webnovel

Bab 4

"Sayang nak tinggal sini pun tak apa. Abang boleh balik KL dengan baba." Afif senyum kepada isterinya. Kalau dia bawa isteri balik sekali dengannya di KL. Mesti susah dia nak hantar isterinya naik airport balik pulau pinang.

"Ok." Wanie turut senyum. Dia lagi suka tinggal di kampung bersama atok dan tokwannya. Boleh lah dia tengok-tengokkan tokwannya yang tak berapa nak sihat.

"Baguslah sayang pun setuju. Tapi.. Tokwan tak kisah ka?" Afif memandang isterinya yang sudah baring di sebelahnya. Tiada jawapan dari Wanie, Afif bangun sedikit melihat isterinya. Rupanya dah tidur. Afif senyum dan membetulkan selimut di badan isterinya. Dia baring sambil memandang siling rumah.

'Bukan tokwan nak halau dia ka?' Afif berkata sendiri sambil di pandang tubuh belakang isterinya.

▶▶▶◀◀◀

Afif salam tangan babanya yang di sebelahnya dan beberapa orang kampung yang turut solat jemaah sekali. Akhir sekali Afif menyambut tangan tua Tuan Zamrul yang menjadi imam kepada mereka semua. Sempat Tuan Zamrul pesan pesanan dekat Afif.

"Bawalah Wanie sekali. Aku dah tak nak jaga dia. Kau lagi berhak jaga budak tu." Afif memandang wajah tua Tuan Zamrul, Tuan Zamrul senyum pada orang lain yang datang bersalam dengannya. Selepas semua orang keluar dari bilik tersebut, Afif masih dalam bilik solat dengan Tuan Zamrul yang sedang melipat sejadah. Afif mengambil keputusan untuk tolong Tuan Zamrul. Selesai lipat sejadah dan letak di atas kerusi. Afif menghampiri Tuan Zamrul.

"Tokwan. Fif nak cakap sikit boleh?" Tuan Zamrul pusing badannya menghadap Afif yang sudah berada di belakangnya.

"Apadia?" Tuan Zamrul memandang anak mata Afif. Begitu juga dengan Afif di pandang anak mata Tuan Zamrul.

"Pasal Wanie." Terus wajah Tuan Zamrul berubah apabila dengar nama yang baru di sebut oleh Afif.

"Saya nak minta izin dekat tokwan. Benarkan Wanie tinggal di rumah tokwan lagi beberapa tahun. Saya janji tokwan. Lepas Wanie habis belajar, saya bawa dia terus tinggal dengan saya. Tapi, saya nak tokwan tolong jaga isteri saya semasa saya tak ada bersama dia. Tokwan jangan risau pasal duit. Fif akan masukkan duit dalam bank tokwan untuk sara Wanie sementara ni dan untuk tokwan sekali. Saya tak nak dia kerja cari duit sendiri. Tokwan benarkan?" Afif memandang wajah Tuan Zamrul. Tuan Zamrul memandang wajah Afif lama.

"Kalau kamu tak nak budak tu kenapa perlu seksa diri kahwin dengan Wanie? Aku boleh kahwinkan dia dengan Pak Amron." Kata Tuan Zamrul keras. Di pandang wajah Afif tajam.

"Saya tak nak dia kahwin dengan orang yang dia tak cinta tokwan. Dia masih muda nak di jodohkan dengan pakcik Amron. Saya tak nak fikirannya merosot pada usianya kini." Jawab Afif sambil memandang tempat lain, tak sanggup hendak membalas pandangan dengan Tuan Zamrul.

"Dan kamu nak sakitkan hati cucu aku? Aku lagi sakit hati bila kamu abaikan dia. Ya.. Aku memang benci budak tu. Tapi budak tu banyak jaga aku, aku pun nak yang terbaik untuk cucu aku. Pada awal aku memang tak setuju kamu dengan Wanie, tapi bila aku tengok Wanie macam suka dekat kamu. Aku ikutkan sahaja kata kamu hari itu. Aku dah cakapkan benda ni awal-awal Fif. Aku dah tak mau tengok muka Wanie dalam rumah aku selepas dia dah kahwin." Kata Tuan Zamrul panjang lebar. Afif mengetap gigi, dia tak bersedia jadikan Wanie isterinya dan dia lagi tak bersedia duduk sebilik dengan Wanie lama-lama.

▶▶▶◀◀◀

Afif terjaga dari tidurnya selepas lihat isterinya yang goyangkan sedikit badannya. Wanie senyum.

"Abang. Mari turun, sahur." Wanie memandang wajah suaminya yang masih mamai. Afif mengangguk dan bangun dari baringnya. Wanie masih tidak berganjak dari tempatnya duduk. Di pandang suaminya yang membuang tahi mata.

"Jom turun." Afif mula mengesot turun dari katil dan di capai lengan isterinya. Wanie senyum dan bangun dari katil, di ikut langkah suaminya. Senyumannya meleret apabila tangannya di genggam kemas oleh Afif. Afif yang masih mengantuk di ngorak langkahnya menuju ke arah dapur. Apabila mereka tiba di hujung tangga. Semua mata di meja makan memandang mereka berdua. Afif senyum sedikit, Wanie hanya berlagak biasa.

Mereka turun tangga bersama-sama tangan Wanie masih tidak di lepas oleh Afif. Afif menuju ke kerusi yang kosong untuk mereka berdua. Afif mengambil tempat di sebelah Tuan Zamrul, Wanie pula di sebelahnya. Sebelah Wanie ada sepupunya Aiyin yang sudah tersengih dengan Aenin yang duduk di hadapannya.

"Wanie." Panggil Tuan Zamrul yang sudah basuh tangan. Wajahnya tidak di pandang wajah Wanie.

"Hang dah kemas barang-barang hang?" Tanya Tuan Zamrul tanpa melihat semua mata memandangnya. Wanie menunduk, dia malu dengan keluarga Afif yang sedang memandangnya.

"Be-belum lagi tokwan." Jawab Wanie jujur.

"Lepas makan hang kemas barang hang. Tokwan harap kamu bahagia dengan Afif." Tuan Zamrul berlalu meninggalkan meja makan. Wanie terdiam. Sudah lama dia tidak dengar tokwannya bahasakan dirinya tokwan di hadapannya. Sungguh dia rindu dengan tokwannya. Wanie mula mengukir senyuman. Aiyin bisik di sebelahnya.

"Allah dengar doa hang Wanie." Aiyin senyum melihat senyuman Wanie yang meleret. Afif hanya makan, perasaannya terganggu. Entah apa yang dia buat ini betul atau tak.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Wanie pergi dulu atok." Wanie salam Puan Zuriah lama. Puan Zuriah menarik Wanie dalam pelukannya. Dia tak bersedia nak lepaskan cucunya pergi jauh tinggalkannya. Siapa yang akan temannya nanti. Air mata Zuriah menitis.

"Duduk sana baik-baik nak. Atok percaya kamu nak. Atok percaya kamu bahagia dengan suami kamu. Atok akan doakan kebahagiaan kamu, nanti bila atok ada masa.. Atok pergi dekat kamu." Wanie mengangguk dengan kata-kata Puan Zuriah. Mereka melepaskan pelukan. Wanie lap air mata Puan Zuriah dengan ibu jarinya.

"Nanti raya atau bulan puasa ni Wanie balik jenguk atok dengan tokwan." Wanie senyum ke arah Puan Zuriah yang menganggukkan kepalanya. Wanie salam pula kedua sepupunya yang setia bersama dengannya. Di peluk erat Aiyin dan Aenin lama.

"Hang nanti jangan nak buli suami hang. Jadi isteri yang baik tau." Aiyin tersenyum mendengar kata-kata Aenin. Wanie hanya menganggukkan kepalanya. Dan begitu juga dengan Kak Nuriz dan Azminda, Puan Farida dan Tuan Afiq suami Puan Farida. Wanie hanya senyum kepada Aiman yang turut senyum kepadanya. Dan akhir sekali dia salam tangan tua Tuan Ahmid.

"Kamu dah jadi isteri Afif jangan nak melawan cakap suami kamu faham. Dengar cakap suami kamu nak. Abah akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua. Kamu Fif. Abah percayakan kamu. Abah percayakan menantu abah. Jaga anak abah elok-elok, jangan seksa anak abah sangat. Larang dia yang mana salah." Tuan Ahmid beri pesanan kepada Afif. Afif senyum dan mengangguk. Wanie pandang Tuan Ahmid lama.

"Tokwan mana bah?" Tanya Wanie setelah bayang Tuan Zamrul tidak kelihatan. Tuan Zamrul memandang tingkap luar. Tubuh tua Tuan Zamrul yang sedang duduk di meja bawah pokok sedang melihat jalan. Wanie senyum dengan jawapan abahnya.

"Wanie nak jumpa tokwan jap." Wanie senyum kepada suaminya dan Tuan Ahmid. Dia terus keluar dari rumah. Wanie berjalan perlahan ke arah Tuan Zamrul.

"Kenapa kamu datang sini?" Kedengaran suara yang keluar dari kerongkong Tuan Ahmid. Wanie tetap meneruskan kakinya menghampiri Tuan Ahmid.

"Wanie nak jumpa tokwan. Wanie nak salam tangan tokwan." Wanie duduk di sebelah Tuan Zamrul. Zamrul masih memandang jalan yang baru di lalu oleh beberapa kereta dan motor. Tuan Zamrul beri tangannya kepada anak muda di sebelahnya. Wanie cium lama tangan tua itu.

"Tokwan. Wanie sayang tokwan. Wanie masih belum puas nak jaga tokwan. Wanie.." Wanie mengangkat mukanya dari tangan Tuan Zamrul.

"Boleh Wanie peluk tokwan?" Tanya Wanie dengan beraninya. Sekiranya Tuan Zamrul tidak mahu, dia tidak kisah dia sudah cium tangan tua itu. Tapi kalau tokwannya mengangguk dia ingin peluk tokwannya lama. Wanie melihat wajah sisi atoknya. Anggukan dari Tuan Zamrul memberi impak besar kepada Wanie. Wanie terus peluk Tuan Zamrul dengan air matanya menemani. Dia rindu sangat-sangat tokwannya. Tuan Zamrul senyum.

"Kamu dah jaga tokwan selama ni. Tokwan hargai sangat-sangat. Sekarang tokwan nak beritahu kamu. Jaga hati suami kamu, jangan buat dia marah, layan dia baik-baik, tegur suami kamu kalau dia ada buat salah. Jangan sakitkan hati suami kamu faham?" Wanie hanya mengangguk laju. Air matanya berjurai lebat. Sungguh dia gembira. Semua yang memandang di atas rumah mengukir senyuman ada yang yang menangis terharu apabila Tuan Zamrul sudah mula menerima Wanie. Afif hanya memandang lama tubuh Wanie. Tiada langsung senyuman yang terukir di bibirnya. Aiman yang perasan dengan riak wajah Afif, dia bangun dari sofa dan berdiri di sebelah Afif. Afif memandang Aiman tanpa riak terkejut.

"Ikut aku kejap." Aiman berlalu pergi ke arah dapur. Afif memandang tubuh isterinya sekilas sebelum di ikut langkah Aiman.

"Apa?" Afif yang berada di sebelah Aiman memandang Aiman yang turut pandangnya.

"Aku nak hang jaga sepupu aku elok-elok. Jaga dia sebagai isteri hang. Aku yakin.. Hang boleh jaga Wanie. Hang boleh bahagiakan Wanie." Aiman senyum kepada Afif. Afif memandang Aiman lama masih tiada senyuman di bibirnya.

"Aku tak nak hang buat Wanie macam bantal hang." Aiman menepuk bahu Afif banyak kali sebelum di naik tangga meninggalkan Afif sendirian di dapur.

Next chapter