webnovel

Chapter 20 : Bukan Anak Saya

Fail ditutup sebelum pen ditekan.

"Tuan pasti dengan keputusan ni?

"Syarikat ini hampir lingkup..tidak banyak yang dapat dilakukan lagi."

"Betul tu...kalau nak cari pelanggan dan klien untuk melanggan syarikat ini, ianya akan ambil masa yang lama.."

Bicara orang atasan di sekeliling meja mesyuarat itu. Masing-masing pasang reaksi risau di wajah. Berasa tidak yakin dengan bos baru mereka yang muda dan kelihatan tidak berpengalaman ini.

Seth mengerling ke jam tangan Armaninya. melihat waktu sudah pun masuk jam lewat petang, dia menyedari perbincangan mereka sudahpun berpanjangan berjam lamanya sejak tadi. "Jangan risau. Arahkan saja kepada semua pekerja mengikut pelan yang saya berikan sebentar tadi. Selebihnya serahkan kepada saya."beritahu dia.

Tidak mahu memanjangkan perbincangan itu, mereka semua terpaksa mengangguk kepala bersetuju. Tiada kata-kata lain yang terpacul keluar dari mulut masing-masing lagi.

Setelah itu Seth bingkas bangun dari situ dan gerak menuju ke pejabatnya. Hendak mendapatkan anaknya. Dan semasa perjalanan itu baru la dia sedar yang Naera tidak tahu mengenai alkisah anak lelakinya ini. Terlupa dia nak jelaskan hal itu kerana terlalu kelam kabut dan serabut dibuat kerja dan kemalangan yang menimpa Nanny Roslinda.

Dekat lima minit perjalanan Seth tiba di depan pintu pejabatnya. Dan bila dia kuak pintu itu, dia di sapa suara bisikan halus seakan orang berbual. Tersentak akan itu, secara senyap dia intai lihat ke dalam untuk tengok apa yang berlaku. Lalu dia ternampak Naera sedang duduk bersimpuh di permaidani tengah bilik bersama Sylas yang meniarap di sebelah.

"Lepas tu tambah sikit warna kuning dan merah...jadi la oren...nak terang sikit..guna putih. nak gelap campur kelabu atau hitam.."beritahu Naera semasa tunduk menerangkan sesuatu kepada Sylas.

"Nanti jadi warna apa?"tanya Sylas yang asyik melakukan sesuatu pada bekas warna airnya.

Sementara Seth yang terpegun mendengar suara kecil Sylas berdiri dekat pintu itu dengan muka tergamam. Hampir mahu terjelepok dia dekat situ kerana begitu terkejut mendengar anaknya bersuara buat pertama kali selepas bertahun lamanya dia mahu dengar.

"Warna oren...cuma tonnya lain dari warna asal.."jawab Naera.

"Kalau campur warna merah dengan oren jadi apa?"soal Sylas.

Naera ketawa. "Cuba la kalau nak tahu.."duganya semasa capai tiub berisi color water yang ada di kotak peralatan Sylas. Saat dia capai tiub warna merah itu, ekor matanya perasan akan kelibat seseorang berdiri di depan pintu. jadi dia angkat kepala untuk pandang.

Bila Naera pandang ke dia, Seth cepat-cepat bawa jari satu ke bibir. Beri isyarat kepada Naera supaya tidak menegurnya. Yang mana Naera terima dengan anggukan faham. Seth aju tangan kepada Naera untuk meneruskan apa saja yang Naera hendak lakukan.

Agak bingung dengan apa yang berlaku, Naera kembali tunduk focus memberi perhatian kepada Sylas buat seketika. Apa saja persoalan dan pertanyaan yang ditimbulkan oleh Sylas di jawab dia dengan sebaik mungkin.

Dekat 10 minit hal itu berlanjutan sebelum Sylas tertidur sendiri semasa mewarna. Bila anak itu terlena, baru la Seth munculkan diri.

Seth tunduk melutut di depan Naera mahu dapatkan anaknya dari baring meniarap di situ.

Naera pandang tepi muka Seth sewaktu perhatikan lelaki itu dukung dengan berhati-hati tubuh kecil itu ke badan sebelum kepala itu terlentok di bahu bidang Seth.

"Meeting dah habis ke?Macam mana?"tanya Naera pada Seth dengan nada berbisik.

Seth tepuk belakang badan Sylas dengan perlahan lalu berdiri. "Saya akan jelaskan kepada awak kemudian. Sekarang kemas barang dia. mari kita balik. Saya hantar awak sekali.."ajunya.

Tidak mahu berbalah di situ dan menganggu lena Sylas, Naera hanya menurut. Dia kemas semua barang Sylas dan Seth sekali. Setelah itu barangannya pula. Apabila mereka tiba di luar laman bangunan, sebuah kereta hitam mewah berkilat menyambut mereka di depan lobi.

Naera masuk ke dalam kereta terlebih dahulu lalu diikuti oleh Seth yang mendukung Sylas. Sebaik mereka selesakan diri di seat belakang itu, Naera hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Otaknya kosong kerana tiada apa-apa yang dapat dia fikirkan ketika ini. Pandangannya hanya ditalakan ke arah luar tingkap. Melihat kenderaan dan bangunan yang melewati kereta itu ketika ia di pandu.

"Ini anak abang saya..."beritahu Seth setelah keadaan diam buat seketika.

Kepala Naera tersentak ke kiri sebaik mendengarnya. Dia pandang Seth yang ketika itu tunduk mengusap kepala Sylas perlahan-lahan. "Apa dia?"tanya dia semula.

Seth memalingkan wajahnya ke Naera lalu tersenyum nipis. "Sylas ni anak abang saya. Sylar."ulangnya. "Dia meninggal dunia empat tahun lepas kerana kanser paru-paru"

Naera diam memandang jari tangan Seth yang ketika menepuk lembut tepi lengan Sylas. Buatkan dia tergerak hati mahu menggengam jari jemari itu. "Mana ibunya?"tanya dia sebelum menelan air liur hendak tenggelamkan segala perasaan yang sedang bermain dalam fikirannya ketika itu.

"Ada. Tapi saya yang buat permohonan supaya hak penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada saya." ujar Seth Bersama renungan sedih kepada Naera. Dia terpaksa buat begini demi keselamatan Sylas. Sebab dia tahu Teressa takkan lepaskan Sylas sebab abang dia adalah anak sulung dan pewaris Utama. itu bermaksud Sylas kemungkinan besar bakal jadi waris seterusnya. Oleh kerana enggan Teressa pergunakan Sylas, dia terpaksa rampas Sylas dari ibu kandung sendiri. Jadi disebabkan keputusannya ini la, Sylas alami trauma hingga tidak mahu bercakap dengan sesiapa termasuk la dirinya.

Naera pandang wajah Sylas lalu naik memandang tepi wajah Seth. Dia tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Seth. Apa dia tahu, semua ini salah. Dan Seth sendiri tahu mengenainya. Memandangkan dia sendiri ada masalah, urusan Seth bukan masalah dia untuk di peningkan.

****************************************************

Hey guys!

Here another 5 chapter for you lovely buddies.

Hoped you enjoy the chapter and don't forget to vote and comment. I would appreciate it. '

Thank you for reading.

'Until next time.

Take care,

Adios!

Next chapter