webnovel

Siapa dalang disebalik kerja ni.

KRIKKK

KRIKKK

Loceng berbunyi menunjukan waktu rehat

Semua murid pergi ke kantin untuk membeli makanan kecuali Arnis.

"Arnis jum pergi kantin."ajak kawan-kawan Arnis.

"Tak pe lah korang pergi lah dulu nanti aku turun."jawab Arnis.

"Kenapa ni, kalau ada masalah bagitau lah kitaorang."kata aten.

"Tak de apa-apa lah."balas Arnis sambil tersenyum layu.

"Kalau ada apa-apa nak bagitau terus cari kitaorang kat kantin.Kitaorang pergi kantin dulu."kata myra.

"Ye."balas Arnis.

Arnis keseorangan di dalam kelas,dia mengulang kaji pelajaran tadi yang diajar oleh cikgu kerana semasa cikgu tengah mengajar dia kurang fokus dan dia tidak mahu membazirkan waktunya dengan tidak membuat apa-apa.Semasa Arnis mengulang kaji Aiman lalu di kelas 5 sains hal ini kerana dia tidak nampak Arnis di kantin.

"Hai."tegur Aiman.

"Hai."balas Arnis.

"Boleh masuk?"tanya aiman.

"Masuk je lah ni bukan kelas Arnis pun."balas Arnis sambil menulis.

Semasa aiman masuk amri memerhatikan mereka dari tangga kerana kelas mereka dekat dengan tangga.Aiman dan Arnis pun berbual oleh sebab kedudukan tempat mereka jauh Amri tidak dengar apa yang mereka bualkan.

Selepas habis persekolahan,Arnis terus balik ke rumah kerana dia tidak ade mood.Kawan-kawannya tidak berasa hairan kalau Arnis berkelakuan begitu.Jika Arnis tiada mood kata apapun dia tidak dengar.Ini baru sahaja keluar sedikit perangai sebenar Arnis ada lagi teruk perangai Arnis yang ramai orang tidak tau kecuali keluarganya dan kawan baiknya.

Sampai sahaja di rumah Arnis terus masuk ke dalam biliknya

Bam!

Dia menutup pintu biliknya dengan kuat sehingga abangnya yang berada di belakangnya pun terkejut.Encik Johar iaitu bapa mereka yang berada dihalamam rumah terus masuk kerana ingin tahu apa yang telah berlaku.

"Kenapa ni?"tanya Encik Johar kepada amri

"Entah dia."balas amri.

"Baik kamu pergi tanya dia,kamu kan abang dia."kata Encik Johar.

"Eh Amri pulak."balas amri.

"Iye lah abis siapa lagi?"kata Encik Johar.

"Abah lah pergi tanya abahkan ayah dia diantara ayah dan abang,ayah dia lagi memahami anaknya."perli amri.

"Kamu je lah."balas Encik Johor sambil menolak Amri ke dalam bilik Arnis.

"Hish abah ni."jawab amri

"Arnis kenapa ni?"kata amri kepada adiknya

"Tak de apa-apa lah,abang keluar je lah."kata arnis yang berada dalam selimutnya yang bergambar bear.Bilik Arnis dipenuhi dengan teddy bear kerana Arnis sangat suka dengan teddy bear.

"Abang dengar tadi ade budak kasik engkau cicak besar."

Arnis yang terkejut mendengar kata abangnya itu terus keluar dari selimut "Mana ade."Arnis menafikan apa yang dikata oleh abangnya.

"Kau ingat abang tak tau."kata amri

"Siapa budak yang kasik kau kotak tu?"

"Aiman?" kata Amri dengan perasaan geram.

"Bukan dia lah.Arnis tak tau siapa,ada orang kata Balqis tapi Balqis tu kata dia ternampak kotak tu depan meja Arnis jadi dia letak lah bawah meja Arnis."terang arnis.

"Balqis?"jawab amri.Amri mengambil iphone ye untuk telefon seseorang.

"Hello,kau cari siapa budak yang letak kotak bawah meja Arnis nama suspeknya Balqis."kata amri kepada orang yang dia telefon,Arnis yang berada depannya berasa terkejut.

"Abang nak buat apa?"tanya Arnis

"Kau budak kecik duduk diam-diam sampai abang dapat tau ni kerja siapa."kata amri sambil berjalan keluar bilik itu.

"Apa!!budak kecik,hei kalau Arnis budak kecik abang tu pun budak kecil lah."jerit Arnis dengan kuat.

Next chapter