webnovel

BAB 12

"SAMPAI bila kamu mampu tengok aje Si Shaf tu duk berkepit dengan budak kampung tu? Sejak kamu bagi tahu mak pasal Shaf semakin dekat dengan wanita kampung ala-ala muslimah bertudung tu, mak tengok hidup kamu macam muram aje, apa kes?" tanya Puan Hanifah, selamba. Cawan berisi kopi 'O' panas diletakkan di atas meja yang berhadapan dengan suaminya yang sedang duduk bersantai sambil membaca sebuah buku agama di ruang tamu itu.

Zenia yang sedang menonton televisyen, mengeluh bosan. Sudah naik bingit telinganya sejak beberapa bulan kebelakangan ini bila emaknya terus membebel hal yang sama hampir sama setiap hari. Ikutkan hati, dia sudah malas mahu mendengar dan meneruskan topik itu. Topik yang hanya akan membuat hatinya semakin sakit.

"Mak ni, tak ada topik lain ke?" rungut Zenia sambil mengeratkan lagi pelukan bantal kecil di ribanya. Hilang terus moodnya mahu menonton televisyen.

"Mak memang ada topik lain. Tapi, malam ni mak nak bangkitkan topik ni."

"Eleh mak tu, bukan malam ni aje. Tapi setiap malam duk ulang topik yang sama aje. Mak tak bosan ke, mak?"

"Bosan? Tak ada istilah bosan dalam kamus hidup mak kalau bab kamu dengan Shafiz tu. Mak buat semua ni untuk kebaikan kamu!" tintas Puan Hanifah, tetap mahu menang.

"Nia nak buat macam mana mak? Nia dah cuba sehabis baik untuk tambat hati Shaf tu. Tapi Nia ni bukan pilihan dia. Nia dah bagi tahu mak pasal ciri-ciri wanita pilihan Shaf tu, kan?" Naik muak Zenia mahu mengulang jawapan yang sama.

"Mak dah cadangkan pada kamu sejak awal lagi selepas kamu bagi tahu mak fasal perempuan kampung tu. Mak suruh kamu pakai tudung, pakai baju kurung labuh, kamu tak nak. Berkeraslah kata tak nak jadi wanita hipokrit."

Ungkit Puan Hanifah dengan sindiran pedas. Jenuhlah dia mencadangkan rancangannya supaya Zenia merubah imejnya. Namun, sekalipun Zenia tidak pernah mahu menerima cadangan itu.

"Apa mak ni? Balik-balik asyik ungkit pasal rancangan mak tu aje. Zenia tak nak lah pakai tudung tu sebab ikut trend atau untuk tambat hati Shaf. Apa gunanya kalau Nia terpaksa jadi orang lain semata-mata nak tambat hati lelaki? Yang menderitanya Nia, bukan mak."

Zenia mula hilang sabar.

"Eh Nia, kita ni kadangkala, kena berkorban untuk bahagia. Sesuatu yang kita dapat dengan susah-payah, lebih berharga tahu tak? Kalau kamu rasa cinta kamu pada Shafiz tu setinggi gunung, kammu tak akan kisah semua tu. Lepas kau dah kahwin dengan dia, masa tu kamu nak buka tudung balik ke apa, terpulang kamulah. Yang penting, dia dah jadi suami kamu yang sah!"

Beria-ia Puan Hanifah mengembangkan rancangannya.

Zenia sudah menarik muka. Malas mahu berbahas lagi. Dia sudah penat mahu memikirkan semua itu. Ikutkan hati dia sudah putus asa. Tapi bila hampir setiap hari emaknya asyik mencucuk hatinya supaya mempertahankan perasaannya pada Shafiz, membuatkan hatinya sentiasa dalam dilema.

"Mak dah bagi kamu dua idea bernas macam mana nak dapatkan Shaf tu. Tapi kamu takut. Kalau kamu nak mak uruskan pasal cadangan kedua mak tu, sekarang juga mak call kawan mak yang dah biasa dengan kerja-kerja macam tu."

Puan Hanifah masih mahu memanjangkan isu itu.

"Dahlah mak, Nia dah mengantuk. Esok nak kerja. Nia masuk tidur dulu. Good night," ujar Zenia, sebal. Lebih baik dia masuk tidur dari terus dihentam oleh emaknya sendiri.

"Ha, nak larilah tu. Sampai bila kamu nak melarikan diri, Nia? Buat sakit jiwa kamu aje nanti," sindir Puan Hanifah ke arah Zenia yang sudah melangkah menuju ke arah tangga.

Zenia tidak mengendahkan. Langkah terus disusun menuju ke kamar tidurnya.

"Apalah awak ni, Pah. Tak sensitif langsung dengan hati anak awak sendiri. Kasihan saya tengok budak tu bila awak duk hentam dia aje."

Encik Zaim yang sedari tadi diam dan hanya menjadi pemerhati dan pendengar mula bersuara.

"Eh, abang. Saya buat semua ni untuk kebaikan dia juga, tau? Kalau dia kahwin dengan Si Shafiz tu, senang hidup dia nanti. Saya bukan nak susahkan dia pun."

"Ya, itu saya tahu. Tapi, cara awak tu salah. Kalau awak terus paksa-paksa dia dengan kata-kata sindiran awak tu, macam mana dia nak ikut cadangan awak? Cuba cakap baik-baik?"

"Puas dah saya ni cakap baik-baik, bang. Dah lebih setengah tahun mulut saya ni duk membebel suruh dia ikut rancangan saya tu. Tapi, hampeh nak diikutnya. Saya siap fikirkan rancangan kedua lagi tau? Dia tetap tak nak ikut."

"Dah dia tak boleh nak ikut rancangan awak tu, janganlah nak paksa-paksa."

"Saya dah paksa pun dia tak nak ikut. Kalau tak dipaksa macam tu jugalah dia nanti, bang."

"Kalau dia dah tak nak ikut, dahlah. Anggap ajelah jodoh dia bukan dengan Shafiz. Kalau bukan jodoh, awak usahalah macam manapun, tetap tak kan menjadi."

"Ah, saya yakin yang jodoh anak kita tu dengan Shafiz."

Encik Zaim mengeluh halus dan terus mendiamkan diri. Bukan dayus, tapi demi menjaga keharmonian rumah tangga dan kebaikan hubungan mereka. Lebih baik dia beralah. Bersabar itu lebih baik dari terus mempertahankan egoisnya.

Diam seketika.

"Kalau rancangan pertama awak tu awak nak Nia ubah imej dia, apa pula rancangan kedua awak?" Tiba-tiba Encik Zaim ingin tahu racangan kedua isterinya bagi menyatukan Zenia dan Shafiz.

Puan Hanifah tersentak kecil. Dia menjeling suaminya dengan ekor mata. Apakah dia perlu memberitahu suaminya tentang rancangan keduanya? Tak mungkin!

# # # #

SEPERTI mahu tercabut hatinya dek menahan geram bila melihat Shafiz yang baru sahaja melangkah masuk ke pejabat bersama Shadrina. Nampaknya, Shafiz semakin mengorak langkah. Sudah berani membawa Shadrina menghadiri perbincangan bersama rakan kongsinya di luar. Sepanjang dia bekerja di syarikat ini, sekalipun Shafiz tidak pernah mengajak dia untuk bertemu dengan rakan kongsinya.

Dadanya turun naik mengawal deru nafas amarah yang semakin menyendatkan dada. Lama dia merenung Shadrina. Pejabatnya yang bertentangan dengan meja Shadrina dan Fiza memudahkan dia memerhatikan wanita yang paling dia benci itu terus dari mejanya.

Kerja-kerjanya yang menimbun di atas meja sudah diabaikan. Ikutkan hati ingin sahaja dia menghapuskan penghalang cintanya itu. Disebabkan Shadrina, Shafiz semakin hilang perhatian terhadapnya. Sering sahaja pelawaannya ditolak.

Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pada pintu pejabat menghancurkan lamunannya. Pantas dia mengalih pandangannya ke arah muka pintu. Bila melihat Shafiz di situ, cepat-cepat dia menukar roman wajahnya. Dari wajah sinis kini sudah tersenyum manis.

"Awak sibuk?" tanya Shafiz.

"Tak sibuk mana pun. Biasa-biasa aje," jawab Zenia, mengelabah sambil menolak ke tepi fail-fail yang bertompok di hadapannya. Jantungnya tiba-tiba berdetak laju setiap kali berhadapan dengan lelaki di hadapannya itu.

"Kenapa?" tanyanya pula.

Shafiz melangkah masuk dengan senyum tipis. Beberapa keping kertas di tangannya dihulur kepada Zenia.

"Ini resit untuk pembelian fiber tank, dan paip PVC untuk projek pam air dekat sekolah di Mersing tu. Ada beberapa keping lagi pada Rin. Nanti awak minta pada Rin untuk dimasukan dalam fail akaun projek sekolah tu," jelas Shafiz, serius sekali.

Senyum bahagia dan berbunga Zenia kaku perlahan-lahan bila nama Shadrina sering sahaja meluncur di bibir Shafiz. Kalau jumpa aku tak sebuat pasal perempuan tu tak boleh ke? Makinya di dalam hati.

Resit-resit yang dihulur Shafiz dicapai lalu disemak satu persatu. Sekadar melihat angka pada ruang jumlah keseluruhannya sahaja. Semua itu akan dimasukan ke dalam fail khas untuk projek tersebut.

"Itu aje?" tanya Zenia selepas selesai menyemak.

"Yes. Jangan lupa minta baki resit pada Rin. Saya suruh dia fotostat tadi untuk simpanan kerani. Resit-resit yang saya bagi awak ni, pihak pembekal dah bagi salinannya sekali," jawab Shafiz sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

"Okey," akur Zenia, malas dan meluat. Ikutkan hati, malas dia mahu mengadap wajah wanita yang menyakitkan hatinya itu.

"Okeylah saya minta diri dulu."

"Shaf," tahan Zenia sebelum sempat Shafiz melangkah keluar dari pejabatnya.

Shafiz kembali berpaling memandang Zenia.

"Kenapa Nia? Ada apa-apa yang perlu saya tahu?"

"Emm…" Zenia tersenyum penuh pengharapan. "Tengah hari ni kita lunch sama-sama boleh tak? Dah lama saya tak lunch dengan awak." Zenia meluahkan hasratnya. Rindu rasanya ingin menjamah makanan sambil menatap wajah Shafiz.

"Err…" Shafiz serba salah. Jam tangannya dipandang lagi. "Bukan tak boleh Nia. Sebenarnya kejap lagi saya dengan Shahmi perlu ke UITM kampus Segamat. Ada taklimat tender dekat sana."

Zenia mengeluh hampa. Nampaknya kempunan lagilah dia mahu makan tengah hari bersama Shafiz yang semakin sibuk itu. Jika tidak sibuk dengan urusan kerja pasti dia akan sibuk dengan perempuan kampung itu! Bencinya!

"Kalau macam tu, tak apalah," akur Zenia.

"Maybe next time, Nia. Sorry, saya minta diri dulu," pinta Shafiz lalu meninggalkan pejabat itu untuk bersiap-siap ke Segamat sebentar lagi bersama salah seorang juruteranya.

"Huh! Susah betul nak ajak dia lunch sekarang ni. Ada aje halnya," rungut Zenia, geram.

Seketika kemudian dia memandang Shadrina, sinis melalui dinding lut sinar di pejabatnya. Tiba-tiba terdetik satu rancangan di dalam fikirkannya keteika. Tanpa dia sedari, senyuman sinis mula terukir di sebalik bibir mungilnya. Siap kau perempuan!

Hazel Jay - Penulis dari Malaysia.

Cik_Bintangcreators' thoughts
Next chapter