webnovel

Bab 9

Satu minggu sebelum hari orentasi bermula…..

Nabila dan Izzati mengemas barangan yang diperlukan untuk asrama di bilik masing-masing. Apabila selesai mengemas barangan yang perlu, Nabila menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam mereka berdua. Setelah selesai memasak, Nabila menyedok nasi dan lauk ke dalam mangkuk dan menghidangkannya di atas meja makan. Selesai sahaja menghidangkan makanan dan minuman, Nabila memanggil nama Izzati di tempat dirinya berdiri. Namun, tiada balasan daripada Izzati.

Nabila memanggil sekali lagi dengan menguatkan suaranya yang masih mempunyai kelembutan dan ayu, "Izzati!"

Namun, masih tiada balasan, lalu Nabila menaiki tangga dan menuju ke bilik Izzati. Setibanya di bilik Izzati, Nabila terkejut dan kemudiannya tersenyum serta tergelak kecil apabila melihat Izzati sedang nyenyak tidur di atas katil, disekelilingi oleh pakaiannya. Nabila bergerak menuju ke arah Izzati dan mencuba untuk bangunkan Izzati berulang kali.

Akhirnya, Izzati berjaya dibangunkan dan Nabila berkata, "Sedap betul kau tidur, ye? Sampai tak sedar aku panggil kau. Nak kejutkan kau bangun ni pun payah."

Izzati menjawab, "Aku penat kemas barang-barang ni. Aku ingatkan nak baring sekejap je, nak rehatkan badan. Tapi tak sangka pulak boleh tertidur."

Nabila berkata, "Hmmm kau ni. Nanti kau sambung balik kemas. Sekarang ni, turun bawah, makan. Aku dah masakkan makan malam."

Izzati berkata, "Haa okay. Aku basuh muka jap. Nanti aku turun."

Nabila berkata, "Okay.", sambil menuju ke arah pintu bilik Izzati dan berkata lagi, "Cepat tau. Aku dah lapar ni."

Izzati berkata, "Ye, aku cepat."

Nabila hanya senyum dan menuju ke arah meja makan, manakala Izzati melangkah ke bilik mandi untuk membasuh muka. Setelah itu, Izzati menuruni tangga dan menyertai Nabila yang sedang bermain dengan telefon pintarnya, sambil menunggu Izzati, di meja makan. Setelah menyedokkan makanan ke pinggan masing-masing, mereka menuangkan air ke gelas masing-masing dan memulakan makan malam mereka dengan bacaan doa makan.

Setelah selesai makan, Nabila bertanya, "Barang apa lagi yang kau tak siap kemas?"

Izzati menjawab, "Baju aku."

Nabila hairan dan bertanya, "Baju? Dari tengah hari tadi kemas, takkan tak siap kemas lagi baju-baju kau?"

Izzati menjawab, "Hmmm tak, sebab aku tak tau nak kemaskan baju yang mana nak bawa kat sana nanti."

Nabila menepuk dahinya dan berkata, "Kau ni. Haih, kau kemaskan je lah baju seharian kau untuk masa-masa yang kau tak kemana-mana, pastu baju untuk ke kelas, baju untuk kau guna masa nak berjalan-jalan. Cukuplah tu. Kau nak kemas banyak mana?"

Izzati menjawab, "Aku bukannya nak kemas banyak-banyak. Cumanya untuk ke kelas, baju yang mana? Untuk jalan-jalan, yang mana? Untuk seharian tu pulak, yang mana? Itu je."

Nabila berkata, "Allah kau ni. Dah tu sampai sekarang ke kau tak boleh nak decide mana baju yang nak kena bawa?"

Izzati menjawab, "Haah, tak boleh lagi nak decide."

Nabila berkata, "Hmm kau ni. Lepas kemas meja ni, aku tolong kau kemas. Kalau biarkan kau yang kemas, sampai esok, takpun sampai hari yang kita kena gerak ke Sarawak pun kau masih tak boleh nak decide."

Izzati menjeling dan berkata, "Perli aku?"

Nabila menjawab, "Aku tak perli. Aku cuma bagitau fakta."

Izzati berkata, "Hmmm baiklah."

Nabila dan Izzati menghabiskan air minuman mereka di dalam gelas, lalu mengemas bekas makan mereka dan meja makan.

 

 

Dua hari berlalu, pada pagi ahad…

Nabila dan Izzati menyiapkan diri mereka untuk berangkat ke lapangan terbang. Ketika mereka sedang bersiap, loceng rumah berbunyi. Izzati menuruni tangga dan menuju ke arah tingkap rumah untuk melihat siapa yang menekan loceng rumah. Apabila Izzati melihat bahawa empunya kedai bunga tempat mereka bekerja yang berdiri di hadapan rumah, Izzati dengan pantas mengambil kunci pagar di atas kabinet yang berdekatan dengan pintu rumah, lalu membuka pintu rumah untuk keluar membukakan pagar rumah mereka.

Apabila Izzati dalam perjalanan ke arah pagar rumah, Izzati berkata, "Miss, awal juga miss sampai. Kenapa tak call dulu sebelum sampai? Takde lah miss kena menunggu depan ni panas panas."

Pemilik kedai berkata, "Laa, it's okay. Tau korang tengah berkemas. Taknak mengacau, lagipun kalau I menunggu dalam kereta, nanti you guys tak tau I yang kat depan ni. Alang-alang tu I tekan terus je lah bell, daripada call bagitau I dah sampai sini.", sambil Izzati membuka pagar rumah.

Izzati berkata, "Laa miss ni. Okay je nak call. Takpe lah, jum miss, kita masuk. Panas ni."

Pemilik kedai berkata, "Okay.", lalu bergerak masuk ke perkarangan rumah sambil Izzati menutupi pagar rumah mereka.

Setelah menutupi pagar rumah, Izzati mempelawa pemilik kedai untuk masuk ke dalam rumah.

Apabila berada di dalam rumah, Izzati berkata, "Miss, miss duduk dulu sini. Saya sambung kemas, jap."

Pemilik kedai bertanya, "Aik, takkan tak siap lagi? You kan dah siap pakai tudung"

Izzati tergelak kecil dan berkata, "Tak lagi, miss. Ni saya cuma letak tudung kat kepala je, tak siapkan betul-betul lagi. Hehe, miss tunggu sekejap, ye."

Pemilik kedai berkata, "Baiklah."

Izzati menaiki tangga dan menuju ke bilik untuk sambung menyiapkan diri. Selang beberapa minit kemudian, Nabila telah bersiap dan mengambil beg tangannya, lalu menuruni tangga. Setibanya di ruang tamu, Nabila melihat pemilik kedai sedang sibuk bermain dengan telefon pintar.

Nabila menyapa pemilik kedai dengan nada lembut, dan berkata, "Miss, saya ke dapur dulu. Nak buatkan air minum."

Pemilik kedai berkata, "Okay. Buat sedap sedap tau."

Nabila tergelak kecil dan berlalu ke dapur untuk membuat air minuman mereka. Setelah air minuman siap dibuat, Nabila membawa air minuman tersebut ke ruang tamu beserta gelas untuk pemilik kedai, Izzati, dan Nabila sendiri. Nabila menuangkan air ke setiap gelas dan menghulurkan satu gelas kepada pemilik kedai. Pemilik kedai mengucapkan terima kasih dan Nabila menjawab ucapan terima kasih tersebut dengan lembut, sambil mengambil tempatnya di hadapan pemilik kedai.

Setelah meminum air tersebut beberapa teguk, pemilik kedai berkata, "Hmmm sedap you buat air. Tak manis, tak tawar. Good."

Nabila tersenyum dan berkata, "Terima kasih, miss. Maaf, miss. Saya nak tanya untuk confirmation. Takpe ke miss hantarkan kami ke airport? Tak menyusahkan ke?"

Pemilik kedai menjawab, "Eh, taklah. Tak menyusahkan pun. I yang nak hantar, bukannya you guys minta."

Nabila berkata, "Segan pulak saya, miss. Ye lah, kami ni pekerja biasa kat kedai miss je. Tak perlu pun sebenarnya miss hantarkan kami."

Pemilik kedai berkata, "Laa nak segan apa nya? Walaupun you guys pekerja biasa, tetap juga pekerja I. Lagipun, you guys ni pekerja biasa I yang betul betul I suka. You guys dah penat penat bekerja dekat kedai I sampai tak minta cuti. I suruh rehat masa you guys baru balik dari kampung pun, you guys tolak. Nak juga kerja macam biasa. So, anggap je lah I hantarkan ni as balasan you guys dah bekerja keras dekat kedai I, okay?"

Nabila mengangguk dan berkata, "Baiklah, miss. Terima kasih."

Pemilik kedai berkata, "Sama-sama.", dengan senyuman terukir di bibir.

Pada masa yang sama, Izzati menuruni tangga dan menyertai Nabila dan pemilik kedai di ruang tamu.

Setibanya di ruang tamu, Izzati bertanya, "Borak apa?"

Nabila menjawab, "Borak pasal kau lambat siap.", sambil tersenyum nipis.

Pemilik kedai tergelak kecil dan Izzati menjeling kepada Nabila.

Pemilik kedai berkata, "Dah lah. Izzati, you minum dulu air. Then, kira gerak ke airport."

Izzati berkata, "Okay, miss."

Nabila, pemilik kedai, dan Izzati menghabiskan air minuman mereka, dan Nabila membawa jug dan gelas ke dapur untuk dibasuh, dituruti Izzati membawa gelas pemilik kedai dan dirinya. Izzati memberi gelas tersebut kepada Nabila untuk dibasuh, lalu menuju ke ruang tamu.

Setelah selesai membasuh, Nabila ke ruang tamu dan pemilik kedai bertanya, "Dah cek semua? Takde yang tertinggal? Semua dah kemas? Semua dah kunci?"

Nabila dan Izzati menjawab, "Dah semua. Tinggal nak gerak je lagi."

Pemilik kedai berkata, "Baiklah. Jum."

Sebelum Nabila melangkah keluar daripada rumah, Nabila membaca ayat Kursi. Setelah mereka berada di perkarangan rumah, Nabila mengunci pintu rumah sambil membaca doa pendinding rumah, Surah Yasin, ayat 9.

Setelah siap menguncikan pintu rumah, Nabila menuju ke pagar rumah dan mengunci pagar rumah. Ketika Nabila sedang membaca doa pendinding rumah, Izzati dan pemilik kedai menyimpan barangan mereka ke dalam kereta. Pemilik kedai menghidupkan enjin kereta setelah selesai meletakkan barangan Nabila dan Izzati ke dalam kereta, manakala Izzati menunggu Nabila mengunci pagar rumah di luar kereta. Setelah Nabila mengunci pagar rumah, Nabila menuju ke arah Izzati dan menadah tangan memberi isyarat untuk membaca doa keluar rumah. Izzati memahami isyarat tersebut, mengangguk, dan mereka membaca surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah Al-Falaq dan An-Nas.

Setelah selesai membaca surah, mereka masuk ke dalam kereta dan pemilik kedai bertanya, "You guys kenapa kat luar je tadi? Tak masuk terus dalam kereta?"

Izzati menjawab, "Kami baca doa tadi. Doa keluar rumah."

Pemilik kedai bertanya, "Oh ada doa keluar rumah?"

Izzati menjawab, "Haah, ada."

Pemilik kedai berkata, "Okay. I ingatkan you guys ada bincang something. Itu yang I tanya. Rupanya baca doa. Kalau I tau, I tak tanya. Sorry ye, I taktau."

Izzati berkata, "Takpe, miss. Kiteorang faham.", dan Nabila mengangguk setuju.

Pemilik kedai berkata, "Okay, thanks. Semua dah kan? Takde yang tinggal?"

Nabila menjawab, "Haah, takde."

Pemilik kedai berkata, "Okay. Jum.", sambil menukar gear kereta ke gear memandu dan memulakan perjalanan ke lapangan terbang.

 

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching…..

Setibanya Nabila dan Izzati di lapangan terbang Kuching, mereka terkejut akan suasana dan saiz lapangan terbang tersebut. Suasana di lapangan terbang tersebut agak sunyi berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) dan agak kecil. Walaupun begitu, mereka tetap berasa gembira dan teruja kerana berada di Sarawak yang sentiasa bermain di minda mereka setelah mendapat surat tawaran belajar di situ.

Izzati dan Nabila bergerak menuju ke luar lapangan terbang tersebut, dan sekali lagi mereka terkejut betapa luasnya rasa di pandangan mata dan hati mereka apabila melihat suasana di luar lapangan terbang tersebut. Keterujaan mereka berganda dan tidak sabar untuk pergi ke tempat penginapan sementara mereka.

Tanpa membuang masa, Izzati memesan perkhidmatan menaiki kereta di aplikasi Grab. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, pemandu Grab tersebut bertanya, "Melancong ke?"

Izzati menjawab, "Tak. Kiteorang datang sini sebab study."

Pemandu Grab bertanya, "Oh, study kat mana?"

Izzati menjawab, "Saya dekat UiTM, dia dekat Politeknik."

Pemandu Grab berkata, "Oh, goodluck."

Apabila tiba di tempat penginapan sementara mereka, Riverside Majestic Hotel Puteri Wing, Kuching, mereka terkejut melihat betapa mewah keadaan dan suasana serta reka bentuk dalaman hotel tersebut. Begitu juga dengan bilik yang mereka tempah, elok tersusun semua perabot dan reka bentuk dalamannya. Kejutan demi kejutan, mereka yakin dan pasti bahawa penilaian daripada pandangan mata dan pendengaran tersendiri adalah terbaik, berbanding mengikut dan mempercayai kata-kata orang yang belum ada kepastian dan kesahihan.

Izzati berkata, "Perghh!!! Memang yang kata Sarawak ni macam pedalaman lah, rumah dieorang atas pokok lah, tak maju lah, tu dengki orangnya. Entah dah datang atau tak ke sini, beria je kata macam-macam."

Nabila berkata, "Betul. Rasanya dieorang lupa kot yang nenek moyang kita dulu pun dari orang susah. Mana ada lahir je terus kaya. Dieorang penat nak bangunkan kerjaya biar kehidupan dieorang tu elok, anak cucu dieorang pun elok kehidupannya. So, maksudnya dieorang pun sebenarnya dari keluarga yang susah. Sama je kita ni."

Izzati berkata, "Itu namanya, kacang lupakan kulit. Pastu mengata orang Sarawak ni macam-macam. Dieorang yang Sarawak ni takde pulak kata apa pasal kita. Relax je dengan kehidupan dieorang, takde nak mengata siapa-siapa. Tiba-tiba, eh dieorang pulak kena. Yang tak maju tu dieorang yang mengata Sarawak ni macam ni macam ni. Tapi betullah, kacang lupakan kulit. Dieorang ni lupa kot, kalau Sarawak ni tak maju, mana datangnya minyak-minyak tu? Aku takde lah pandai sangat bab ni, tapi setahu aku banyak hasil bumi Sarawak yang dah di bawa ke Semenanjung tu."

Nabila berkata, "Aku pun takde lah pandai jugak bab ni, tapi ye lah aku pun ada gak dengar pasal tu, pasal banyak hasil bumi Sarawak yang dah di bawa ke sana. Eh jap, yang kita lak nak bahas pasal ni kenapa?", lalu tergelak bersama Izzati.

Izzati berkata, "Ye tak ye. Takde guna nak bahas pasal ni. Even kita bahaskan pun, kita dua je yang tau. Dieorang yang mengata tu mana tau. Dah lah, kita kemas."

Nabila berkata, "Kemas? Nak ke mana?"

Izzati berkata, "Takde ke mana. Kemas maksud aku, unpack luggage, mandi. Pastu nanti kita nak solat lagi. Kalau tak larat, kita tidur dulu. Kalau larat, kita jalan lah."

Nabila berkata, "Oh, okay."

 

 

Pada petang tersebut….

Nabila dan Izzati kecundang dan berehat dengan tenang di bilik setelah selesai solat. Namun, pada jam 5 petang, Izzati tersedar dan segera mengejutkan Nabila agar bangun.

"Nabila. Bangun. Pukul 5 dah, nak kena solat assar sekarang.", kata Izzati.

Nabila tersedar dan bangkit dari perbaringan dengan keadaan yang masih lagi mengantuk. Mereka berdua mengambil air wudhuk untuk menunaikan solat assar.

Setelah selesai solat, Izzati bertanya, "Kau larat tak, nak gi jalan-jalan? Kalau tak, kita dalam bilik je lah. Nanti aku order makanan kat Grab. Kalau larat, kita gi sekarang."

Nabila menjawab, "Aku okay je, larat. Boleh jugak kalau jalan sekarang, takut nanti rushing."

Izzati berkata, "Ah okay lah kalau macam tu. Jum lah kita kemas."

Setelah selesai menyiapkan diri, mereka berdua turun ke lobi hotel dan kemudiannya berlalu ke arah kaunter. Izzati bertanya, "Shopping mall mana yang terdekat sini?"

Penjaga kaunter tersebut menjawab, "Yang terdekat sini, sebelah ni, miss. Miss keluar dari lobi ni, sebelah kiri ada pejalan kaki. Miss jalan situ, ikut je laluan tu, lepas tu miss akan jumpa shopping mall. Itu shopping mall Riverside ni."

Izzati bertanya, "Oh, sebelah ni?"

Penjaga kaunter tersebut menjawab, "Ye, miss."

Izzati berkata, "Baiklah. Terima kasih."

Izzati dan Nabila berjalan ke pusat membeli belah yang dimaksudkan oleh penjaga kaunter hotel Riverside tersebut. Mereka terkejut kerana tidak menyangka bahawa hotel yang mereka menginap sementara hanya bersebelahan dengan pusat membeli belah.

Nabila berkata, "Jum, kita masuk. Macam best je."

Setelah berpuas hati berjalan dan melihat semua kedai di pusat membeli belah Riverside, Nabila dan Izzati bercadang untuk ke pusat membeli belah yang lain kerana ingin melihat lebih lagi macam mana pusat membeli belah di Kuching, bukan sahaja di Riverside. Setelah membuat carian di Google, mereka bercadang untuk ke pusat membeli belah Plaza Merdeka.

Nabila dan Izzati memesan perkhidmatan menaiki kereta di aplikasi Grab untuk pergi ke Plaza Merdeka. Apabila tiba di Plaza Merdeka, mereka melihat keliling pusat membeli belah tersebut sehinggakan mereka leka dan lupa akan masa.

Penilaian yang terbaik dan tepat,

Hanya datangnya dari mata dan telinga sendiri.

Penilaian yang hanya berdasarkan kata manusia,

Hanya datangnya kebodohan kepada diri sendiri.

ANA8544_creators' thoughts
Next chapter