webnovel

RAJA YANG TERKUAT TANPA BATAS

นักเขียน: DaoisteecWMz
แฟนตาซี
กำลังดำเนินการ · 5.9K จำนวนคนดู
  • 6 ตอน
    เนื้อหา
  • เรตติ้ง
  • N/A
    สนับสนุน
เรื่องย่อ

Ini adalah menceritakan tentang Hasin yang baru sahaja kembali dari dunia lain pulang ke bumi selepas 7 tahun . Selepas pulang ke tiba-tiba dia dikejutkan dengan 2 orang kanak-kanak yang mengaku sebagai anak dia . ' Macam mana aku tiba-tiba menjadi seorang ayah ' bisik hati Hasin .

Chapter 1Bab 1

Di waktu tengahari dalam hutan , terlihat sosok manusia yang muncul bagai dia menggunakan teleportasi dari jarak yang jauh . Tingginya sekitar 187 cm dan berat badan seperti 76 kg . Penampilannya menunjukkannya ianya seorang lelaki yang berumur sekitar 30 tahun .Badannya yang tegap seperti sudah lama melakukan latihan berat . "Setelah sekian lamanya berada di dunian lain, akhirnya aku kembali . Entah berapa lama waktu sudah berlalu di bumi , aku sangat ingin makan masakan bumi " kata lelaki itu dengan nada yang kuat sambil menunjukkan wajah yang gembira . "Pertama , aku mahu makan di restoran terlebih dahulu untuk mengisi perutku yang kosong" kata lelaki itu sambil menyentuh perutnya yang tengah berbunyi menunjukkan yang dia tengah kelaparan . Tanpa menunggu lama lagi lelaki itu terus belari laju menuju ke arah pusat kota Vichoz .

Seketika kemudian , lelaki mula teringat sesuatu yang penting 'Alamak,aku lupa yang aku harus pergi berjumpa dengan pemilik apartment untuk mendapatkan kunci rumah aku ' bisik hati Hasin dengan wajah yang panik . Lalu dia membatalkan hasratnya yang ingin makan di restoran dan terus ke apartment tempat dia tinggal sebelum dia berada di dunia lain .

Lelaki itu berlari dengan cepatnya kerana dia tahu yang pemilik apartment selalu balik ke rumah sebelum pukul 3 petang . Telebih lagi dia telah meninggalkan rumah dia untuk waktu yang lama . Apartment tempat dia tinggal dekat dengan anak sungai yang berada di arah tenggara pusat kota . Lelaki itu berjaya sampai di depan rumah pemilik apartment dan terus menekan tombol loceng rumah . Ting tong, ting tong , ting tong bunyi loceng lalu kedengaran tapak kaki yang menuju ke arah pintu dan pintu pun dibuka .

Seorang lelaki tua muncul di depan pintu lalu dia melihat ke arah orang yang menekan loceng sebentar tadi tetapi selepas lelaki tua itu melihat muka lelaki itu , mukanya menunjukkan reaksi yang terkejut dan berkata " Kau ke tu Hasi ?" tanya lelaki tua itu . "Ya , saya Hasi , penghuni apartment kamu sudah kembali " balas Hasi sambil menggaru kepalanya sambil ketawa . " Sudah lama saya tak lihat kamu Pak Li . Apa Pak Li baik-baik saja ? " tanya Hasi .

Sebulan sebelum Hasi pergi ke dunia lain , dia pernah kata kat Pak Li yang dia mahu meninggalkan rumah untuk pergi mengembara .

"Saya baik-baik saja . Kamu telah pun pergi selama 7 tahun ni? . Kenapa kamu juga tak dapat dihubungi ? " balas Pak Li . ' Macam mana aku nak katakan yang bahawa aku baru sahaja balik dari dunia lain . Mesti Pak Li akan menganggap aku gila nanti dan dia juga tak percaya aku sudah menjadi yang terkuat kalau kau beritahu dia ' bisik hati Hasi .

" Tak apalah kalau kamu tak nak beritahu . Mesti kamu merasa penat kan selepas pulang setelah 7 tahun. " kata Pak Li sebelum Hasi sempat menjawab pertanyaan dia tadi .

" Ya , setelah tujuh aku baru pulang ke rumah . Pak Li masih simapan lagi kunci rumah saya " tannya Hasi kerana dia telah meninggalkan kunci rumahnya kepada Pak Li . " Oh , kunci rumah kamu masih ada lagi kat saya . Tunggu sekejap , saya ambilkan kunci rumah kamu " kata Pak Li lalu pergi ke arah laci rumahnya . Kemudian , dia menjumpai kunci tersebut lalu menyerahkannya kepada Hasin .

" Terima kasih Pak Li . Jika tak ada apa-apa lagi , saya balik dulu " kata Hasi tetapi belum sempat dia melangkah pergi , Pak Li memanggil Hasi . " Tunggu dulu , Hasi . Sini ada satu surat untuk kamu yang dikirim 3 minggu yang lalu di rumah kamu " kata Pak Li sambil memegang surat itu lalu menyerahkannya kepada Hasi . Hasi menerima surat itu lalu membaca nama pengirim surat tetapi surat itu tidak menunjukkan nama pengirim tetapi ianya bertulis alamat rumah jagaan kanak-kanak . Hasi menunjukkan reaksi terkejut kerana dia merasakan yang dia tidak mempunyai kaitan dengan rumah jagaan kanak-kanak itu . Selepas seketika berfikir , Hasi langsung bergegas untuk pergi . " Sampai jumpa lagi Pak Li " ucap Hasi sambil melambai tangannya .

Hasin terus pergi ke arah rumahnya dan berhenti di depan pintu untuk membuka pintu telah dikunci begitu lama . Hasi terus masuk ke dalam rumahnya lalu duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu . Rumah Hasi tidak kelihatan besar dan sempit . Rumah Hasin hanya mempunyai sekitar 4 bilik tidur , 1 bilik dapur , tandas , 2 bilik mandi dan ruang tamu yang cukup besar .

Hasi terus membuka isi surat yang diterimanya sebentar tadi dan membaca isi surat itu . Wajah Hasi menunjukkan reaksi terkejut selepas membaca isi surat tadi kerana isi surat tersebut memberitahu bahawa dia harus pergi ke rumah jagaan kanak-kanak tersebut untuk menjemput anak dia . ' Macam mana saya tiba-tiba boleh menjadi seorang ayah . Saya telah meninggalkan bumi selama 7 tahun ' bisik Hasi dalam hatinya .

' Adakah ada orang yang hendak menipu aku ' soal Hasi lagi . Tanpa menunggu lama lagi , Hasi terus berdiri lalu pergi menuju keluar dari rumah kerana ingin menuju ke arah alamat surat tersebut . Sebelum pergi Hasi terlebih dahulu mengunci pintu rumah dia . ' Mari lihat siapa yang nak menipu aku ' kata Hasi .

(Harap pembaca menikmati cerita ini . Saya masih baru lagi dalam menulis cerita)

คุณอาจชอบ