webnovel

20.

Kesan parut kelaran pada pergelangan tangan itu di pandang oleh Mateo dengan renungan kosong. Kira-kira terdapat enam bekas kelaran pada pergelangan tangan itu. Jelas memberitahu dia, orang yang sedang terbaring di atas katil ini bukan sekali dua cuba bunuh diri, tapi berulang kali.

Hati kering betul!

Orang lain berebut nak hidup lama, orang ini mahukan kematian.

Hela nafas panjang di lepaskan oleh Mateo tak lama lepas tu.

Buku catatan milik Xiana yang dia baca tadi di tutup sebelum di letakkan atas almari sebelah katil. Setelah itu baru la dia sandar ke kerusi sewaktu topang pipi dia dengan kepalan penumbuk di lengan kerusi tu. Lantas fikirannya menerawang pada panggilan yang di terima sebentar tadi.

Flashback...

"Xiana Rose, Assistant kepada Bianca. Mengikut maklumat yang saya peroleh, Xiana mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengendali projek yang keluar masuk dalam syarikat. Selain itu dia juga pernah terlibat dalam pengubalan peraturan dan juga strategis syarikat sewaktu bekerja di bawah Bianca. Sekiranya tuan perlukan kunci untuk masuk ke pintu rahsia kelemahan syarikat Vidmizir, dia adalah calon yang sesuai.."

Baur bicara orang kanan bermain dalam fikiran Mateo sewaktu dia termenung memerhati wajah lena Xiana.Langkah kanan betul dia kali ni.

Xiana di katil mula bergerak-gerak sebelum membuka mata sepenuhnya dari lena panjang dia. Dalam keadaan mamai, dia perlahan-lahan bangun dari baringnya sebelum sandar letih ke headrest katil itu. Dan bila pandangan dia jelas, Xiana menahan nafas terkejut taktala melihat sisi katil dia.

"Morning."sapa Mateo semasa turunkan tangan dia dari pipi lalu direhatkan atas lengan kerusi tu. "Macam mana keadaan kau..dah okay?"

Mata Xiana pandang kanan dan kiri dia dengan cemas. Hendak pastikan dimana keberadaan dia. Setelah pasti yang dia ada di dalam bilik tidur sendiri, baru la dia kembali memandang Mateo. Terus kejadian malam tadi bermain dalam fikiran dia.

"Awak berjaga sepanjang malam di sini ke?"soal Xiana dengan suara serak bangun tidur dia.

Mateo jungkit kening tanda 'iya'. Kalau dia tak berjaga, mahunya Xiana cuba bunuh diri lagi. Kan tak pasal-pasal.

Xiana tundukkan pandangan dia ke bawah lalu mendiamkan diri. "Apa yang berlaku malam tadi...saya harap tak ada siapa tahu mengenainya..."minta dia dengan malu.

"Jangan risau...rahsia kau selamat dengan

aku.." setuju Mateo sewaktu silangkan kaki dia dengan yakin. "Tapi dengan satu syarat..."

Kepala Xiana tersentak memandang ke depan. Dia pandang Mateo dengan kening berkerut sedikit.

Mateo tarik sengih penuh muslihat dia. "Seperti yang aku janjikan malam tadi...apapun masalah kau tu akan aku cuba selesaikannya sebaik mungkin. Dengan janji kau takkan cuba bunuh diri lagi sekali.." ajunya.

Xiana buat muka terkejut lepas dengar. "Awak tak perlu susahkan diri...saya tak tuntut pun janji awak tu."

"Aku seorang lelaki yang tepati pada janji yang di buat. Dan jangan risau. Sebab aku takkan susahkan diri aku sendiri macam tu je.."Mateo turunkan kaki dia lalu sondong ke depan sambil rehatkan kedua-dua tangan dia ke atas lututnya.

Mata Xiana tak lari dari mata Mateo. Seakan disihir, dia tak boleh alihkan matanya dari renungan dalam itu. Dia ikut saja Mateo setiap kali lelaki tu bergerak

"Apa maksud awak?"Soal Xiana dengan kening berkerut tak faham.

"You gonna pay me back..."Mateo tarik sengih meleret dia. "Deal?"

"Macam mana saya nak bayar awak balik?" renungan curiga diberikan kepada Mateo oleh Xiana.

"Bantu aku ambil alih Syarikat Vidzimir."sebut Mateo sebelum duduk tegak semula. Tangannya di cantumkan antara satu sama lain lalu di letakkan atas perutnya.

Terbuka luas mata Xiana lepas dengar. Jantung dia berdegup kuat sampai sakit dada dia dibuatnya.

"Tak mungkin.."sebut dia dengan nafas tertahan-tahan.

Renungan penuh muslihat terarah pada Xiana.

"Any possibility can be possible done if you make the impossibility become possible honey." senyum Mateo dengan aura jahat di balik renungan dia.

"Kalau saya tak setuju macam mana?"soal Xiana dengan kening mencerlung risau.

"Kalau macam tu aku kena pujuk kau seboleh yang mampu untuk buatkan kau berpihak pada aku.." jawab Mateo sambil jungkit bahu tak kisah.

Xiana termenung memandang selimut yang berada di badannya itu buat seketika. Syarikat tempat dia kerja tu bukan tempat kerja yang dia suka. Tapi untuk tikam orang dari belakang bukan la sifat dia. "Apa jaminannya terhadap saya sekiranya saya bantu awak ambil alih syarikat ni?"

"Apa saja yang kau nakkan akan aku tunaikan. Dan identiti kau sebagai tali barut syarikat akan terjaga sebaik mungkin. Jadi tak perlu risau..." jawab Mateo.

Xiana palingkan kepala dia ke sisi katil dimana almari sebelah katil dia berada. Dan bila mata dia ternampak buku catatan harian dia ada di situ, Xiana kembali pandang ke Mateo. "Awak baca buku catatan saya?"

Mata Mateo gerak memandang buku yang dia selak main-main sekejap sebelum pandang Xiana semula. "Tak...aku tengok macam tu je. Lagipun kalau aku baca ke tak baca tak ada beza pun sebab apa saja mengenai kau ada dalam tangan aku..."

Xiana ketap gigi dia sewaktu memandang Mateo. Berasa tercabar sikit lepas dengar.

"Dengar...aku tahu syarikat kau tu macam mana...orangnya macam mana...sistemnya macam mana. Kau tak nak ke cuba ubah semua tu...bantu pekerja-pekerja dekat situ berhenti dengan aman tanpa rasa tertekan?"soal Mateo yang cuba pujuk Xiana supaya berpihak pada dia.

Berasa taken aback dengan kenyataan itu, perasaan curiga mula bermain dalam fikirannya.

"Siapa awak sebenarnya ni?Kenapa awak cuba ambil alih syarikat Vidzimir ni?"tanya Xiana lagi.

Matei menjungkit bahu dengan sengih meleret di bibir.

"Macam orang lain...pesaingan. Cuma, aku ni lawan yang halimunan. Aku musnahkan musuh dengan menjadi kawan musuh tu sendiri. Ibarat parasit yang menumpang pada hosnya. Diam-diam bunuh mereka dengan serap semua apa yang ada dalam mereka sikit demi sikit..."ucap Mateo dengan bersahaja tapi penuh dengan nada bahaya.

Xiana pandang ke satu arah buat seketika. Termenung memikirkan sesuatu. Dekat dalam syarikat tu ada satu undang-undang yang nak dia hapuskan kalau boleh.

Bersama renungan letih, Xiana pandang Mateo sebelum mengangguk kepala. "Baik saya tolong. Tapi bukan sebab awak nak tolong saya. Tapi sebab saya nak syarikat yang kejam ni berhenti kerah kami dengan tak berhati perut lagi..."ucapnya. Boleh la mereka yang nak berhenti kerja dari syarikat tu berhenti dengan hati yang tenang tanpa tertekan memikirkan denda yang perlu di bayar nanti.

"Good choice partner.."senyum Mateo sambil memandang wajah letih Xiana dengan lama.

Next chapter