Langkah kaki Hunner ringan merentasi kawasan hutan dengan rata-rata adalah pohon gergasi menjangkau lebih 100 meter. Matanya liar mengawasi setiap ceruk hutan, waspada kepada serangan hendap binatang buas. Smelly elixir yang dibelinya sebelum ini telah lama habis digunakan. Kini dia bergantung sepenuhnya kepada naluri dan kecekapan derianya bagi menghindari serangan binatang buas.
"Apakah ada cara untuk terbaik atau tercepat untuk mengembangkan energy core, Yoda? Aku pernah mendengar dari kata-kata para penduduk kota bahawa para immortal akan menyerap element untuk maju dalam peringkat immortalnya".Hunner memecahkan kesunyian setelah beberapa jam berjalan.
"Setiap immortal mempunyai element dalam energy core masing-masing. Beberapa major element menjadi yang paling utama diikuti oleh cabang-cabang kecil. 8 major element adalah fire, earth, air, water, blood, nature, spirit dan light. Untuk mengembangkan atau evolusi energy core, immortal harus menyerap element sources berdasarkan element pada energy core".
"Kamu harus tahu, energy core ini boleh diwarisi dan itu dinamakan bloodline. Bloodline akan membentuk satu keturunan yang akan mempunyai energy core dan element yang sama. Dan, hampir semua keturunan yang dominan akan mengembangkan sumber daya yang banyak bagi membolehkan keturunannya terus berkembang".Yoda menerangkan dengan panjang lebar. Cepat atau lambat, Hunner harus mengetahui prinsip dalam jalur immortal.
"Hanya 8 major element? Jadi dark energy tidak termasuk dalam major element? ".
"Dark energy jauh lebih misteri. Itu tidak tersenarai dalam Rules Of Heaven. Malah, perkataan dark energy juga adalah perkataan taboo di beberapa tempat, kematian adalah pasti jika seorang immortal memiliki energy core yang mempunyai element dark energy".
Langkah kaki Hunner terhenti. Dia tersentak, mukanya sedikit pucat. Tanpa sedar dia mengigit tepi bibirnya.
"Kematian? Sebentar.. benda di dalam botol yang aku minum.. itu bukan elixir kan? Itu bloodline.. seperti yang kamu katakan.. boleh diwarisi.. Yoda, sebenarnya apa niatmu untuk membantuku? Aku telah mencapai impianku, namun aku akan mati kemudiannya? ".
Kepanikan jelas tersebar di wajah Hunner. Dia kini duduk di atas sebatang pohon tumbang, memasuki lautan jiwanya dan berdiri di depan Yoda. Matanya tajam memandang Yoda yang hanya tersenyum melihat dirinya.
"Ya.. Itu adalah bloodline keluargaku, keturunan Atheos. Ayahku adalah salah satu pemimpin tertinggi suku dan ibuku adalah dari keturunan Golden Phoenix dengan element api. Jangan risau mengenai element dark energymu, tidak ada siapa yang akan tahu jika kamu tidak mengunakannya. Malah ayahku juga melarang aku mengunakannya. Aku hanya mengembangkan element api yang aku warisi dari ibuku sebelum ini".
"Bloodline yang aku berikan padamu adalah bloodline aku sendiri. Bloodline hybrid dark energy dan element api. Element api pada energy core kamu sekarang hanya sebesar titik. Itu akan berkembang suatu hari nanti".
Hunner hanya mampu memandang Yoda. Dia seakan ingin menangis tetapi tidak ada air mata yang keluar. Melihat Hunner yang hanya diam membatu, dia meneruskan kata-katanya.
"Ayahku menghilang sebelum sempat menerangkan lebih lanjut mengenai element dark energy. Aku pernah curi-curi untuk mencari maklumat namun ibu mengetahui dan melarang keras untuk aku terus mencari maklumat. Sepanjang hidupku, aku merasakan dark energy dalam diriku seperti meronta-ronta, seakan hidup. Namun aku tetap menurut kata ibu untuk tidak mengembangkannya. Dan itu adalah penyesalan terbesar dalam hidupku. Aku tahu dark energy adalah jauh lebih kuat dari segala element. Tapi aku tidak tahu mengapa para immortal lain takut dengan element dark energy".
"Aku memberimu bloodline itu agar kamu perlahan dapat mengungkap misteri yang sentiasa menghantui diriku. Mungkin itu agak keterlaluan sebagai permintaan, tapi keturunanku musnah disebabkan element dark energy".Keadaan sekitar kelihatan kaku. Hunner melihat kesedihan di dalam wajah Yoda. Perlahan hatinya melembut.Hunner kini tidak memiliki saudara mara, mahupun rakan akrab.
"Hmm..Jalur immortal penuh dengan bahaya, bukan? Tidak ada jaminan untuk hidup kekal. Semuanya telah berlaku.Dan, kini, aku seorang immortal.Jalanku sudah pasti terbuka luas di hadapan dan takut bukan pilihan jika ingin berdiri di puncak gunundiamHuh.. Aku akan menempuh segala onak dan duri, jika kematian adalah pasti didepan, sekurang-kurangnya aku telah mencuba".Hunner memerhatikan ke dalam mata Yoda. Senyum terukir di bibirnya. Azamnya telah ditetapkan. Yoda melihat kesungguhan di dalam anak muda itu. Perasaannya sebak. Jika itu azam yang dipegangnya semasa kehidupannya, dia tidak akan mati dengan penyesalan.
"Aku berharap itu bukan hanya kata-kata kosong. Semasa kamu mula mewarisi darah keturunan Atheos, dirimu telah terjebak dengan bahaya yang menanti. Aku akan selalu membantumu, untuk mendaki gunung yang kamu bina.. hahahaha".
Suasana berubah lebih hidup. Hunner mengangkat ibu jarinya ke arah Yoda. "Aku akan berusaha.. " Dia kemudian memandang ke arah energy corenya yang diseliputi oleh kabus gelap, berlegar-legar di lautan jiwanya. Hatinya sedikit berbisik, aku akan membongkar misteri yang menyelubungimu.
Ketika suasana hati Yoda semakin membaik, dia tiba-tiba memandang jauh. Ada sesuatu sedang berlaku, dan itu bergerak laju ke arah Hunner.
"Hunner, sesuatu sedang bergerak ke arah sini. Dan aku memiliki firasat itu bukan sesuatu yang baik. Cepat lari!! ".
Hunner terkejut. Dia memandang Yoda dalam-dalam. Dia kemudian mengangguk, kembali ke kesedarannya. Hunner melihat ke arah hutan yang di katakan oleh Yoda. Dia tidak merasakan apa-apa energy aneh, mungkin kerana dia masih terlalu lemah.
Boommm!! Boomm!!
Dua letusan menggegarkan Greeny Forest. Hunner kini faham apa yang menyebabkan Yoda memberikannya amaran. Tanpa membuang waktu, Hunner berlari pantas. Dia perlu keluar dari kawasan hutan secepatnya.
Tidak jauh dari Hunner, Tuan Muda Oswald berlari dengan pantas menyelit di antara pepohon. Semua kelompoknya telah terbunuh, dan kini dia menjadi sasaran baru keganasan makhluk yang manusia dengan wajah seperti kelawar dengan kulit hitam berbulu. Dia telah melemparkan beberapa serbuk peletup untuk melengahkan masa namun makhluk itu tetap mengejarnya. Wajahnya kelihatan pucat ,dia tidak pernah nerasakan sepanik ini. "Iblis apakah ini? Itu terlalu menakutkan... "
Tuan Muda Oswald berada pada pertengahan human immortal, pergerakannya sedikit lebih pantas dari Hunner. Tuan Muda Oswald tiba-tiba menyedari ada seorang immortal yang berlari pantas di depannya. Perlahan, bibirnya terangkat dan mengukir senyuman. "Kamu akan menjadi sasaran baru iblis ini".Tuan Muda Oswald berlari lebih pantas, mengekori di belakang Hunner dan semakin hampir.
"Hmm.. itu immortal kecil yang merekrut penduduk kota beberapa hari lalu. Apa yang dibuatnya sehingga di kejar oleh... ehh.. itu demon race.Bagaimana demon itu berada di alam bawah? "Demon race adalah makhluk separuh manusia dan binatang buas dengan energy core element darah. Yoda tersentak. Makhluk itu sepatutnya tidak ada di alam bawah.
Tuan Muda Oswald semakin menghampiri Hunner. Hunner kemudian menyedari bahawa immortal yang mengejarnya adalah Tuan Muda Oswald.
"Maafkan aku saudara immortal. Aku memerlukan bantuanmu untuk melawan iblis ini. Orang-orang ku telah mati di bunuh oleh iblis ini. Apakah kamu ingin berkerjasama? " Tuan Muda Oswald berteriak ke arah Hunner apabila jarak antara mereka semakin hampir.
Hunner hanya diam membisu. Dia tahu niat Tuan Muda Oswald adalah hanya untuk mengalihkan perhatian makhluk itu kepadanya. Dia kemudian berlari ke arah lain, dan itu menuju ke arah jurang Bottomless Pit.
Melihat Hunner berlari ke arah lain, Tuan Muda Oswald memasang muka masam. Dia turut mengekori Hunner. "Kamu pasti akan menyesal kerana mengabaikan tawaranku".