundur terutama sekali bila ayahnya berkeadaan seperti ini.

Duke Elijah dengan susah payah bangun dari baringnya. Dia duduk melunjur di kerusi itu memandang Darra sebelum air mata mengalir turun ke hujung hidung. Mata kemerahannya bergerak perlahan kanan dan kiri saat menatap wajah yang banyak mengingatkan dia kepada isteri yang dicintai.

Menyedari air mata yang mengalir turun dari mata ayahnya, Darra mengetap garis nipis di bibir sebelum gerak menyekanya dari wajah tua itu. Ini bukan kali pertama Darra melihat Duke Elijah menangis dan breakdown kerana ianya sudah menjadi rutin ayahnya begini setiap hari. Kemurungan yang dihadapi Duke Elijah sering buatkan beliau begini.

          "Kau nak tahu sesuatu tak?"pandang Duke Elijah ke Darra saat air laju mengalir turun semasa dia tersenyum. "Masa kau lahir...aku bersorak kuat macam dunia ni aku yang punya...kau tahu tu?"

Darra mengangguk kepala.

          "Tapi kenapa...kenapa aku sakiti kau walaupun aku sedar semua tu salah?"Duke Elijah ketawa saat tunduk memandang ke bawah. Teresak-esak menangis. "Aku bencikan kau...sebab kau buatkan aku rasa tak guna macam ni Darra Emerson...."

          Bahu itu dipegang Darra sebelum dia dakap badan tua ayahnya ke dalam pelukan. "Sudahlah ayah..."

Duke Elijah tertunduk-tunduk menangis menekup sebelah muka kerana kecewa dan kekesalan. Bahunya menggigil kuat.

          "Darra.....maafkan ayah...ayah tak boleh kawal emosi dan terlalu bencikan kamu kerana ibu kamu. Melihat kamu mengingatkan ayah kepada ibu kamu...ayah tak mampu melupakannya..."

          Ya. Dia tahu. Jadi berhenti salahkan diri sendiri. "Darra tahu ayah. Ayah lakukan semahu ayah. Bencilah Darra. Sakiti Darra. Hukumi la Darra jika itu dapat menghilangkan rasa sakit di hati ayah..."pujuknya dengan mata terpejam saat menyandarkan kepala ke kepala ayahnya.

End of flashbacks

Bungkusan gula-gula bersepah di sekitar balang kaca atas kerusi sebelah jendela.

Kaki tidak berstoking atas kepala kerusi berhayun kanan kiri mengikut rentak lagu yang dijeda oleh empunya kaki.

Dalam keadaan baring di atas kerusi depan jendela, sebuah buku tegak atas dada sewaktu Darra mengulang kaji pelajaran pada jam 10 malam bertemankan cahaya bulan penuh yang menghadap betul-betul jendela biliknya.

Mulutnya sibuk mengemam gula-gula yang entah ke berapa sebagai pengalih perhatian supaya tidak tertidur. Sudah empat buah buku yang dibaca Darra sebagai persediaan peperiksaan akan datang. Biasanya dia buat latihan dengan Master Freddie. Tapi oleh kerana cara belajar dia telah berubah, terpaksa la dia baca satu buku ke satu buku cara manual. Penat tapi sudah terbiasa.

Sedang Darra mahu menyelak muka surat seterusnya, ketika itulah pintu biliknya terbuka ke dalam.

Perasan melalui ekor matanya, dia pun memalingkan kepala ke kanan dengan malas. Seperti yang diduga. Dah boleh agak siapa yang datang, Darra tidak merasakan terkejut pun.

Klik!

Pintu tertutup setelah lelaki lampai berpakaian serba hitam itu masuk ke dalam. Namun begitu, ada sesuatu yang lain. Yang mana buatkan Darra bangun dan tutup bukunya dengan renungan teragak-agak.

        "Alfa?"panggil Darra saat melihat renungan kosong yang terarah kepadanya. Kenapa dengan Alfareeze?Sesuatu telah berlaku ke?

Seakan jasad tiada rohnya, Alfareeze menjatuhkan mantel yang dipegang ke lantai dengan lemah tiada semangat saat jalan mendekati Darra di jendela itu. Matanya masih memandang kosong ke Darra.

Dah sudah!Kenapa pulak ni? Darra duduk diam di atas kerusi itu sambil menunggu Alfareeze tiba dekat kepadanya.

         "Tolong jangan tolak aku."minta Alfareeze dengan lemah saat melutut di depan kaki lalu dia gerak ke celah kakangan Darra hanya untuk menyembamkan muka ke perut Darra. Tangannya melingkar penuh ke sekeliling pinggang Darra.

Kejung seperti patung, Darra diam dengan tangan terangkat sedikit ke atas kerana tidak tahu hendak buat apa. Otaknya jadi kosong tiba-tiba kerana perubahan aneh Alfareeze. Mahu diapakan pun Darra bingung. Hendak di tolak, tapi diminta jangan tolak. Mahu dipeluk, dia pula gugup bagai nak apa.

Maka diamlah mereka berdua di kerusi itu.

Alfareeze bersila atas lantai saat ada pada celah kaki Darra.

          Sementara Darra kaku dengan tangan masih tergantung kerana tidak tahu hendak diapakan. "Ada apa dengan kau malam ni Alfa?"tunduk dia memandang kepala rambut lebat berkilat Alfareeze.

Alfareeze tidak membalas. Dia malahan mengeratkan lagi lingkaran tangan di pinggang Darra dan membenamkan lagi wajahnya ke perut Darra. Dalam-dalam dia hirup bau dari Darra untuk menenangkan dirinya yang waktu itu sedang bergelora marah. Apa patut dia lakukan sekarang!? Entah kenapa dia merasakan sungguh tidak berdaya.

Kenal dengan sikap banyak bercakap Alfareeze, Darra serta merta faham bahawa memang ada sesuatu yang serius telah terjadi kerana betapa diamnya Alfareeze ketika itu. Biasanya Alfareeze diam begini jika Alfareeze benar-benar marah. Sebabnya Alfareeze cenderung mendiamkan diri ketika marah. Itu sifat yang Darra hafal mengenai Alfareeze sepanjang mereka berkenalan.

          "Aku begitu marah sekarang ni...marah sampaikan aku tak boleh nak fikirkan apa-apa lagi."luah Alfareeze dengan perlahan.

Darra mendiamkan diri.

Termenung Alfareeze saat itu memikirkan kata-kata ayahnya di rumah tadi. Rasa terkejutnya masih tersisa.

         "Bangun sekarang Alfa...angkat kepala kau!"arah Darra cuba memegang kepala yang ada di perutnya untuk di dongakkan. Tapi ketatnya ya ampun!Susah betul nak di alihkan kerana Alfareeze mengeraskan badan dan kepala.

Apa pulak dengan Alfareeze ni?Kali ni sebab apa?

Haih!

Tidak mahu memaksa, Darra usap kepala Alfareeze dengan hela nafas mengalah. Hari ini dia beri pengecualian kepada musuhnya untuk tidak dihalau atau dimarahi. Mujur mood dia baik. Kalau tidak memang sudah ditolak serta merta sejak tadi.

Ekoran usapan itu, Alfareeze akhirnya mengangkat kepala. Dia dongak memandang ke atas melihat wajah Darra kebetulan sedang tunduk.

          Terkedu Darra setelah lihat. Keningnya ikut berkerut melihat betapa sedihnya tatapan mata Alfareeze. "Kenapa?"bisiknya

         "Betul ke kau nak aku lupakan perasaan suka aku terhadap kau?"lirih saja suara Alfareeze. "Tak boleh ke kau terima cinta aku ni?"

         "Kau mengingau ke apa?Malam-malam datang bilik orang, menangis dan tanya soalan merapu macam ni?"tangan Darra hinggap di dahi Alfareeze kerana ingin menyelak anak rambut yang menutupi mata cantik lelaki itu. Biar jelas sikit dia pandang mata tu. "Berapa kali aku beritahu, walaupun aku mahukan hubungan ni, ianya takkan berkekalan lama..."

         "Aku tak peduli. Aku mahukan kau. Hanya kau. Kalau orang tu bukan kau...aku tak mahu!"setitis air mata mengalir lagi dari tepi mata Alfareeze.

        "Dah tu yang kau menangis ni kenapa?Siapa buat kau marah sangat!?"Darra seka air mata tu dengan tapak tangannya. Serius sangat dah ni!Risau pulak dia....

        "Kau."jawab Alfareeze mengeratkan pelukan disekeliling pinggang Darra. Renungan kosong itu berubah menjadi gelap dengan mendadak. Dia tak boleh beritahu Darra mengenai rancangan Duke Elijah terhadapnya.

        Serta merta alarm dalam kepala Darra berdering memberi amaran. "Apa yang kau-"

       "Kalau kau tak nak terima aku. Akan aku hapuskan semua orang yang menentang hubungan ini sehingga ke titisan darah terakhir. Dan kalau kau masih tak boleh terima perasaan aku, aku akan pastikan tiada siapa dapat miliki kau!!"bisik Alfareeze saat melepaskan satu tangan dari pinggang Darra hanya untuk pegang tangan yang sedang menekap mukanya. Dia pegang tangan kiri Darra itu lalu dibawah dekat ke pipi dan dia kucup tapak tangan tersebut beberapa kali dengan mata terpejam.

Seram sejuk dengan ucapan itu, Darra langsung tidak membalas. Dari mana semua ni datang!? Dia hanya diam melihatkan mata yang terpejam Alfareeze dengan jantung berdegup kencang keresahan. Ucapan serius Alfareeze penuh dengan amaran sampaikan dia terus percaya yang Alfareeze benar-benar akan lakukan hal tersebut.

         Perlahan-lahan Alfareeze membuka matanya. Masih dalam keadaan marah yang amat sangat, dia merenung tepat ke mata Darra. Dia terlalu marah sampaikan menangis dibuatnya. "Darrius...kau nak tahu kenapa aku marah?"tanya dia semasa bibirnya masih ditapak tangan Darra.

Takut-takut Darra menelan air liurnya. Tatapan Alfareeze sendiri sudah cukup memberitahu dia apakah hal itu. Jadi tanpa mendengar lebih lanjut, Darra sudah tahu!

         "Kau dah tahu dari awal lagi alasan kenapa ayah kau hantar aku ke medan peperangan dua tahun lepas. Kau dah tahu dari awal lagi yang ayah kau sedar aku berminat pada kau...dan kau tahu ayah kau takkan benarkannya. Dari awal kau sedar....tapi kau buat-buat tak tahu. Itu yang buatkan aku marah.."nafas hangat Alfareeze menyapa. "Kejamnya...kau dan ayah kau sama-sama tiada hati perut."lafaznya dengan senyuman sedih dibibir.

Darra terus mengetap bibir kerana terasa hati.

          Mata Alfareeze kembali terpejam saat lelaki itu menarik senyuman meleret jahat. "Betapa bencinya aku pada kau sekarang. Kau tak tahu apa perasaan aku lepas dapat tahu bahawa selama ini ayah kau adalah dalang permusuhan kita berdua. Punca kita berdua saling benci antara satu sama lain...dan ianya buatkan aku benar-benar mahu membunuh ayah kau sekarang jugak...."

Darra tersenyum kecil. Entah kenapa dia tidak membencikan setiap ucapan tersebut. Bisikan amaran Alfareeze itu ibarat lullaby buatnya. Tenang dan selesa.

          "Kalau macam tu kenapa kau ada di sini dengan aku?"

          Dengusan kecil lepas dari Alfareeze. Dia membuka mata semula dan dongak memandang Darra dengan tatapan redup. "Sebab aku tak tahu bagaimana lagi..patut ke aku lepaskan kau dan lupakan perasaan ni....atau dapatkan kau sehingga menjadi milik aku....aku tak tahu...?"

Darra renung tatapan kecewa Alfareeze dengan dalam sebelum tersenyum nipis.

Macam mana ni!Rasanya dia tidak dapat mengelak lagi. Sikap nekad Alfareeze lama kelamaan buatkan dinding egonya semakin menipis. Dan dia benar-benar tidak boleh pertahankannya dengan lebih lama lagi.

         "Terimalah aku..."arah Alfareeze berkerut kening merayu.

          "Aku tak boleh. Kita tak boleh bersama. Berapa kali perlu aku ulang. Kau kena faham. Dendam kesumat ayah aku terhadap ayah kau tak dapat dihapuskan dengan mudah. Dan kau kena tahu, semua ni terjadi kerana permusuhan mereka..."beritahu Darra bernada memujuk. "Lepaskan aje aku Alfareeze."

Bersama linangan air mata di tubir mata Alfareeze tersenyum lantas berkata.

            "Bagaimana dengan kau?Adakah di dalam hati kau tiada sedikit pun sekelumit rasa suka terhadap aku?"

Ada.Mestilah ada. Seluas alam dan sebanyak butir pasir yang ada di muka bumi ini. Itu perasaan sayangnya kepada Alfareeze. Namun begitu sikap penting diri dan tiada perasaannya ini memilih untuk tidak mengatakannya secara terang-terangan.

          "Tiada."tipu Darra.

          "Penipu. Aku tahu semua tu tak benar."

           Darra menggeleng perlahan. "Aku takkan dan tidak akan menyukai kau Alfareeze Marcel Guzman."lafaznya dengan sebak.

          "Kenapa kau ni tak ada perasaan jadi orang tu?Sesenang tu kau melafazkan semua ni?" Alfareeze merenung terkilan ke Darra sebelum dia bangun dari situ dengan longlai. "Kau nak tengok sekejam mana yang aku boleh lakukan pada kau nanti?"

          "Kalau hal tu berlaku, sampai hujung nafas akan aku membencikan kau dan takkan pernah menerima kau dalam hidup aku... Alfareeze."beritahunya. "Kita akan bermusuhan hingga ke akhir hayat."

          "Kalau itu buatkan kau berada di sisi aku, aku tak peduli.."

         "Sebab itu aku suruh kau hentikan semua ni dari awal...aku penat bermusuhan dengan kau Alfa.."

Saat Darra bercakap, mata Alfareeze meneliti setiap pergerakkan bibir Darra dengan lama.

Betapa tempting sekali bibir Darra untuknya saat itu.

          "Jadi...Kau benar-benar tiada perasaan pada aku la ni?"soal Alfareeze.

          "Tiada."

Cukup mendengar jawapan tersebut,Alfareeze mengangguk kepala faham.

          "Okay. Kalau itu yang kau nak. Aku akan lupakan perasaan suka aku pada kau!" beritahu Alfareeze dengan renungan penuh kebencian pada Darra lantas berpaling ke arah pintu. 

Klik!

Sementara Darra di kerusi melihat langkah Alfareeze dengan perasaan sebu di dada dan patah hati. Bersama dengannya hanya menjadi beban buat Alfareeze suatu hari nanti. Jadi biarlah dia sendirian menanggung rasa susah ini. Cukup la dia menyusahkan hidup ayahnya. Jangan Ditambahkan lagi.

Next chapter