Sejak belakangan ini aku sering melihat rakan sekelas kami iaitu Riz cuba untuk menghampiri Iqah,hatiku membuak-buak dengan perasaan cemburu tapi aku tidak boleh berbuat apa-apa untuk elakkan mereka curiga tentang hubungan aku dan Iqah.Aku hanya biarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja dengan harapan ianya akan terhenti dengan sendiri tetapi aku silap,pelbagai cara yang Riz lakukan untuk mendapatkan Iqah Aku hanya risau jika Iqah diapa-apakan oleh Riz atau Iqah akan terbuka hati untuk menerima Riz.Pikiranku semakin bercelaru lalu aku menanyakan hal tersebut kepada Ain.
Aku:"Ain kau rasa Iqah tu suka kan Riz tak?"
Ain:"Kenapa pulak kau tanya macam tu,ka sebab kau jealous ni.Aku rasa dia tak suka Riz la mana ada dia layan si Riz tu kalau dia layan mungkin dia sukalah kot.Tapi kan aku rasa dari dia suka Riz baik dia suka kau lagipun korang kan selalu berkepit macam belangkas mustahil takda perasaan suku even sedikit pun.Dahlah kau tak payah la pikir bukan-bukan yang penting kau percaya dengan takdir tuhan dan doa ja banyak -banyak supaya dia jadi jodoh kau sampai ke jannah."
Aku:" Terima kasihlah Ain.Kau banyak tolong aku ,nasihat aku ,aku bangga ada kawan macam kau ni.Tapi bab aku jealous tu tak betul,ok .Mana ada aku jealous aku cuma risau pasal Iqah ja."
Ain:"Ya la tu.Aku boleh tolong setakat yang aku mampu ja lagipun aku cuma nak tengok kawan aku gembira ja."
Ain membisik ke telingaku.
Ain:"Dia sayang kau,kau tak payahlah risau.Apa yang aku nak cuma kau jaga dia elok-elok macam mana kau jaga nyawa kau,faham?"
Aku:"Insyaallah,aku akan menjaganya sebaik mungkin.
Perasaan cemburuku semakin reda dan hilang.Kata-kata Ain membuatkan aku semakin yakin dengan diri sendiri ,apa yang penting ialah kepercayaan kepada pasangan.Pada hari terakhir sekolah,kami saling bermaaf-maafan sekiranya melukakan hati masing-masing.Selepas itu,kami semua menjamah makanan yang tersedia.Tiba- tiba Iqah memanggilku ke balconi kelas,aku hanya menurutnya.Dia menanyakan aku tentang perkahwinan kami yang akan berlansung pada bulan depan.Aku ingat dia tak tahu tentang hal tersebut,rupa-rupanya dia telah lama tahu tentang perkara tersebut dan dia juga bersetuju.