webnovel

Bertanggungjawab

Balik sahaja Ian dari hospital itu , dia pun terus melangkah masuk ke dalam rumah . "Assalammualaikum ? . I-Ian dah balik" . Papa nya pun menyambut salam nya itu . "Waalaikumsalam , ha kamu dari mana ni Ian ? baru balik" . Ian pun melabuhkan punggungnya di sebelah papanya itu . "Ian baru balik daripada hospital . Ada emergency sikit tadi" Ian pun senyum kecil . "Haih ada ada jelah kamu ni Ian . Btw dah makan ke belum ? , kalau belum Maya ada tinggalkan sikit lauk kat dapur tu" . Ian pun tersenyum dan terus berdiri untuk menuju ke dapur . "Haih budak bertuah ni" . Tengku Firdaus pun menutup television itu dan mengangkat untuk naik keatas .

Ian pun mengauk nasi sebanyak dua sendok , dia tahu kalau makanan yang Maya masak itu sedap dan dia mahu habsikan semuanya , mungkin sedikit tamak tapi itulah perangai Ian . Maya yang turun dari atas itu pun perasan Ian yang tengah menjamah makanan itu . "IAN !" tegur Maya . "EH MAYA ! . Jomlah makan sama btw sedap you masak hehe" . "Eh! awak makan jelah , saya dah makan tadi" senyum Maya . Maya pun mengambil gelas di dalam cabinet dan membuat air sirap orange untuk Ian . "Nah minumlah" Maya pun meletakkan gelas itu di atas meja . "Alololo thanks you Maya . You ni baiklah" . Maya pun tersenyum . "tu suka ke memang auto senyum" usik si Ian . Maya pun tertawa .

Tiba tiba lonceng pintu rumah Tengku Ian pun berdering . Maya pun angkat dari kerusi makan itu dan terus berjalan menuju ke pintu masuk utnuk melihat siapa yang datang . Alangkah terkejutnya dia bila terjumpa dengan perempuan itu semula . "ENGKAU ?! APA KAU BUAT KAT SINI" kata Vell'Relsya yang terkejut itu . Maya tergagap mahu berkata , Dean yang berdiri di sebelah Vell itu pun menamatkan perbualan mereka . "Kami datang bawa hajat , Tengku Firdaus dan Ian ada ?" . Maya pun mengganguk . "Ada ma-masuklah" pelawa Maya . Dean dan Vell pun masuk kedalam , dan melabuhkan punggung mereka berdua serentak di sofa itu . Ian yang baru sahaja habis mencuci pinggan itu pun terkejut apabila melihat kedatangan Dean nya dan Vell itu .

"A-APA KORANG BUAT KA SINI ?! . PERGI BALIK LAH , AKU BENCI TENGOK MUKA KORANG BERDUA" marah Ian . Maya cuba menyabarkan Ian yang tengah di kawal amarahnya itu . "Ian sabar Ian" . Maya pun naik keatas cepat cepat untuk memanggil Tengku Firdaus yang sedang berehat di dalam bilik . "TENGKU BUKAK PINTU NI" . Tengku Firdaus pun bangkit dari katilnya yang empuk itu dan terus membuka pintu . "Kenapa ni Maya ?" . "Ian tengah marah marah kat bawah tu , le-lepastu ada tetamu datang" . Tengku Firdaus pun menyeruh Maya turun dahulu sementara dia menutup suis lampu di dalam biliknya dan menutup pintu bilik . Sesampai sahaja Tengku Firdaus dibawah , dia terus bertanya kepada Dean si Ian itu . "EH! . Ni Encik Ben kan ?" . Tengku Firdaus pun melabuhkan punggungnya di kerusi kecik . "Ya saya . Maaf menggangu Tengku malam malam macam ni , tapi ni hal penting" . Tengku Firdaus pun mengerutkan dahinya . Ian seakan akan tahu sahaja apa hajat mereka itu . "PA-PAPA JANGAN DENGAR SATU PUN DARI MULUT DIAORNG" . "KENAPA NI IAN ?" . Tengku Firdaus pun mengaru kepalanya .

"Maaf Ian , maaf Tengku . Tapi ni tentang masa depan Vell anak saya. Sebenarnya Vell dah ngandungkan anak Ian . Dan mereka terpaksa nikah untuk hal ini" . Tengku Firdaus amat terkejut sekali diikuti si Maya . Walaupun Maya telah tahu akan hal itu , dia masih tidak mempercayainya . Muka Tengku Firdaus amat marah ketika itu , dia sungguh kecewa pada anaknya . Malu yang amat menyelubungi diri Tengku Firdaus , Tengku Firdaus tidak ada cara lain . "Ian kamu terpaksa kahwin dengan anak Encik Ben" .

Next chapter