webnovel

Bab 2 - Tiada Manas

"Bersihkan diri dan terus masuk tidur" arah Master Awarna sambil membuka jubahnya dan berjalan kearah kerusi diruang tamu. Segera dia mencapai secawan kopi yang telah tersedia diatas meja kecil berhampiran kerusi itu sejak dari tadi.

Wap air masih keluar dari cawan yang dipegang oleh Master Awarna, hangat air itu masih kekal seperti sebelum dia meniggalkan rumah untuk menjemput Ryo dan Ryota pulang kerumah.

"Baik tok Awarna" jawab mereka serentak sambil mula melangkah ke bilik mereka yang terletak ditingkat atas.

"ah Ryoichi tunggu sekejap atok nak cakap sikit" katanya sebelum menghirup air kopi ditangannya.

Ryo mengikuti arhan Master Awrana atau mereka gelar Tok Awarna, dia berjalan menghampiri tempat duduk berhampiran Tok Awarna dan duduk berhadapan dengannya namun masih tidak berani menatap wajah Tok Awarna.

"Ryo mengapa kamu tidak hadir ke kelas hari ini?"

Ryo hanya terdiam tidak menjawab soalan itu, matanya memandang ke lantai batu dibawah nya. Keadaan suram menenyelubungi susasana, hanya beberapa lilin yang menyala dipenjuru rumah bagi menerangi ruang tamu itu.

"Adakah kau masih tidak mahu ke akademi?" soal Tok Awarna sekali lagi

Kali ini Ryo menganguk perlaha mengiyakan soalan itu, tanpa berkata apa-apa.

"Semua anak muda sebaya kamu sudah memasuki akdemi, untuk mengasah kemahiran mereka, Ryo taknak asah kemahiran ke?"

Tiba-tiba Ryo berdiri, "nak asah apanya tok saya tiada manas, magis biasa pun saya gagal, tok sendiri yang dah ajar saya dari dulu sampai sekarang saya masih gagal, jangan cakap magis, secebis manas pun saya tiada tok!"

Ryo meluahkan apa yang terbuku dalam dirinya, membentak dan menghentak kakinya geram dan amarahnya seakan ingin dilepaskannya, namun dihadapanya seoarang tua yang telah lama menjaga dirinya dan Ryota sejak mereka kecil, lebih tepat lagi selepas peristiwa 10 tahun lalu.

Namun, Tok Awarna tenang melihat Ryo yang sedang meluahkan segalanya yang terbuku dalam dirinya, sambil menghirup airnya, dia memetik jarinya.

"pap" ungun api yang berada di ruang tamu menyala apinya segera menghangatkan ruangan tersebut, Ryo yang dari tadi meluahkan perasaan sambil menghentak kakinya tadi terapung sedikit di udara diangkat tanpa sedar oleh sihir milik Tok Awarna.

"Sudah cukup malam ni, esok pastikan kamu hadirkan diri di akademi" ucap Tok Awarna sambil tersenyum kecil memandang Ryo. Dia meletakkan cawannya semula diatas meja. Lantas mengarahkan sihir anginnya untuk membawa Ryoichi masuk kebiliknya.

Secara paksa dia dibawa masuk kedalam bilik oleh sihir Tok Awarna, dia tidak lagi mampu berbuat apa-apa, Ryo membersihkan diri dan bersedia untuk tidur. Ryota yang berada dalam biliknya itu hanya mampu mendengar perbualan itu dari jauh.

"Heh lemah, mengapa aku ada adik seperti dia" bisik Ryota sebelum berjalan kearah katil dan bersedia untuk tidur. Dia baring diatas katil menghadap kearah siling rumah, terbayang semula peristiwa di waktu senja tadi, perutnya masih sedikit sakit walaupun telah disembuhkan semasa di pos kawalan tadi.

Next chapter