Seperti kebiasaannya, setelah selesai menunaikan solat subuh, Nabila menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Setibanya di dapur, Nabila memberi kucingnya makan dan menunggu si Comel selesai makan. Nabila hanya menatap kucingnya makan dengan senyuman terukir di bibir dan hati yang tenang. Setelah selesai si Comel makan, Nabila mengemas bekas makan kucingnya, lalu memulakan persiapan untuk membuat sarapan. Setelah siap sarapan, Nabila menghidangkan makanan di atas meja makan, lalu menuju ke arah bilik Zulaikha dan Nadia untuk bangunkan mereka untuk sarapan. Namun, Zalikha enggan makan kerana masih ingin menikmati tidur. Manakala, Nadia menjawab ketukan Nabila mengatakan akan ke dapur sebentar lagi.
Sedang Nabila menjamu selera, Nadia tiba di dapur dan mengambil tempatnya di hadapan Nabila, lalu menyedok nasi dan lauk untuk nasi lemak. Mereka makan tanpa mengeluarkan kata. Nadia bangkit dan mencuci tangannya setelah selesai makan.
Nadia bertanya, "Kau balik pagi ni kan?"
Nabila menjawab, "Haa"
Nadia hanya mendengar jawapan Nabila tanpa melihat dan berlalu menuju ke ruang tamu untuk mengambil beg sekolah miliknya, lalu keluar dari rumah untuk pergi ke sekolah. Setelah Nadia berlalu dari dapur, Nabila mengambil pinggan Nadia dan miliknya untuk dicuci serta mengemas bekas makan mereka. Setelah itu, Nabila menuju ke biliknya untuk bersiap untuk berangkat balik ke rumah sewa. Setelah bersiap, Nabila membawa barangannya ke ruang tamu sebelum mengambil si Comel di dapur dan mengemas barangan Comel untuk dibawa balik ke rumah sewa. Selesai meletakkan barangan Comel di ruang tamu, secara kebetulan Izzati tiba di perkarangan rumah dengan teksi. Nabila keluar daripada rumah dengan membawa barangannya. Izzati dan pemandu teksi membantu Nabila untuk meletakkan barangan tersebut di dalam ruangan bonet teksi.
Setelah selesai meletakkan barangan di dalam teksi, Nabila berkata pada Izzati, "Ti, aku masuk jap. Aku tak salam mak aku lagi. Kebetulan kau sampai, aku baru settle letak barang dekat ruang tamu. So, tak sempat lagi salam.", dan berkata, "Sekejap ye, encik.", pada pemandu teksi.
Izzati terkejut dan berkata, "Eh kau tak salam lagi? Aku ingatkan kau keluar ni dah salam. Aku dah beria nak balik ni.", sambil menjeling pada Nabila.
Nabila menjawab, "Hehe aku bersiap tadi terus bawak barang aku and Comel ke ruang tamu. Pastu kau lak sampai. Jadi tak sempat lah.", dengan sengihan.
Izzati berkata, "Hmmm gi lah. Aku tunggu sini."
Nabila berkata, "Ok.", pada Izzati dan berakta, "Sekejap ye, encik.", pada pemandu teksi sekali lagi dan memberi Comel kepada Izzati, sebelum kembali ke dalam rumah.
Nabila mengetuk pintu Zalikha dan berkata, "Mak, Nabila nak turun dah ni. Nak balik rumah sewa."
Zalikha bangkit dengan malas dan menuju ke pintu bilik, lalu berkata sambil membuka pintu bilik, "Ish kau ni! Kau nak balik sana, balik je lah. Tak payah bagitau. Aku nak tidur pun payah gini."
Nabila berkata, "Maaf, mak. Tapi Nabila nak bersalam dengan mak sebelum berangkat."
Zalikha berkata, "Hmmm", sambil memberi tangannya untuk Nabila salam.
Setelah bersalam, Nabila berkata, "Nabila gerak dulu. Assalamualaikum."
Zalikha menjawab salam, lalu menutup pintu dengan kasar dan kembali ke pembaringannya. Nabila terkejut dengan bunyi yang kuat akibat pintu bilik ditutup kasar oleh Zalikha, namun tiada rasa benci dan gurisan di hatinya. Nabila hanya mengurut dadanya akibat terkejut dan mengukir senyuman. Setelah hilang perasaan terkejut, Nabila beredar keluar dari rumah dan menutup pintu rumah. Nabila membaca doa sebelum menuju ke arah Izzati. Izzati melihat Nabila membaca doa, lalu terdetik di hatinya, "Allah. Nabila….kenapa lah hati kau baik sangat sampai baca doa untuk family kau yang tak pernah layan kau dengan baik."
Apabila Nabila menghampiri, Izzati memberi senyuman dan bertanya, "Settle semua?"
Nabila menjawab dengan senyuman, "Dah. Jum"
Izzati berkata, "Jum"
Di dalam teksi, dalam perjalanan pulang….
Izzati bertanya pada Nabila, "Kau okay ke?"
Nabila menjawab, "Okay je. Kenapa?"
Izzati menjawab, "Takde, saja je tanya."
Nabila hairan dengan jawapan Izzati, namun hanya mendiamkan diri tanpa membalas. Mereka hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Apabila tiba di perkarangan rumah sewa, mereka keluar daripada teksi dan mengambil barangan mereka di bonet teksi dengan bantuan pemandu teksi. Setelah selesai mengambil barangan mereka, mereka masing-masing mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi dengan senyuman. Apabila sudah di dalam rumah, mereka menuju ke bilik masing-masing dan bersiap untuk bekerja.
Setibanya mereka di tempat kerja, Nabila dan Izzati menuju ke bahagian mengambil kehadiran yang berada di bilik pekerja dan di situ terdapat ketua mereka sedang membuat panggilan di telefon pintarnya. Apabila mereka tiba di bahagian kehadiran, ketua mereka selesai membuat panggilan dan mereka memberi tunduk hormat pada ketua mereka.
Ketua mereka bertanya, "Macam mana dengan keputusan parents?"
Izzati menjawab, "Syukur, green light.", dengan mengangkat ibu jari. Manakala, Nabila hanya tersenyum mengiakan kata Izzati.
Ketua mereka berkata, "Baguslah macam tu."
Nabila bertanya, "Macam mana dengan order dan kedai, miss?"
Ketua mereka menjawab, "Syukur tak banyak sangat order untuk hari ni. Setakat yang dah call lah. Tak pasti lepas ni macam mana. Doa je tak banyak order hari ni, biar kamu berdua senang nak rehat. Mesti penat sebab baru balik, dah terus kerja."
Nabila berkata, "Eh takde apa lah, miss. Kampung tak jauh mana pun. Lagipun, masa untuk bangun tu sama je kalau kat rumah sewa. Tak penat mana pun."
Izzati berkata, "Ye, miss. Tak penat mana. Boleh je kami kerja maca biasa."
Ketua mereka berkata, "Walaupun tak jauh mana kampung dan kamu berdua dah biasa bangun pagi, tapi still I don't want you guys to do a lot of works today. Chill chill je today, k?"
Nabila dan Izzati tersengih dan mengangguk. Ketua mereka memberi senyuman dan berkata, "Dah, kamu berdua punch card dulu. Lepas ni kita sambung borak lagi."
Nabila dan Izzati berkata, "Baik, miss."
Ketua mereka berlalu keluar daripada bilik tersebut dan menuju ke arah stesen membuat pesanan bunga pelanggan. Setelah Nabila dan Izzati selesai mencatatkan kehadiran mereka menggunakan mesin masa kad tebuk, dan mengenakan apron sebelum berlalu menuju ke arah ketua mereka.
Setibanya mereka di tempat di mana ketua mereka berada, ketua mereka menegur, "Haa dah siap berapron.", sambil tergelak kecil dan bertanya, "You guys punya yuran study macam mana? Cukup ke duit gaji untuk tanggung kos yuran and keperluan seharian?"
Izzati menjawab, "Cukup, miss. Sebab kami dah buat tabungan sebelum ni. Duit tabungan tu, kami gunakan untuk membayar yuran diploma dan keperluan seharian kami sepanjang belajar."
Ketua mereka berkata, "Baiklah, kalau macam tu. Boleh mula kerja. Nabila, kamu dekat bahagian sini. Izzati, kamu lak dekat bahagian sana."
Nabila dan Izzati berkata, "Baik, miss."
Nabila dan Izzati bergerak menuju ke tempat masing-masing. Manakala, ketua mereka menuju ke bilik kerjanya bersebelahan dengan bilik pekerja.
Pada petang tersebut…..
Irman mengenakan pakaian biasa dan bertopi bagi mengelakkan daripada tumpuan ramai, berjalan sekitar kawasan kedai bunga, tempat di mana Nabila bekerja, tanpa sedar. Irman hanya mengikuti langkah kakinya tanpa mempunyai hala tuju yang jelas kerana ingin mengurangkan tekanan mindanya yang senantiasa bekerja tanpa berhenti dan rehat. Sambil berjalan, Irman melihat sekitar kawasan dan mengamati pandangan, lalu terlintas nama Nabila di ingatannya secara tiba-tiba tanpa sebarang pendahuluan. Irman hanya melepaskan keluhan kerana tahu akan mustahil untuk dirinya bersatu dengan Nabila dan rindunya terhadap Nabila masih belum hilang.
Irman tetap berjalan dengan ingatannya masih terhadap Nabila, namun terhenti langkahnya secara tiba dan sukar untuk dirinya melangkah berganjak daripada situ. Akibat hairan akan kejadian tersebut, Irman melihat sebelah kanannya, hanya jalan raya dan kedai-kedai. Namun, apabila melihat sebelah kiri, Irman nampak kedai bunga dan langsung teringat sekali lagi akan Nabila. Kemudian, Irman terlihat pekerja kedai bunga tersebut dan alangkah terkejutnya Irman tanpa mengeluarkan kata apabila pekerja tersebut seakan wajah Nabila. Walaupun enggan mempercayai matanya, Irman teringat akan cerita Zamir terjumpa pekerja kedai bunga mempunyai wajah mirip Nabila. Setelah memerhati wajah pekerja tersebut, langsung terukir senyuman di bibir Irman kerana sedar dirinya tidak membayang-bayangkan wajah Nabila sehingga melihat wajah orang lain seakan Nabila. Perasaan rindunya terhadap Nabila seolah terubat, namun kakinya enggan bergerak ke arah Nabila. Keluhan sekali lagi terlepas, namun Irman hanya mampu tersenyum setelah itu.
Tanpa berfikir, Irman mengambil telefon pintarnya dan mengambil gambar Nabila tanpa pengetahuan Nabila dan Izzati, serta secara kebetulan tiada sesiapa yang berada di sekitar Irman. Setelah mengambil gambar, Irman mengukir senyuman sambil melihat gambar Nabila di telefon pintarnya dan kemudian menyimpan telefon pintarnya kembali. Irman berlalu pergi dengan hati yang tenang dan sedih serta rindu dengan Nabila.
Irman mengambil telefon pintarnya dan mendailkan nombor telefon Zamir.
"Hello, Mir. Kau kat mana?" - Irman
"Hello. Aku kat rumah ni. Kenapa?" - Zamir
"Oh. Buat apa?" - Irman
"Tengok tv. Kenapa?" - Zamir
"Takde. Aku kiranya nak mintak temankan makan dekat kedai makan area sini. Itu pun kalau kau nak lah." - Irman
"Oh boleh je. Jap, aku pi kemas jap. Sini tu kat mana?" - Zamir
"Dekat area kau dating dengan awek kau. Tempat yang Rias booked untuk kau hari tu." - Irman
"Oh situ. Okay. Kau bagi aku location dalam 10 minit lagi." - Zamir
"Okay. Thanks, wei." - Irman
"Sama-sama. Jap aku kemas lu. Jumpa kat sana nanti." - Zamir
"Ok." - Irman
Apabila tiada pelanggan dan pesanan sudah selesai pada petang tersebut….
Izzati berkata, "Nabila, kau duduk jap sini. Aku ada something nak tanya kau."
Apabila Nabila sudah mengambil tempatnya, Izzati mengambil peluang untuk bertanya kepada Nabila, "Macam mana keadaaan mak kau masa kau bersalam dengan dia pagi tadi?"
Nabila hairan dan bertanya, "Maksud kau, keadaan mak aku? Dia sihat je."
Izzati menepuk dahinya dan berkata,"Memanglah mak kau sihat. Maksud aku keadaan dia tu, layanan dia kat kau."
Nabila berkata, "Oh, biasa je. Kenapa?"
Izzati berkata, "Okay. Biasa yang kau kata tu aku dah tau dah macam mana layanan dia. So, lupakan yang tu. Ni aku nak bagitau, aku sambung diploma gak tapi dekat UiTM, Samarahan, Sarawak."
Nabila berkata, "Patutlah miss bahasakan kita, bukan ke aku sorang. Aku mulanya tadi masa miss tegur, aku dah pelik sebab dari soalan dia tu seakan untuk kita berdua, tapi setahu aku, aku sorang je yang apply diploma. No wonder gak kau applykan aku diploma dekat Politeknik Kuching, bukan Politeknik area sini."
Izzati tergelak dan berkata, "Ye lah aku applykan kau kat sana. Biar kita tak sekolej, tapi tetap tak berjauhan. Kalau aku kat sana, kau lak kat sini, nanti aku lak yang risau pasal kau. Tak tentu study aku nanti."
Nabila berkata, "Alahai, risau betul kau kat aku, kan? Nasib baik aku ni tak memilih tempat study, tau. Kalau aku ni memilih, payah lah kau nanti."
Izzati berkata, "Tau pun kau. Mana kau nak dapat kawan macam aku? Haa"
Nabila tergelak dan berkata, "Ye, memang susah aku nak dapat kawan macam kau, yang sudi menjaga kebajikan aku, makan minum aku, pakaian aku, tidur aku, even study aku pun kau risau, apa lagi eh?", dengan nada mengusik.
Izzati menjeling dan menyucuk pinggang Nabila kerana geram dengan kata-kata Nabila seolah mengejeknya, lalu berkata, "Kau mengejek aku eh? Ish kau ni…takde maknanya aku jaga pakaian kau, tidur kau. Melebih lah kau ni. Kau tu kawan baik aku dari dulu, aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri. Mestilah aku risau pasal kau."
Nabila tergelak dan berkata, "Ye aku mengejek kau. Hahaa takdelah. Aku gurau je. Takde lah aku nak mengejek kau. Aku kata benda yang betul lah. Memang kau ada jaga pakaian aku and tidur aku. Maksudnya kat situ, kau ada beli baju-baju untuk aku pakai walaupun aku ada je baju yang boleh lagi pakai. Tidur aku lak, masa aku tengah sibuk melayan cerita kat tv, kau tegur aku, kau ingatkan aku untuk tidur awal or tidur masa tu sebab takut aku terbiasa tidur lewat. Menjaga lah tu.", dengan memberi senyuman serta berkata lagi, "Aku pun anggap kau macam family aku gak. Kita ni dah macam adik beradik. Kalau betul kita ni keluarga kan, aku rasa kita ni kembar. Ye lah nak kata salah seorang kakak or adik, menipu lah sebab kita seumur.", dengan gelak bahagia.
Izzati tergelak sama dan mengangguk setuju. Ketika itu, seorang pelanggan lelaki memasuki kedai dan Nabila menyambut ketibaan pelanggan dengan senyuman dan kata-kata mengalukan pelanggan. Nabila dan pelanggan tersebut berbalas kata berkaitan bunga-bunga di kedai tersebut, manakala Izzati hanya memerhati dengan bahagia di hati apabila melihat Nabila senyum dan mampu keluar daripada kepompongnya, disebabkan sebelum bekerja di situ dan ketika di permulaan fasa bekerja, Nabila agak sukar untuk bergaul dan melayan pelanggan.