webnovel

bab2

Aku menghembus nafas berat tatkala kelas mulai kosong. Matanya merenung aku dengan penuh tumpuan.

"Weh , kau nak aku teman tak?" Tanya Niya kepada aku.

" kau duduk jela sini, aku jumpa dia kejap." Ucapku, lalu bingkas bangun menuju ke arah Dr Adam.

"Yes, Dr. Ada apa ye nak jumpa saya?" Soalku dengan nada sedikit menekan.

" how are you Lyn?" Soalnya bersama segaris senyuman.

" good. Why?" Soalku sedikit dingin.

" love.. kenapa dingin sangat ni?" Soalnya lembut.

"Sorry Dr Adam, saya rasa, Dr dah langgar batas ni. Saya ingatkan kembali la ye.  Kot-kot la Dr Adam lupa yang saya ni student Dr, dan Dr pensyarah saya." Ucapku tegas.

"Nope. Saya tak lupa, dan saya pun tak lupa yang you are my girlfriend." Ucapnya sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.

" huh? Girlfriend? Memori awak dalam dua bulan lepas hilang eh? Kita dah tak ada apa-apa. Kita dah putus. Kisah kita dah lenyap bersama alasan-alasan bodoh awak tu!" Hemburku sambil menahan getar amarah di dalam dada.

"Look, saya tak pernah setuju nak putus dengan awak, I am waiting for you, but you blocked me!" Ucapnya sedikit tegas.

" Apa-apa jela. Let's move on. Tak ada apa pun yang nak kita kenang. We are not meant to be together. That's it." Luahku lalau melangkah laju keluar kelas.

Kolam mataku bagaikan mahu melimpah namun tetap aku cuba menahan. Tiada guna menangis buat insan yang penuh tanda tanya.

***

Aku menghempaskan badan di atas katil. Penat. Lelah. Itu lah yang aku rasa saat ini. Insan yang setiap hari aku cuba padam setiap memori bersama muncul semudah itu di depan mata. Muncul bagaikan tiada apa yang pernah berlaku dalam kisah lalu.

"Weh.. kau ok tak ni?..." Soal Niya risau sambil duduk di birai katil aku.

"Ok je la, apa yang tak ok pula, aku ok je" ucapku sambil tersenyum nipis.

"Aku rasa bersalah pula tengok kau macam ni. Yela.. aku kan antara sebab korang boleh kenal." Luah Niya bersama muka sugulnya.

Aku tak nafikan, Niya lah punca pertemuan aku dan dia setahun yang lalu. Bukan pertemuan namun perkenalan.

Throwback..

"Lyn!!" Jerit Niya yang mengejar aku dari belakang.

"Haaa apaa?" Jawabku malas.

"Laju betul kau ni jalan, nak kejar apa dekat bilik tu?" Soal Niya sambil tercungap-cungap.

"Kejar bantal dengan tilam. Aku penat weh." Ucapku sambil berjalan.

Hari ni kelas penuh dari pukul 8 pagi sampai la 5petang. Otak aku nak relai satu-satu dah rasanya ni.

" Kau ni, iye ke penat.. tadi kan baru je kelas dengan Dr Nazmi, dia tu kan crush dekat kau, kau patutnya happy la dilayan bagaikan puteri raja." Sakat Niya sambil tersenyum nakal.

" Eh kau ni. Dia tu layan semua orang sama jela. Lagi pun tak akan la orang sebijak, se kacak dia tu tak berpunya lagi. Agak-agak la Niya oi." Bidasku sambil menggelengkan kepala.

Dr Nazmi merupakan pensyarah aku dari fakulti undang-undang. Betul orangnya ada rupa dan baik. Tapi tidak la sampai aku rasa dia menaruh rasa terhadap aku. Sungguh tak masuk akal.

***

Sampai sahaja di bilik, pantas aku mencapai tuala dan membersihkan diri. Berlengas sungguh rasa badan ni. Belum lagi otak. Sungguh penat. Inilah reality bergelar mahasiswa di universiti.

Usai membersihkan badan dan menunaikan solat asar, aku menoleh melihat Niya yang sedang tersipu-sipu sambil menghadap telefon.

" Oii! Buat apa tu ha?" Sergah aku.

"Hish! Kau ni Lyn sibuk la. Ni haa aku ada kenal sorang mamat ni. Kelakar weh!" Ujar Niya sambil menunjukkan perbualan mereka.

"Mamat mana pula kau kenal ni? Kau jangan macam-macam Niya, ingat kau tu dah tunang dengan Firdaus" Kata aku kepada Niya.

"Alah weh, dia ni stranger je. Aku saja je buat hilang bosan. Jangan risau aku setia la dengan abang botak askar aku tu. Walaupun setiap kali jumpa asyik rentung je mamat tu. Tapi aku tetap sayang ye." Ucap Niya sambil mendabik dada.

"Iya la tu perempuan ni, bukan boleh percaya." Detak hati aku.

"Kau nak try?" Soal Niya kepada aku.

" Eh tak nak la aku, entah siapa-siapa je dalam tu, kena orang gila tak ke naya "kata ku sambil menggelengkan kepala.

"Alah Lyn, try jela, jangan la kau bagitahu detail sangat pasal hidup kau. Buat tambah-tambah kawan nak borak je. Seronok tau. Setakat aku jumpa ni, tak ada la yang mereng sangat. Website ni selamat." Ucap Niya yakin. Bukan main lagi perempuan ni buat marketing kat aku. Ada share dengan website ni ke apa.

"Aku share link eh," ujar Niya bersemangat.

"Aku dah sent tuuu. Jangan lupa try. Kau pun dah lama single tu. "Sakat Niya.

Ish dia ni. Macam-macam la. Bukannya tak ada orang nak dekat, tapi yang dekat tu semua langau-langau apa aku boleh buat. Ini lagi la nak suruh kenal entah dengan siapa-siapa je, lagi la aku tak berminat.

Aku hanya melihat sepi link yang dihantar oleh Niya.

"Oiit tekan laaa!" Sergah Niya sambil menepuk belakang aku.

"Anissa Atira! Kau ni kan, kalau terkeluar jantung aku macam mana? Kau nak kutip?" Kataku kepada Niya sambil mengusap dada.

"Aduuhh maafkan saya ye cik Iriena Lyana, jangan marah naa. Tekan la weh. Kot dapat yang kacak bergaya ke?" Ujar Niya sambil menggerakkan keningnya.

Aku menekan link yang dihantar oleh Niya. Sambil mataku kerling sekilas melihat gadis disebelah aku ini.

Niya mengajar aku untuk mencipta akaun. Aku hanya menggunakan nama Lyana312. Kata Niya, nama yang aku gunakan itu sungguh membosankan.

"Hi." Satu mesej masuk.

"Haaa tu ada org mesej kau dah. Cepat weh reply. Nanti kena tinggal." Kata Niya teruja.

Aku menaip penuh debar membalas mesej daripada di dia yang mengguna nama Adamvein .

"Hi" balasku.

"Hi Lyana, from Malaysia right?" - Adam

"Wehhh! Macam mana dia tahu aku dari Malaysia?!!" Jerit aku cemas.

"Oit aku sekeh jugak kau ni kang.  Tuuu tengok tu kan ada bendera bila kau mesej dengan orang tu. Itu kita kira kat mana orang tu duduk la. Halah-halah." Bebel Niya sambil menggelengkan kepala.

"Oooooo. Mana laaa aku tahuuu." kataku sambil tersengih.

"Kira mamat ni, dia duduk UK la ye?" Soal aku kepada Niya.

Niya mengangguk tanpa memandang aku. Matanya fokus pada skrin telefonnya.

" Lyn, Firdaus call. Enjoy la ngan mamat UK tuuu!" Ucapnya lalu keluar dari balik.

Haih dia ni. Dia yang suruh aku cuba, lepas tu dia yang lesap.

"Hello, are still there?" Tanya Adam.

Ohhh. Lupa pula aku. Nasib mamat ni tak gerak lagi.

"Yeahh sorry." Balasku.

" So, you are Malaysian?" Soal Adam sekali lagi..

"Yeah. I am Malaysian. And you are... Brits?" - Lyn

" Maybe. I guess so " - Adam.

Eh eh dia ni.. main agak-agak lak.

"Means?" Soalku meminta kepastian.

"So how Malaysia? " Soal Adam tanpa menjawab soalan aku.

" Good. Have you been in Malaysia?" Soal aku.

" Malaysia is my second home." Balasnya ringkas.

What?! Aku jumpa malaysian ke? Adehh baru ingat nak internasionalllle.

"What do you mean by that? Are you Malaysian? If you are.. I guess I can use malay with you right?" Soalku. Iyela berbelit jari jemari aku nak menaip bahasa omputih ni.

" Hahhaha. You can, but I can't." -Adam

Ahh pening aku mamat ni.

"So your name is Adam?" Soalku

"Yup. Adam Luth. I am half malay.  So am I considered as Malaysian gadis manis? - Adam

Ehh pakcik ni. Dia gadis manis kan aku. Guna internet ke translate ke bm.

"So, your name is Lyn? It is a nice name." Tambahnya lagi sebelum sempat aku membalas.

"Thanks. Erm so how old are you?" Soalku.

" I'm 32. And you?" - Adam

Mak aiii 32?! 12 tahun woo beza dengan aku!! Gilaaa ahhh. Ni betul2 pakcik ni.

"I am 20. " Balasku ringkas.

" Wow. It's look like we have a huge gap." - Adam.

" I guess you are still a student right?  " Soalnya lagi.

" Yeahh. And you?" Soal aku. Hakikatnya aku sudah hilang minat mahu berbual dengannya.

" I'm a computer engineer. Work in London. Stay with my family. Full of information i gave to you. Haha. " - Adam.

Banyak cakap aku rasa dia. Iyela tanya sikit jee. Berderet jawapan dia bagi.

"Ahh I see.. eem Adam I think I have to go. It is nice to have a conversation with you. Thanks. Bye" Tulisku mahu memutuskan talian.

" Wait!. Can I get your Instagram account?" - Adam.

Aku menaip tanpa berfikir panjang. Al maklumlah. Instagram aku tu dah macam kubur dia punya sepi.

***

Tak pernah aku sangka, perkenalan tanpa sengaja kami itu membawa kepada satu hubungan bak roller coaster.

Tit-tit.

Bunyi notifikasi membangunkan aku dari lamunan.

" jumpa saya dekat cafe chempaka. Saya tunggu.- Adam" 

Aku baca mesej itu sambil mengerutkan dahi. Adam? Mana dia dapat nombor aku?

Aku menghela nafas berat. Lalu duduk di birai katil. Patut ke aku jumpa dia? Apa yang dia nak? Ahhh buntu betul!.

" Niya.. Adam ajak aku jumpa kat cafe. Kau rasa.. patut ke aku jumpa dia?" Soal aku berat.

"Dia ajak jumpa lagi? Haih berat mamat ni. Dia yang tinggal kau dulu, pastu sekarang dia yang terhegeh-hegeh?. Ikut kau la Lyn. Kalau kau rasa, kau perlukan penjelasan daripada dia. Go! Tapi kalau kau tak nak dengar apa-apa. Tak payah lah. Keputusan kat tangan kau." Ucap Niya penuh semangat.

Aku menarik nafas dalam lalu membetulkan rambut sedikit dan keluar dari bilik.

***

Langkah demi langkah, debar makin bertambah. Apa yang aku pilih betul atau salah aku sendiri tidak pasti.

Dari jauh sudah aku dapat melihat sosok lelaki yang duduk di hujung cafe bersama secawan kopi di meja. Lengan kemejanya sudah pun dilipat separas siku.

Aku menarik nafas dalam lalu melangkah mendekat si dia. Yang sentiasa membuat jantung aku tak diam duduk.

***

"Ehem. Ada apa?" Sapaku sambil berdiri di hadapan Adam.

" awak duduk la dulu, nak minum apa-apa tak? Saya belikan." Soalnya lembut sahaja.

Satu sifat yang tak pernah berubah tentang Adam adalah, dia sentiasa bertutur dengan penuh kelembutan. Tak pernah sekali pun dia bertindak kasar kepada aku. Walau tindaknya pernah melukakn aku.

" tak apa. Cakap la apa yang awak nak cakap. " ucapku jelas dan tegas.

Sekarang jam sudah pun lebih pukul 5, jadi aku memilih untuk lupakan sebentar status guru dan murid.

Adam tersenyum tatkala mendengar kata-kata ku.

" yang senyum-senyum ni kenapa?" Soalku

" no, it just.. saya suka bila awak tak panggil saya Dr macam pagi tadi. Buatkan saya teringat kita yang dulu." Tuturnya lembut.

" Adam, saya tak ada masa nak layan awak punya, "dulu-dulu" tu. Just straight forward. Awak nak apa?" Tegasku.

"Ok. Let me explain, betul 2bulan lepas, alasan saya memang bodoh ditelinga awak. Namun itu je yang mampu saya luahkan. Saya hilang seminggu, sebab saya kemalangan. Saya hilang sebelah nikmat melihat waktu itu. Saya tak ada kekuatan untuk bagitahu. Insan yang bagi awak harapan ni cacat. Alasan saya tiada internet yang terlintas waktu itu. Bodoh kan? " luahnya tanpa matanya sedikit pun bergerak dari memandang aku.

" Maksud awak? Awak buta sekarang?" Soalku dalam percaya dan tidak.

" Tak, saya dapat balik nikmat tu, lepas 2minggu.  Tapi awak dah block saya waktu tu. Jadi, sebab itu juga saya minta kerja di universiti yang awak belajar. Saya ubah kerjaya saya hanya untuk seorang yang bergelar Iriena Lyana. Dari computer engineer, saya jadi pensyarah. " ucapnya.

Aku mengangguk perlahan. Sambil otak masih belum sepenuhnya percaya. Aku tahu dia berpindah ke Malaysia selepas 6bulan perkenalan kami. Itu lah di mana pertama kali kami berjumpa.

" sebagai orang yang kenal dengan awak. Saya tahu tak semudah itu untuk awak percaya. Jadi, saya bawa sekali laporan perubatan saya, dan boleh je kalau awak nak jumpa Dr yang merawat saya. Anything for you, Lyn." Ujar Adam.

"Jap. Sabar. Betul ke awak ni Adam yang saya kenal? Banyak betul awak cakap melayu. Dulu bukan cakap tak boleh cakap melayu?" Soalku.

" perli eh? Kenapa tiba-tiba nak imbau kata-kata saya yang dah nak dekat setahun tu?" Soalnya sambil tersenyum.

"Well.. saja je. Nak pastikan awak orang yang saya kenal. Bukan penyamar. Adam. Saya sebenanrnya masih tak faham apa yang jadi ni betul ke atau ciptaan awak je. Betul awak berjaya masuk dalam hati saya dulu. Tapi, untuk saya kekalkan perasaan tu dalam keadaan yang sama. Bukan senang. Awak pernah buat saya rasa macam orang yang boleh dibodohkan dulu. Jadi andai betul apa yang awak explain ni. Saya boleh cakap hati saya sedikit tenang. Terima kasih sebab gigih mencari dan cuba terangkan apa yang sebenarnya terjadi." Tuturku sedikit tenang.

" jadi.. are we good now love?" Ucap Adam.

"Love? Haha. Macam mana awak boleh nak panggil saya love lagi, swedangkan awak tak sudi pun nak berkongsi kisah perit awak bersama saya. " tutut bersama senyuman.

Tipulah kalau sedikit pun aku tidak tersentuh dengan kata-kata Adam. Namun tak semudah itu hati aku dapat dicapai dibuang sesuka hati.

" Lyn, Iriena Lyana. I am so sorry. I am truly sorry. Sebab saya sayang, saya tak mahu awak kecewa bersusah kerana saya. Saya datang sini bukan hanya nak menjelaskan tapi saya juga nak melamar awak. Let's get married Lyn. I am serious. " ucap Adam bersama renungan dalam dan tajam.

Aku terkejut. Sungguh tak aku sangka kata-kata itu keluar dari bibirnya.

"Lyn? " sapa seseorang.

Aku menoleh. Mataku menangkap satu sosok lelaki berkemeja putih bersama kopiah putih di tangan.

" Dr Nazmi?" Ujarku sedikit terkejut.

BERSAMBUNG...

P/s: hai3 korang. Enjoy reading! Jangan lupa vote, komen and share. Jumpa next week. Kalau sis terlajak free, akan ada lebih dari satu chap per week ye. Tp insyaallah. Seminggu satu tu akan ada.

Next chapter