webnovel

Chapter 16

Sikecil kesayangan puan Anita baru saja terlelap,lalu Lili menbaringkan si kecil diatas katil kecilnya,Villiam pula masuk untuk melihat keduanya.Villiam bertanya si kecil dah tidur ke?kepada Lili.Lili menjawab yang si kecil baru saja tertidur,agak kekok nak berbual Villiam pun nak keluar dari bilik Lili,tapi Lili bersuara...

"sampai bila hubungan kita bergini?...Lili kelihatan sedih.

Villiam menbatu berdiri di depan pintu bilik,dia tidak tahu bagaimana nak menjawab pertanyaan Lili,Villiam tahu Lili sedih sebab dia tidak berbincang apa pun,macam mana nak selesaikan masalah mereka.Lili menglangkah perlahan dan bertindak memeluk Villiam dari belakang,Villiam sedikit terkejut.Lili pasrah dengan semangat yang kurang, dia beranikan diri mengambil kesempatan.Lili bertanya kepada Villiam apakah dia langsung tidak menpunyai perasaan terhadap dirinya.Villiam menjawab yang dia hanya menganggap Lili sebagai saudara dan sahabatnya yang paling dia hargai.Lili tidak mahu mendengar semua itu,air matanya mula mengalir kerana hatinya remuk dan kecewa sangat,mengapa Villiam tidak cuba menberi peluang terhadapnya.Lili hilang pertimbangan dan berkata...

"betul ke langsung tiada perasaan."

Villiam menjawab ada perasaan sayang tapi bukan cinta,Lili menyampah dengan setiap alasan yang di berikan,apa baiknya tentang Ruth,Lili tidak mahu mengalah.Lili menarik tangan Villiam dan menyuruh Villiam duduk di katilnya, Villiam menuruti kehendak Lili.Lili dengan perasaan hambar dia menbuka bajunya,Villiam terkejut dan bertanya apa yang Lili lakukan,Lili marah Villiam biarkan saja dia menbuka bajunya,dia nak melihat sejauh mana Villiam menolaknya,Villiam terpaksa membiarkan Lili dengan sikapnya itu,sebab dia tahu Lili sangat kecewa terhadapnya,Villiam dapat merasai pandangan Lili kosong,mungkin ini cara dia yang terakhir untuk mendapatkan Villiam.

Tingal pakaian dalam saja yang menutupi tubuh kecil Lili,putih gebu dan halus kulitnya dengan rambut mengurai,nampak sangat kurus setelah kepergian puan Anita,Lili telah bersusah payah menjaga rumah puan Anita dengan baik,Lili tak pernah mengeluh,dia juga tak salah kerana dia hanya inginkan kasih sayang dan perhatian dari Villiam,dengan kerjasama mereka berdua,rumah puan Anita pasti terurus dengan baik dan teratur.Villiam berasa bersalah melihat Lili telah buat yang terbaik,tapi dia masih ego menginginkan cintanya,sedangkan dia tahu hubungan dia dan Ruth dah tak sehala lagi.Lili menyentuh wajah Villiam dengan lembut,dapat Villiam rasai tangan halus yang hangat,tersedar Villiam dari lamunannya,dia juga keliru.

"Vill,Lili ingin tahu perasaan Vill sekarang,apakah masih tiada perasaan...

Pastilah bedebar melihat sekujur tubuh yang kecil molek menggiurkan,tapi di nafikan oleh Villiam,sebab dia tidak mahu Lili berasa setapak kedepan,jadi dia menjawab tidak.Perkataan tidak menbuat Lili bertambah agresif,Lili mengecup bibir Villiam sambil duduk diatas ribanya dengan pantas,Lili menolak tubuh Villiam dengan kuat,Villiam terbaring.Lili menguasai keadaan,Villiam baru nak bersuara Lili mula menjerit,dia menyuruh Villiam berdiam.Lili berkata biarkan dia untuk malam ini saja,lagi pun mereka suami isteri yang sah untuk apa dia merasa malu lagi,jadi untuk malam ini saja Lili mohon kepada Villiam.Villiam terperangkap kerana jerat yang di pasang cukup sempurna.Lili meniarap di atas tubuh gagah Villiam,Lili mendengar bunyi detak jantung Villiam yang tak tentu hala,Lili menangis terisak-isak menagih simpati dari Villiam,Villiam merasa luluh dengan tangisan,dia memeluk tubuh Lili dan menepuk-nepuk seperti anak kecil.Villiam bersuara...

"maaf... saya betul² minta maaf."

Lili dapatkan rasakan dari tindakan Villiam,berpura kasihan dan sedih tindakan yang hebat juga,tapi dia tidak berpura²,sebab itu semua adalah perasaannya yang sebenar,dia betul² sedih dan kecewa.Untuk menundukkan musuh,dia harus menjadi pahlawan yang gagah,cuma caranya lain sedikit.Villiam masih lagi menepuk² tubuh Lili dan menbelai rambutnya,Lili pula berfikir apa yang dia harus lakukan dengan keadaan sebergini,peluang yang terbaik,tapi kalau nak tunggu Villiam ambil tindakan nampaknya boleh tertidur dia menunggu,lalu Lili menatap wajah Villiam.

"Vill....

Lili mengecup bibir Villiam lagi,kali ini Villiam menbalas kecupan itu,kerana keduanya dalam keadaan tenang,pelukan Villiam juga semakin kuat,tubuhnya menerima rangsangan dengan setiap sentuhan Lili,Villiam pula mengambil insentif ke atas Lili,bra Lili di campak ke tepi dan bajunya pula di buka.Lili dan Villiam dalam kebasahan,ini kali pertama Lili melihat tubuh Villiam.Memang nampak gagah,sudah pasti dia sangat kuat.Lili mula mengerang kerana pemanasan,Villiam yang seperti di pukau akhirnya tersedar, dia bangun dari katil mengherankan Lili mengapa Villiam berhenti dan menjauh darinya.

"Maaf Lili,saya tak sihat."

Villiam segera keluar dari bilik Lili,kedengaran bunyi pintu rumah di buka,kemudian bunyi kereta Villiam menghilang sayup dalam kejauhan malam,Lili pula yang kelemasan di biliknya tadi terpinga²,apa yang dah terjadi fikir Lili,padahal lagi sikit saja,dia pun dah hampir terdampar di pantai,tapi dari petang tadi lagi Villiam memang nampak dah tak sihat.Lili terbaring kesal sangat,fantasinya mula menguasai fikiran,dia menbayangkan lagi detik² tadi yang hangat,Villiam sangat sempurna terasa sesak bila tubuhnya di tindih Villlaim,tak sangka dia boleh bertahan dan tak terasa beban tubuh Villiam,kuasa asmara yang menlanda besar gajah pun sanggup di dukung.Lili mengeluh memeluk bantal goleknya dengan geram,perasaan ini sungguh memabukkan,Lili tersenyum seperti kena angau.Lili mengambil vivonya untuk menghantar pesan,tangannya terhenti.Lili teringat pesan puan Anita kena sabar,apatah lagi kejadian tadi Villiam pasti lagi mengelak sekiranya dia bertanya seperti terus mendesak,Lili menbantalkan niat untuk bertanya,pandailah Villiam menjaga diri kalau dia tidak sihat,Lili juga teringat kembali pada peristiwa dia menjerat Villiam sebelum ini,Villiam berminggu tak menjelma didepannya,Lili tidak mahu itu terjadi lagi terutama dengan keadaan sekarang,dia harus menjaga tempat ini sepenuh masa,dia kena tumpu perhatian kepada semua orang di rumah ini.

Villiam kembali ke rumah bujangnya untuk menenangkan fikiran yang serabut,betul dia tidak sedar apa yang terjadi,segalanya seperti mimpi,tapi itu semua kenyataan yang tidak dia nafikan,apakah jauh di lubong hatinya dia ada perasaan terhadap Lili atau nafsu semata-mata,dia cuba bertenang supaya mentalnya benar² waras,dia menepuk wajahnya berkali²,mengapa dia mudah tergoda,bukan selama ini dia menganggap Lili seperti saudaranya sendiri,takan saudara sendiri nak di makan.Villiam buntu sangat,hal ini sama seperti malam itu,dia memang gila nafsu ke?Villiam bertanya pada dirinya sendiri,mulut cakap cinta kepada Ruth,tubuh pula tak mampu menolak sentuhan seorang gadis,walaupun Lili isteri yang sah,kalau mereka berdua dah terlanjur,harapan untuk bersama Ruth pasti tiada langsung.Villiam sangat rindu kepada Ruth,tapi dia tahu Ruth dan Quan bersama dan yang paling menyakitkan hati Villiam,adalah kata² Quan.Quan nak berkawin dengan Ruth.Villiam menyesal sangat dengan semua yang terjadi.Kalau benar mereka tiada jodoh,Villiam akan menerima dengan hati yang terbuka untuk melepaskan Ruth selamanya.

DIANA KEGELISAHAN

Diana dan Achong diberikan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat Quan semasa Quan dan Ruth kerja di luar bandar,Diana seperti cacing kepanasan menghitung hari kepergian Quan dan Ruth ke Pahang.Diana cuba untuk menghubungi Quan,tapi Quan tidak menlayani panggilan darinya,Diana marah besar dan salah sangka terhadap Ruth, dia fikir pasti Ruth yang menghalangi panggilan darinya.Quan tidak tahan dengan sikap Diana yang suka mengawal Quan seolah dia kekasih Quan,sikap buruknya itu terlalu nampak murah dan bodoh di mata orang,tapi Diana tidak perduli dengan sindiran atau umpatan orang,sebab dia hanya perduli dengan keinginannya sendiri,Diana tidak akan mengalah kepada Ruth,apalagi Quan sekarang sangat berjaya,dia tahu dari awal lagi tentang Quan yang bercita² tinggi.Lelaki seperti inilah idaman Diana,hidupnya di masa depan pasti sangat terjamin.

Diana mendesak Achong bertanya kepada Quan bila mereka akan balik ke Kuala Lumpur,Diana dah tak sanggup bermimpi dan berkhayal Quan dan Ruth bermesraan,dia mungkin gila kalau dengar Quan dan Ruth akan berkawin nanti,tidak tahu senjata apa yang akan Diana gunakan untuk menghalangi keindahan itu.Diana di biliknya terperuk sendirian menanti mesej dari Achong,sebab Achong berkata akan menberitahu Diana pada waktu malam,kerana malam Achong dan Quan banyak berhubung soal kerja.

ting! ting! ting!

Bunyi mesej masuk ke telefon Diana bertalu²,dengan segera dia mencapai telefonnya membuka whatsApp,mata Diana terbeliak memerhati setiap tulisan dari Achong dalam bahasa english,Achong pasti esok Quan dan Ruth balik bersama dari Pahang.Achong tidak menberitahu soal Quan dan Ruth ke genting highland,kalau saja Diana tahu sudah pasti dia mencari alasan untuk ke sana bersama Achong.Quan sudah menberi pesan kepada Achong agar dia tidak terlalu berkongsi banyak maklumat dengan Diana,walaupun perkara kecil.Diana berasa lega sangat melihat pesan dari Achong,dia mula mencari pakaian yang cantik untuk melaram di hari esok,pakaian yang menarik untuk tarik perhatian Quan dan bersaing dengan Ruth,ya Ruth yang menjengkelkan baginya.Diana mula menbelik-belik baru dia menemui pakaian yang sesuai,dia dengan bangga melihat dirinya di cermin dengan pakaian yang didakap kat tubuhnya,siapa yang boleh lawan kecantikan dia di pejabat syarikat itu,sebab dia memang sangat cantik seperti model,tetiba perasaannya berubah bila teringat Ruth,walaupun Ruth sedikit rendah darinya,tapi Ruth cantik.Diana merasa geram sangat bila berfikir soal Ruth,dia mencampak pakaian yang di pegang olehnya tadi di lantai,Diana duduk berhentak di atas katilnya,tangannya mula menumbuk-numbuk tilam.

"ahh!!!.....

Jerit Diana sekuat hatinya,kedua ibu-bapa yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala mereka,mereka tahu sangat peragai anak kesayangan mereka bila tertekan,suka menjerit.Mereka fikir Diana terlalu letih berkerja,sebab itu sifatnya kembali lagi.Diana dari kecil suka menjerit bila marah,bila tidak dapat kemahuan yang dia nak,dia pasti buat perangai sehingga kedua orang tuanya turuti.

Pada waktu pagi Diana segera bersiap untuk ke pejabat,dia telah buat yang terbaik untuk mendapatkan perhatian dari semua orang,terutamanya Quan.Hatinya berbunga² ke pejabat hingga dia tidak selera nak bersarapan,dia fikir Quan sudah balik dan memulakan mesyuarat di pagi hari,ternyata dia hampa Quan belum sampai lagi.Diana mencari Achong,tapi Achong tiada sebab dia masuk lewat sikit,kerana Quan mengarahkan Achong berbuat sesuatu dulu.Wajah Diana bertambah muram,semua bawahannya tidak berani nak lalu depan bilik pejabatanya,takut jadi mangsa kemarahan,apa tidak takut sejak Quan dan Ruth tiada,Diana macam singa betina,semuanya salah di mata dia.Akhirnya semua tahu Diana ini macam mana orangnya,seorang yang bertopeng juga.

Quan dan Ruth sedang bersarapan di area bawah genting,malam tadi mereka berdua saling menluahkan perasan,Quan hampir hilang kawalan bila Ruth menerimanya kembali,Ruth tidak mahu terkait lagi dengan Villiam,Ruth dah menyerah pada takdir,antara dia dan Villiam dah tinggal kenangan.Villiam suami orang,jadi Ruth tidak mahu di anggap sebagai pemusnah rumahtangga orang,dia tidak mahu jadi orang ketiga,menjadi seorang isteri pasti sakit hati bila ditinggalkan suami kerana perempuan lain.Ruth tidak mahu seperti itu,dia tidak mahu rasa bersalah seumur hidup dan menyesal di atas perbuatannya.Lili dah memohon agar dia menlepaskan Villiam,Lili tiada sesiapa lagi selain Villiam.Ruth pula masih ada banyak insan yang menyayangi dirinya,mengapa perlu merebut suami orang,malam tadi Ruth tidak lena tidur kerana terlalu banyak berfikir,dia telah menghantarkan mesej terakhir kepada Villiam,apa yang dia inginkan,dia berharap Villiam menerima keputusannya.

Pada waktu tengah hari Quan dan Ruth telah tiba di pejabat,kemudian mereka berdua menghilang,Diana yang tahu dengan segera balik ke pejabat selepas makan,tapi dia kecewa lagi sebab Quan asyik hilang dengan Ruth,apa yang terjadi sebenarnya,Diana mula berfikir serius,dia mula meneka yang hubungan keduanya kembali pulih,Diana mengigit jarinya,pirasatnya sangat pasti kedua kekasih itu bersama semula.Diana merasa tertekan dan sakit kepala,apa yang harus dia lakukan sekarang kalau benar mereka bersama lagi.Diana tidak boleh menerima kalau dia kalah kepada Ruth,mengapa Ruth saja yang selalu mendapat perhatian.Quan dan Ruth yang tidak terfikir tentang sekeliling makan tengah hari bersama,selepas itu mereka nak balik ke rumah Quan,esok baru mereka masuk kerja semula,saja nak berduaan.Quan tidak mahu ada yang menganggu dia sedang memikat hati Ruth.Quan nak tunjuk hebat,malam ini dia janji nak masak makanan kesukaan Ruth.Diana mendengar dari Achong Quan tak masuk kerja petang ini,bahang di tubuhnya naik menlava.Diana tidak mahu berdiam lagi,dia mula mencari seseorang orang yang boleh di harap untuk menyiasat Quan dan Ruth,Diana tidak tahu Quan dan Ruth tinggal bersama,jadi dia tidak bertindak agresif sementara waktu,tapi selepas ini mungkin keadaan akan kembali hangat.

Next chapter