webnovel

Episode 4 : Bodyguard Rahsia.

Suasana sunyi dalam bilik kerja Duke Elijah hanya ditemani dengan bunyi coretan mata pena bulu pelepah pada permukaan kertas kulit saat lelaki itu sedang tunduk menulis sesuatu atas kertas kulit dalam skrol berwarna emas.

Scrich~

Scrich~

Scrich~

Sekejap-sekejap Duke Elijah membelek skrol lain sebelum kembali mencoret. Menyambung penulisannya di situ.

Namun tidak lama kemudian, bunyi ketukan kedengaran sebelum pintu dua daun itu terbuka ke dalam.

        "Selamat siang tuan.."sapa Anthony setelah masuk ke situ.

Tanpa menyambut sapaan itu Duke Elijah mengangkat kepalanya dan pandang ke hadapan.

Pada detik yang sama Anthony gerak ke tepi mendedahkan sekali orang yang berjalan masuk bersamanya di ruangan Duke Elijah.

Satu susuk lampai berbahu luas dan berdada bidang, segak dalam pakaian uniform akademi berplak emas pada dada kiri dan dua bintang pada bahu kanan berdiri di tepi Anthony dengan tegak.

Sepasang mata berenung dalam terarah pada Duke Elijah.

          "Seperti yang tuan minta, saya telah membawa orang yang tuan arahkan saya untuk dapatkannya."beritahu Anthony merujuk terhadap lelaki disebelahnya.

Mata dingin tiada emosi Duke Elijah itupun merenung tepat ke mata lelaki muda di samping Anthony untuk beberapa ketika. Dia meneliti dengan lama akan penampilan lelaki tersebut. Dari rambut, mata, hinggalah pakaian lelaki itu.

Seperti yang dikhabarkan, Duke Elijah berpuas hati dengan anak muda yang sedang berhadapan dengannya. Dan maklumat yang dia terima sama seperti yang dia perhatikan.

Maka lelaki beriak dingin awal tadi lantas tersenyum mesra.

         "Selamat siang. Apa khabar Duke Elijah...maaf di atas kelewatan saya menghadirkan diri atas jemputan tuan. Ada terdapat beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan menjadi punca kelewatan saya." suara dalam matang menyapa.

Duke Elijah mendiamkan diri. Dia meletakkan pena pelepah ke tempat ink sebelum duduk tegak merehatkan tangan atas meja tersebut.

Dua orang itu saling berbalas tatapan.

Anthony lirik akan anak muda di sebelahnya lalu memberi isyarat agar anak muda itu maju merapat ke depan meja kerja Duke Elijah.

Dengan patuh lelaki itupun bergerak dengan langkah teratur ke meja tersebut. Berdiri saja dia di situ, tangannya di bawa ke belakang badan.

          "Kamu tahu kenapa kamu dipanggil ke sini?"

          "Kerana tuan ingin bertemu?"

          "Boleh saya mempercayai kamu anak muda?"tanya Duke Elijah tidak lama selepas itu.

           Lelaki tersebut pandang Duke Elijah agak terkedu dengan soalan tiba-tiba tersebut. Namun tidak lama, dia selepas itu mengangguk kepala satu kali. "Ya tuan."

          "Memandangkan Anthony sendiri yang mengajukan kamu kepada saya dan saya telah meletakkan kepercayaan saya pada Anthony. Maka saya percaya yang kamu akan kekalkannya begitu."

Anthony pandang belakang kepala anak muda itu sebelum kembali memandang Duke Elijah. Dia tidak mengatakan apa-apa.

            "Seperti yang telah dijelaskan oleh Anthony,  kamu dipanggil ke sini untuk menemui saya adalah kerana ada kerja yang saya mahu tawarkan kepada kamu..."

            "Ya tuan. Encik Anthony telahpun sampaikan hal tersebut kepada saya. Dan saya telah bersetuju untuk menerima tawaran tuan ini."

           Duke Elijah menarik satu skrol kecil di tepi susunan skrol yang menggunung atas meja itu. "Berikut merupakan perincian maklumat pekerjaan yang bakal kamu ambil...silakan baca.."ajunya ke depan lelaki muda itu.

Mata lelaki itupun terarah pada skrol tersebut. Tanpa berlengah dia capai skrol itu lalu di buka gulungan kertas tersebut. Tulisan berangkai pada kertas kulit kemudiannya di baca dengan teliti.

           "Dua hari dari sekarang anak saya bakal menginjak usia ke 19 tahunnya. Seperti yang kamu tahu, semua anak-anak lelaki keluarga bangsawan bakal dipanggil untuk masuk ke dalam akademi dimana kamu sedang belajar. Untuk itu, saya mengarahkan kamu untuk mengawasi pergerakkan anak saya sewaktu dia berada di situ nanti."Duke Elijah kembali mencapai pena pelepahnya semasa berkata. Dia tunduk melihat catatannya dan menyambung penulisan semula.

            "Maksud tuan?Sebagai pengawal keselamatan?"

            "Ya...lebih tepat sekali ialah menjadi pengawal rahsia. Kamu boleh dekati dia, dibenarkan untuk berkawan dengan dia. Tetapi tidak boleh lebih daripada itu."beritahu Duke Elijah saat meletakkan titik noktah pada ayat terakhir.

            Berkerut kening lelaki itu bila dengar. "Apa maksud tuan tidak lebih daripada itu?"

Anthony pandang Duke Elijah dengan renungan tidak dapat ditafsirkan sebelum membuka mulut untuk bersuara.

            "Tuan Muda Darrius bukan seperti yang kamu fikirkan..."beritahu Anthony.

Tersentak lelaki itu sebaik dengar. Dia menoleh ke balik bahu kanannya ke Anthony. Semakin tidak faham. Keningnya semakin mencerun. Bukan seperti yang difikirkan?Kenapa?Darrius Emerson sakit ke?Atau ada yang mahu mengapa-apakan lelaki tu?

             Duke Elijah membuat muka seakan jengkel sebelum bersuara. "Ada satu perkara yang kamu perlu tahu mengenai anak saya itu."

             "Apakah ia?"berkerut kening lelaki misteri ini.

            "Darrius itu bukan anak lelaki saya. Sebaliknya adalah anak perempuan saya." suara Duke Elijah akhirnya.

Sedaya upaya hendak mengawal reaksinya, lelaki muda tadi pantas memalingkan kepala ke Duke Elijah semula. Mulutnya ternganga sedikit kerana begitu terkejut. Apa dia tadi?Anak perempuan?Datang dari mana kenyataan ini dengan secara tiba-tiba!?Prank ke?Atau sengaja hendak bergurau?

             "Nama sebenar Darrius ialah Darra Emerson. Demi menjaga keselamatan anak saya di situ, kamu perlu pastikan identiti sebenar anak saya tidak ketahuan oleh mana-mana penuntut di situ nanti."tambah Duke Elijah lagi.

Begitu terkedu dengan apa yang didengarnya, lelaki muda itu berdiri tidak dapat mengatakan apa-apa kecuali memandang wajah tenang Duke Elijah. Apa yang dia baru dengarkan ini?Jadi selama ini anak lelaki Duke Elijah adalah seorang gadis bukannya lelaki?Tapi kenapa?Kenapa Duke Elijah samarkan anak perempuan menjadi lelaki?

             "Bagaimana?Adakah saya boleh percayakan kamu untuk tugasan ini?"disebabkan tiada sebarang jawapan dari lelaki muda depannya, Duke Elijah mengangkat kepalanya dan pandang ke depan dengan dingin. Menatap tepat ke dua mata itu.

            Begitu shock dan kelu tidak terkata dia pun bersetuju."Baik tuan."angguk lelaki muda itu tanpa banyak soal. "Saya akan jalankan tugas saya sebaik mungkin dan menyimpan rahsia ini."

Maka Duke Elijah pun berpuas hati. Dia mengerling ke Anthony.

Tanpa menunggu Duke Elijah berkata lebih, Anthony terus faham apakah maksud renungan itu. Dia tunduk mengangguk kepala menerima arahan itu.

            "Kalau begitu kamu boleh beredar. Anthony akan jelaskan selebihnya kepada kamu sewaktu berjalan keluar nanti."

            "Baik tuan. Saya minta diri dulu."lelaki muda itu memusingkan badannya ke Anthony lalu bertentang mata dengannya untuk seketika sebelum dia jalan ke arah pintu dan keluar melaluinya bersama-sama.

             "Kenapa?"tanya lelaki itu tidak semena apabila pintu bilik kerja Duke Elijah tertutup.

              Anthony pandang anak muda di depannya  dengan renungan tiada maknanya. "Apa yang kenapa?"

              "Kenapa Duke Elijah samarkan identiti anak perempuan beliau menjadi lelaki?"

             Anthony tersenyum nipis. Entah kenapa situasi ini seakan dejavu buatnya. "Ianya bukan urusan kamu untuk mengetahui apakah alasannya. Sekarang, fokus Utama kamu adalah fahamkan tugas kamu sebagai pengawal rahsia Tuan Muda Darrius nanti."

             "Ada orang lain tahu mengenai hal ini?"

              "Selain penghuni agam ini tiada siapa yang tahu selepas kamu."jawab Anthony.

Lelaki muda tersebut benar-benar terpempan dengan kenyataan yang dia baru ketahui sebentar tadi.

              "Jadi sebab itu ke Duke Elijah tidak membenarkan mana-mana lelaki berkawan dengan anaknya? Semua ini kerana anak lelakinya ialah seorang gadis?"Anthony di pandang dengan muka tidak percayanya.

             Tidak menjawab soalan itu, Anthony malahan memberi tundukkan kecil kepada lelaki dihadapannya. "Biar saya hantar tuan muda balik semula ke akademi. Waktu rehat tuan muda sudah hendak tamat."tangannya di aju ke depan koridor.

             "Adakah kamu akan mengelak sehingga saya berhenti dari bertanya tentang soalan itu Anthony?"

             "Maafkan saya tuan muda. Ianya arahan daripada Duke Elijah sendiri agar tidak memperincikan alasan dan juga sebab kenapa Cik Muda Darra menyamar menjadi lelaki."

             "Wahhh...setia kamu kepada Duke Elijah memang tidak berbelah bahagi ya?"

 

             "Terima kasih tuan muda untuk pujian itu."

              "Saya tidak memuji Anthony. Sebaliknya saya menyindir.  Kamu yang meminta saya ke sini untuk membantu Duke Elijah. Dan tanpa sebarang bantahan saya terus bersetuju. Sekarang, apabila saya memerlukan penjelasan kamu tidak mahu menceritakan hal lebih terperinci kepada saya...kamu rasa apa yang patut saya katakan sekarang?"hujung bibirnya terjungkit sinis.

            Anthony ketawa kecil. "Jangan risau tuan muda. Cepat atau lambat tuan muda bakal mengetahui alasannya kenapa Duke Elijah lakukan semua ini suatu hari nanti."

            "Yalah tu...itupun kalau saya berpeluang untuk tahu apakah alasan beliau itu!"

Next chapter