Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.
Dahulu, jauh dimasa lalu, disaat segalanya ditelan oleh bayangan kehancuran yang menyebarkan ketakutan beserta kekacauan di seluruh dunia.
The Black Z...
Itulah sebutan yang orang-orang gunakan sebagai nama kepada bencana tersebut. Ianya merupakan sebuah gelombang malapetaka yang mampu menghancurkan seluruh dunia. Wabak, kegilaan, kehancuran, kematian dan monster. Kemunculannya membawa pelbagai jenis malapetaka yang tidak pernah terbayangkan oleh sesiapapun.
Di zaman purba kala, disaat segalanya bermula...
Black Z muncul dan mengubah separuh isi dunia menjadi sejenis makhluk mengerikan yang dipanggil Monster. Monster-monster itu melahap dan membunuh segala yang ada di sekitarnya dengan bermaharajalela tanpa sebarang belas kasihan. Mereka menggila, mengamuk dan memporak perandakan seluruh dunia sehingga hampir tidak ada kehidupan yang mampu selamat dari mereka.
Disiang hari, jeritan kekacauan dan kematian bertebaran dimana-mana. Sementara dimalam hari, tangisan dan ketakutan akibat rasa putus-asa mengisi segala kekosongan.
Dunia ditutupi dengan kegelapan dan kehampaan. Tidak ada walaupun sebutir cahaya kelihatan. Yang ada hanyalah tangisan dan kematian. Sehinggalah...
Suatu saat, ya.... disaat-saat hampir tidak ada lagi yang mempercayai kepada harapan dan cahaya... Dia muncul.
Sebuah cahaya baru...
Suatu cahaya harapan bersinar daripada segala kehampaan dan membawakan seorang penyelamat dari langit kepada dunia yang sedang menangis.
Dewa, utusan, penyelamat, mereka memanggilnya dengan pelbagai nama dan gelaran. Tetapi, ada satu sebutan beliau yang dikenal dan diketahui oleh semuanya. Iaitu Yuusha.
Yang mana memiliki erti dirinya adalah seorang pahlawan.
Dengan hanya menggunakan sebuah pedang yang mengandungi cinta dan harapan. Sang Pahlawan telah dengan gagah berani maju menghadapi Black Z sendirian demi melenyapkan penderitaan semua orang dan mengembalikan semula semua harapan yang telah hilang kepada dunia.
Dengan kekuatan dan kegagahannya, Sang Pahlawan mengalahkan para monster dan melenyapkan setiap tangisan satu per satu sehingga situasi dunia yang seakan-akan telah hancur kembali menjadi indah. Sang Pahlawan terus melakukan hal itu berkali-kali, tanpa henti atau lelah dan bahkan sehingga sudah tidak ada lagi yang dapat mengira semua perjuangannya.
Lalu, pada akhirnya, perjuangannya yang tidak terkira itupun akan sampai di kemuncaknya.
Sang Pahlawan berjaya sampai ke punca segala kekacauan tersebut. Iaitu 'jantung' Black Z.
Sedikit lagi... sedikit sahaja lagi... hanya sedikit sahaja lagi sebelum sang pahlawan akan dapat mengakhiri segala kekacauan dan tangisan lalu memberikan kedamaian kepada dunia tersebut.
Tetapi, 'jantung' Black Z itu tidak akan membiarkan sahaja dirinya kalah.
Dan tanpa diduga, 'jantung' Black Z itu menggabungkan kesemua kejahatan didunia dan menyerang semula Sang Pahlawan.
Serangan itu sangat dahsyat sehingga hampir berjaya membunuh Sang Pahlawan dan membuatkan Sang Pahlawan pun tidak lagi berdaya untuk melawan.
Walaupun begitu, Sang Pahlawan tidak menyerah, dan dirinya telah menggunakan seluruh sisa-sisa kekuatan terakhirnya untuk melakukan satu tindakan terakhir, iaitu mengunci 'jantung' Black Zone itu jauh di dasar dunia.
Lalu, mengetahui bahawa hidupnya sudah tidak akan lama lagi, Sang Pahlawan pun menggunakan nyawanya sendiri sebagai bayaran agar dapat mewariskan semua kekuatan dan tanggungjawabnya kepada para penerusnya yang akan datang.
Dengan harapan bahawa mereka akan dapat menyelesaikan tugasan yang ia gagal laksanakan, permulaan bagi harapan baru itu pun bermula...
Sang Pahlawan pun menghembuskan nafasnya untuk terakhir kalinya dan memasuki tidur abadi.
Pengorbanan Sang Pahlawan tidaklah sia-sia, Black Z menghilang dan dunia terselamatkan. Harapan dan keharmonian juga kembali kepada dunia berkat dirinya. Dan kedamai serta senyuman dapat meliputi seluruh dunia sekali lagi.
Meskipun kedamaian itu tidak akan berkekalan selamanya, dan Black Z pasti akan kembali lalu mencuba untuk menghancurkan seluruh dunia lagi dimasa hadapan, tidak ada yang merasa takut. Mereka tidak lagi akan menangis dan bermurung. Kerana mereka memiliki sang pahlawan dan semangatnya dihati mereka.
Disaat Black Z kembali lagi dimasa hadapan, maka disaat itu sang pahlawan juga akan turut kembali demi menyelamatkan dunia sekali lagi.
Itu adalah pasti, kerana itu adalah sebuah janji. Janjinya dengan rakan-rakannya disaat itu. Janjinya untuk....
Prolog: The Great World War.
~The End~