webnovel

Kiub Alam Semesta Kuno

นักเขียน: Mexss_Lawrence
แฟนตาซี
กำลังดำเนินการ · 9.1K จำนวนคนดู
  • 9 ตอน
    เนื้อหา
  • เรตติ้ง
  • N/A
    สนับสนุน
เรื่องย่อ

Bagi para kultivator ras manusia, hanya ada 3 benua yang luas yang menjadi rebutan untuk di kuasai. Perebutan antara clan-clan besar untuk menguasai dataran benua, persaingan akan menyisihkan yang lemah, menjulang yang kuat. Hal menjadi lebih menarik apabila ada mitos yang mengatakan terdapat portal yang menghubungkan kepada 4 benua alam semesta kuno. Portal teleportasi itu di katakan berada di dalam jiwa seseorang, tersembunyi dalam bentuk kiub keemasan. Kegilaan kerajaan penguasa Apocalypse Star untuk memburu kiub ini menyebabkan penangkapan Yoda, kultivator yang berada di puncak 3 benua. Yoda berada dalam penghujung perjalanan jalan kultivasinya, tidak mungkin akan lari dari Kerajaan Apocalypse Star. Dia secara sembunyi mencari perwaris baru bagi kiub universal kuno. Peter yang sedih kerana disingkir dari clan kerana kelumpuhan kultivasi disebabkan serangan binatang buas menjadi pewaris baru kiub universal kuno. Hayati perubahan hidup Peter selepas mewarisi kiub universal kuno, dan menjadi buruan dari kerajaan Apocalypse Star

Chapter 1KIUB ALAM SEMESTA KUNO

Keheningan suasana di dalam penjara sudah menjadi kebiasaan bagi Yoda, kemakmuran hidupnya 200 tahun dahulu berakhir dengan penangkapannya oleh kerajaan Apocalypse Star.Hanya suara hembusan nafasnya yang sentiasa menemaninya setiap masa, semakin lemah dengan berlalunya tahun demi tahun. Keangkuhan dan dominasinya pada zaman 200 tahun dahulu dihancurkan oleh seorang wanita yang di anggapnya istimewa. Dia diperangkap oleh wanita itu yang bekerjasama dengan Kerajaan Apocalypse Star .

Hidupnya seharusnya mewah, disegani dan ditakuti oleh semua clan-clan besar, malahan Astroz, penguasa Apocalypse Star juga menakutinya dulu. Kenaifan dan sikapnya yang suka berfoya-foya menjadi punca kejatuhan, dipenjara dan diseksa.

"hurmmm" keluh hati Yoda. Kekesalannya menjadi kuat setiap hari. Seandainya dia menumpukan sepenuh usahanya dalam kultivasi dan menghindari sikap fananya, menghindari keangkuhannya, dia tidak akan berakhir begini.Kini dia seperti mayat, kurus dan berada di ambang pengakhiran hidupnya.Di ikat dengan 16 rantai besi meteorit blackstone, dan penjaranya dilapisi oleh banyak array, peluangnya untuk melarikan diri adalah kosong.

4 bulan yang lalu Astroz datang bertanyakan mengenai kiub alam semesta kuno, tetapi hampa kerana Yoda tidak mengatakan 1 kata pun. Astroz mempunyai pilihan untuk membunuh dan mengambil secara paksa kiub alam semesta kuno, tetapi ianya tidaklah semudah itu. Risiko untuk kiub alam semesta menghilang dan mencari pewaris secara rambang adalah tinggi. Mungkin itu jalan terakhirnya, membunuh Yoda dan mengambil risiko kehilangan kiub alam semesta kuno.

"Aku akan menunggu 100 tahun atau mungkin lebih untuk kamu menyerahkan kiub itu" ayat Astroz sentiasa melekat di fikiran Yoda membuatnya tersenyum.

"Penantianmu pasti akan menjadi penyesalanmu " kata Yoda dalam fikirannya.

Astroz mungkin tahu 2 cara untuk mendapatkan kiub alam semesta itu, Yoda menyerahkan secara sukarela atau dia mencurinya selepas membunuh Yoda. Apa yang Astroz tidak tahu, Yoda ada cara ketiga untuk mewariskan kiub alam semesta kepada orang lain dan ini adalah jalan terakhirnya untuk tidak memberikan kiub itu kepada Astroz.

"ini akan mengubah hidupmu 360 darjah, membuatmu dari sampah kepada permata unggul, menjadikanmu penguasa alam semesta" Yoda memejamkan matanya dan jiwanya memasuki demensi ruang dan menuju ke kawasan jauh ke benua Cerulean. " Mungkin kamu adalah pewaris yang sesuai, jalan hidup kita hampir sama, aku juga bermula dari sampah" Yoda tersenyum sambil melihat pada sosok seorang remaja." Mungkin aku perlu memerhatikannya untuk suatu masa lagi, masanya belum sesuai " kata Yoda sambil terus memerhatikan.

Kiub alam semesta adalah warisan yang didapati oleh Yoda 25000 tahun dulu, dia mendapatnya secara tiba-tiba. Ia berlaku pada satu malam , penderitaannya selama 1 tahun tiba-tiba berubah dalam 1 malam. Malam itu dia bermimpi bertemu dengan orang tua berambut putih dengan janggut putih yang panjang, menatapnya lama dan mengatakan " hidupmu akan berubah, aku tidak punya waktu untuk membimbingmu, kiub ini akan menjadi mediummu untuk menjadi penguasa surga dan bumi, aku Lao Tze pewaris kiub alam semesta yang kelima dibunuh di Tanah Suci Hellrock".Ayat itu masih segar dalam fikiran Yoda. Tapi selama 25000 tahun dia tidak pernah mendengar mengenai Tanah Suci Hellrock,.

"Apakah benar kiub alam semesta kuno mempunyai portal teleportasi yang menghubungkan benua lain?"." Kalau ada , dimana?" fikiran ini sering bermain di fikirannya. Dia sudah meredah kebanyakan tempat dalam alam suci kuno, tapi tidak menemukan petunjuk bahawa adanya sistem teleportasi dalam kiub alam semesta kuno.Faktor ini juga menjadi kegilaan Astroz untuk mendapatkan kiub ini, meninggalkan benua ini dan menjelajah ke demensi atau benua lain, mungkin menemukan keberuntungan yang menakjubkan.

Kekesalan dalam hati Yoda kerana tidak mempunyai cukup waktu untuk menemukan jawapan itu. "Karma...ini semua karma" Bentak hati Yoda. Dia sudah mendapatkan peluang untuk terus berada di puncak kultivasi, tapi masanya kebanyakannya digunakan untuk berfoya-foya dan bersenang-senang. Ketika dia berada di puncak kultivasi di 3 benua, dia menjadi egois, mengertak dan membunuh kultivator yang tidak disukainya.

"Tiba masa untuk mungkin memperbaiki kesalahan masa lalu ku, aku mendapatkan kiub alam semesta kuno dan tiada yang membimbing dan memberikan ku jalan ke arah yang benar, aku tersesat dalam sikap fana dan keegoan ku".tekadnya untuk membimbing pewaris baru kiub alam semesta sehingga nyawa tercabut dari jasadnya. "Mungkin juga ini adalah cara untukku membalas dendam dengan kerajaan Apocalypse Star" kegembiraan sedikit terpancar di wajah Yoda. Sengsara 200 tahunnya mungkin terbalas dengan cara ini.

"Pewaris baru kiub alam semesta kuno harus menyembunyikan diri dari kerajaan Apocalypse Star " fikir Yoda. Kesilapanannya mengungkapkan keberadaan kiub alam semesta pada selir kesayangannya dulu mengundang kemusnahannya sekarang. "Aku terlalu bodoh dahulu" Yoda tersenyum pahit. Kesakitannya tidak akan dapat merubah situasi. Kerajaan Apocalypse Star tidak akan mungkin melepaskannya semudah itu. Sekiranya dia memberikan kiub itu kepada Astroz, dia mungkin akan tetap terbunuh.

คุณอาจชอบ

Kembalinya Sang Kegelapan

Segala yang terjadi didunia sudah ditentukan oleh para dewa.Suatu hari ada seorang manusia yang lahir yang ditakdirkan mengalahkan raja iblis. Saat manusia itu remaja dia memiliki tubuh fizikal yang berotot dan sedikit kekar,kedua matanya berwarna oren kemerahan dengan aura matanya yang berwarna merah. Saat manusia itu sudah remaja dia masuk ke sekolah pahlawan.waktu itu manusia itu masih naif dan tidak mengetahui apa-apa dan dengan penuh semangat dia berlatih dengan gigih untuk mengalahkan raja iblis.Setelah 10 tahun berlalu waktu yang ditentukan sudah tiba.kedua-dua belah pihak berada di suatu kawasan yang luas yang jauh dari wilayah manusia dan wilayah Raja iblis. kedua-dua belah pihak memandang satu sama lain lalu mereka mula menyerang,pertarungan itu sungguh sengit hingga setengah bulan berlalu tapi perlawanan mereka tidak terlihat penghujungnya.Lalu sang manusia yang ditakdirkan sampai ke tempat raja iblis.Keduanya menatap dengan pandangan haus akan kemenangan lalu mereka berdua mula bertarung.Perlawanan mereka sungguh sengit sehingga kawasan yang luas itu mengalami kehancuran yang dahsyat dan menelan jumlah korban yang cukup banyak bagi kedua belah pihak tapi kerana para dewa sudah menentukan hasilnya dari awal raja iblis itupun akhirnya mati. Sebelum raja iblis itu menghilang dia menggunakan sisa sihirnya dan menyalurkan kedalam alat telerportasi lalu memindahkan kesemua askarnya yang tersisa kembali ke wilayahnya dan menyuruh bawahannya untuk bersembunyi sehingga raja iblis mereka yang baru muncul lalu tubuh raja iblis itu pun menghilang dan cuaca disitu menjadi cerah. Pihak manusia telah berjaya menenangkan pertarungan dan sang tokoh utama merasa lega bahawa tugas dia sudah selesai tapi dia tidak mengetahui bahawa dewa juga telah memulakan permainan yang baharu dimana sang manusia itu bakal menjadi raja iblis yang baru.

VLAREKA · แฟนตาซี
เรตติ้งไม่พอ
4 Chs