webnovel

BAB 9:

Bam!

Meja ditepuk dengan kuat.

"MACAMANA BOLEH HILANG HAH?!" Jerit Tengku Hafiz dengan bengang.

Wajah pekerja-pekerjanya ditatap dengan bengang.

"AKU TANYA NI! MACAMANA FAIL TU BOLEH HILANG?!" Jerit Tengku Hafiz.

"Aku kira sampai tiga, kalau korang tak jawab, aku pecat semua." Pesan Tengku Hafiz.

"Satu..."

"Dua..."

"Tig_"

"Mintak maaf boss.. Tapi Dato' Aliff yang main kotor boss... Dia curi fail tu waktu malam, CCTV bangunan ni dimatikan semalaman." Beritahu salah seorang pekerjanya.

"SIAL!!!" Jerit Tengku Hafiz dengan bengang.

"Zack! Rayyan!! Haikal!!" Jerit Tengku Hafiz.

Zack and Rayyan terus menghampiri Tengku Hafiz.

"Yer boss?"

"Korang call Zahirah and Amanda, suruh diorang datang rumah Mel.." Arah Tengku Hafiz.

"Okey...Em... Kitorang kena ikut sekali ker?" Soal Rayyan.

"Yes... Now!!!" Jerit Tengku Hafiz.

"Korang semua aku pecat!!" Jerit Tengku Hafiz kepada pekerja-pekerjanya. Tengku Hafiz terus meluru keluar daripada bilik pejabatnya itu.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa dengan perlahan-lahan.

"Haih... Macam mana lah aku boleh cuai tadi.. Sebelum ni aku tak pernah kena peluru." Keluhku perlahan.

"Padan muka kau.. Sape suruh berlagak sangat? Yang kau pergi cabar Alvin tu apehal?" Soal Amirul.

"Ikut suka hati aku lah... Takde kena mengena dengan kau.." Balasku selamba.

"Haih.. Penat lah bercakap dengan kau ni... Cakap orang bukannya nak dengar." Marah Amirul and terus naik ke tingkat atas.

Aku membuat muka menyampah.

"Yang kau nak emo tu apehal? Kaki aku ker kaki kau yang sakit?" Bisikku perlahan.

Aku terus berjalan naik ke atas dengan terjengket jengket... Sakit siot..

"Wei! Taknak tolong aku ker?!" Jerit ku dengan kuat.

"Tak kuasa aku." Balas Amirul and terus masuk ke bilik.

"Syaiton punya suami." Keluhku perlahan.

Aku terus masuk ke bilik aku.

Tiba-tiba,

Ding! Dong!

Loceng rumah berbunyi. Aku mengeluh perlahan, sape lah yang datang ni? Aku terus keluar dari bilik and turun tangga terjengket jengket.

"Kau nak gi mane?" Soal Amirul.

"Ade orang datang, aku nak gi bukakan pintu." Balasku.

"Kau ni kann, macam lah rumah aku ni takde maid." Balas Amirul.

"Mak senahh!!" Laung Amirul. Mak Senah terus datang ke arah kami.

"Yer tuan." Jawab Mak Senah.

"Tolong bukakan pintu." Arah Amirul. Mak Senah mengangguk and terus berlalu membuka pintu.

"Hai Guys!!" Sapa Abang Hafiz. Aku meleret senyum. Entah kenapa setiap kali aku tengok dia, aku rasa macam lega ajer... Tapi, dendam aku masih ade.

"Hai Abang!" Balasku.

"Abang? Puihh." Bisik Amirul perlahan.

Mummy yang baru keluar dari kereta itu terus berlari memeluk aku.

"Mel... Mel okey tak ni sayang?" Soal mummy dengan risau. Aku melirik ke arah Amirul.

"Mel okey tu... Kaki entah macamana boleh tersadung kat longkang." Tipu Amirul. Mummy melirik ke arah kaki aku. Nasib berbalut. Kalau tak, confirm kantoi.

"Haih.. Macamana boleh jadi macam ni?" Soal mummy prihatin.

"Emm... Entahlah mummy..." Balasku seraya menggaru belakang kepala ku yang tidak gatal.

"Lain kali hati-hati.." Pesan Mummy.

"Ok mummy." Balasku.

"Emm... Takpe tu mummy, husband kesayangan dia ade tu..." Sakat Abang Hafiz.Aku tersengih.

"Betul tu... Mummy takyah risau, Mel ade Mirul.." Balasku.

Amirul tersentak and tersenyum.

"Wooo... Sweeetttttt sangattttt..." Sakat Abang Hafiz.

Wajah ku and Amirul merona merah. Mummy terus menarik telinga Abang Hafiz.

"Takde kerja kan kamu ni... Dah tu mummy pun nak jugak tengok kamu kahwin.." Balas mummy.

"Aip, hal kahwin jangan buat main ea... Tak kuasa.." Balas Abang Hafiz dengan menyampah. Mummy menggeleng kepala.

"Mirul.. Aku nak bincang something jap dengan kau.." Aju Tengku Hafiz. Mirul mengangguk dan mereka berlaku ke tingkat atas.

"Ade ape?" Soal Amirul.

"Fail tu dah kena curi..." Jawab Tengku Hafiz.

"HAH?!" Jerit Amirul dengan bengang.

"Macamana boleh kena curi?!" Soal Amirul.

"Yang tu tak penting... Aku just nak inform pasal tu... Ni lagi satu, kejap lagi Zack, Rayyan, Haikal, Amanda and Zahirah datang... Aku nak bincang pasal benda ni." Ujar Tengku Hafiz.

"Okey..." Balas Amirul. Amirul terus melangkah kaki ingin turun ke bawah.

"Kau nak gi mane?" Soal Tengku Hafiz.

"Aku nak ajak Mel masuk bilik... Kau nak berapa orang anak sedara?" Sakat Amirul.

"Pervect!"

Tengku Hafiz terus turun ke bawah.

"Mummy... Tadi kan, Mirul cakap, dia nak bagi anak sedara kat Hafiz... Dia tanya nak berapa orang anak sedara?" Ujar Tengku Hafiz. Wajah ku merona merah. Amirul ketawa terbahak-bahak. Mummy menggelengkan kepala.

"Eh.. Mirul.. Mel... Mummy takleh lama-lama ni, mummy busy sikit ni.. Sorry tak dapat nak singgah lama.." Ujar Mummy.

"Takpe mummy.." Balasku.

"Ok, I need to go.. Take care ea... Mirul.. Jaga isteri tu leklok... Kalau mummy tahu Mel sakit lagi, siap ea Mirul mummy kerjakan..." Pesan mummy and memberi jelingan maut kepada Amirul.

"Eleh... Risaukan menantu dia jer.." Amirul mencebik bibir.

Mummy terus keluar dari rumah ku. Sebaik sahaja kereta mummy telah berlalu pergi, Zack, Rayyan, Haikal, Amanda and Zahirah sampai.

"Apehal ni suruh kitorang datang?" Soal Zahirah.

"Bayak cekadak kau... Bila masa pulak aku suruh kau datang?" Soalku dengan hairan.

"Hum.. Korang duduk dulu." Aju Tengku Hafiz. Kitorang semua terus melabuhkan punggung di atas sofa.

"Macam ni... Fail tu dah kena curi.. So korang faham-faham jerlah kan... Everything ade kat dalam tu... Kalau kita tak ambik balik, kita boleh hilang berjuta-juta." Terang Tengku Hafiz dengan serius.

"So, ape kita patut buat?" Soalku.

"Tak tahu.. Tulah sebabnya abang panggil semua ke sini.. Kalau guna banyak otak, lagi bagus.." Terang Abang Hafiz.

"Sape yang curi?" Soal Amirul dengan serius.

"Dato' Aliff." Jawab Tengku Hafiz.

"Jap... Bukanker Dato' Aliff tu pengetua sekolah?" Soal Haikal.

Tengku Hafiz and Amirul mengangguk.

"Aku ade plan." Ujar Haikal. Semua orang memandang Haikal.

"Ape plan kau?" Soalku.

"Plan aku camni, ape kata kalau kita menyamar jadi budak sekolah?" Soal Haikal.

"Menyamar? Budak sekolah?" Soal Zack and Rayyan.

"Yes... Cuba korang fikir, dia akan letak fail tu kat rumah or pejabat dia ker?" Soal Haikal.

"Nope, impossible.. Dia licik." Jawab Amanda.

"So, mesti dia akan letak kat tempat yang tak disangka-sangka kan?" Soal Haikal and tersenyum sinis.

"Woah! Hebat lah kau!" Jerit Zack.

"So, macamana kita nak menyamar?" Soal Zahirah.

"Pasal tu korang semua takyah risau... Nanti aku settlekan.." Jawab Tengku Hafiz. Kami mengangguk.

"Tapi wei... Macamana aku nak pergi? Kaki aku ni tak sembuh lagi.. Makan masa dua tiga minggu jugak ni.." Keluhku.

"Takpe, kita bagi musuh kita rest dulu.. Nanti kaki adik elok, kita start plan kita." Ujar Tengku Hafiz seraya tersenyum.

"Tapi kan, kau takleh lah jadi budak sekolah." Ujar Amanda kepada Tengku Hafiz.

"Dahtu aku nak jadi ape?" Soal Tengku Hafiz.

"Aku rasa sesuai kalau kat jadi cikgu.. Kau tu dah tua bangka." Balas Amanda selamba badak.

"Hahahahahhahahahahaha" Meletus ketawa kitorang.

'Nasib baik kau kawan Mel..' Bisik hati Tengku Hafiz.

Next chapter