webnovel

Stress C-2

11.57 malam, di kampung halaman.

Dear, semalam aku duduk seorang di kediaman lain. Sejujurnya, my mom memang tak gemar aku duduk bersendirian. Tambahan pula, aku perempuan. So, lagilah my mom tak suka.🙅‍♀️🙅‍♀️

Dan...bila aku balik tengahari tadi, adik aku cerita yang mak aku tak tidur lena semalaman sebab risau.

Aku...(Aku mengeluh, guysss)😓😓

Aku buka aib ke? Tak apalah...dalam kes ini, aku salah juga. Bila last minit aku minta izin untuk tidur di sana, (Kediaman lain). Sememangnya aku dah lama niatkan. Bukan apa, ada sesuatu yang berlaku di antara my mom and aku. Dan sampai sekarang, hubungan aku dan my mom dingin.😣😣😣

Tambah pula, ada pertengkaran aku dengan adik lelaki aku. Kami berdua, jarang bergaduh dan bila ada pertengkaran. Ianya seperti bom atom. Dan, disebabkan itu. Rumah kami dingin. Hanya bersuara bila perlu.

Aku...guys!! Guys...aku sendiri nangis bila tulis. Aku tak mampu nak cakap apa, sebab hati aku dah tawar nak bersuara semula. Aku cuba untuk nampak kuat, guys...but. Tak semua mampu, termasuk aku bila kau yang pada mulanya sangat rapat dengan mak kau, dingin sedinginnya.🥶🥶🥶

Bila aku take space, bila aku take time yang hanya seketika. Aku nampak, happy. Bukan aku bahagia berjauh dengan my mom.🤧🤧🤧 Tetapi, aku berjaya larikan dari diri aku yang terpaksa mutekan diri sendiri.

Aku...😩😩

Kadang-kadang mengeluh sebab aku manusia. Tak bersyukurkah aku??

Bukan maksud aku mengeluh sebab dijadikan manusia. Tetapi, aku mengeluh kerana penat menjadi manusia yang masih hidup. Penat, menangung segala bebanan tanggungjawab yang aku culas melakukannya, antaranya taat pada ibu ayah.☹️☹️

Aku mengeluh, kerana menjadi anak yang tidak baik walhal, impian aku untuk membahagiakannya. Aku GAGAL! Aku gagal, untuk menjadi kakak yang baik. Jika aku berjaya, pasti adik-adik aku tak bersikap kurang ajar.

Dalam hidupku, aku salah.😟😟😟

Dan..aku mengambil jalan untuk keluar dari tekanan ini dengan mematungkan jiwaku. Mendiamkan lidahku. Hidup tatkala diperlukan...

Aku manusia guys...aku memerlukan tempat untuk aku berterusan kuat. Aku..sangat berharap untuk menangis sepuas-puasnya hingga aku tak mampu lagi menangis. Dan, aku harap tangisan ini boleh merawat hati aku yang mula tawar dan pudar.😢😢😢

Aku ingin, suaraku masih kuat dan lantang.

Dulu..aku pernah bertengkar dengan adik aku sehingga di satu tahap aku nak ragut nyawa aku sendiri. Aku tak mampu nak luahkan pada sesiapa waktu itu. Tekanan aku tinggi waktu itu, dan aku rasa tak kuat.😖😖😖

Tekanan...bukan perkara yang boleh dianggap mudah. Mampu menjadi punca hilang kewarasan dan sebab bunuh diri. Apa yang aku buat, aku persoal semula akidah aku. Aku tanya balik, pada diri dan yang aku nampak hanya ada satu jalan sahaja.

Allah.

Aku menangis. Aku meraung lama. Aku tumbuk dada, berkali-kali melepaskan segala perasaan yang aku pendam lama. Kadang, kita tak sedar ada sesuatu yang kita pendam hingga kita sendiri luahkan segala-galanya.

Pernah tak aku mengadu pada orang lain. Pernah...

Aku pernah mengadu pada kawan baik aku waktu itu, dan aku dapat adalah marahnya semula. Aku faham, apa yang cuba dia sampaikan pada aku. Tetapi, caranya salah dan buatkan aku sangat down.😰😰

Aku pernah juga mengadu pada keluarga aku. Tiada beza sangat..dan mungkin, aku nampak macam orang yang tak tertekan sebab aku nampak happy sentiasa. Sebabkan itu juga, aku tak dapat apa yang aku nak.🥺🥺🥺

Dan..ianya buatkan aku berazam dan tekad.

Segala masalah yang aku hadap, hanya diceritakan pada Allah. Sesungguhnya, aku tidak akan berdepan dengan kecewa atau dimarah semula. Aku juga, tidak sakit hati.

Hati aku..dah tawar.

😶😶😶

Kita, tak semua menghadapi tekanan yang sama. Dan, setiap orang yang ada masalah, perlukan seseorang untuk mendengar. Tak banyak yang dia nak luah, dia nak kau dengar.

Kadang..mungkin dia penat dari dalam, walau diluarnya dia nampak hebat. Dan...jangan samakan nasib kita dengan nasib orang yang kita sendiri tak pernah rasa. Mungkin kau rasa kau kuat, dan mungkin kau juga akan jadi benda yang sama seperti dia.😒😒😒🙄

Tetapi...sebesar mana salah faham berlaku diantara mak kau atau berpunca dari kau sendiri. Salah, adalah kau. Aku sanggup berhenti bernafas, jika aku dapat balikkan masa. Aku..rindu mak aku.😭😭😭

Hatiku, rasa nak pecah. Aku rindu dengan mak aku. Tetapi..aku tak mampu nak bersuara macam dulu. Mulut aku berat. Aku egokah?? Aku bercakap dengan mak aku, tapi tak mesra. Itu sahaja. Aku sakit!!

Aku sakit!!! Hatiku sakit!! 😢😢

Maaf guys...ini bukan cerita yang aku reka. Ini yang aku rasa. Doakan aku dengan mak aku, kembali macam dulu. Aku try! Aku try untuk bangunkan jiwaku yang luntur. Maafkan, aku guys!! hope, kau orang yang mempunyai tekanan emosi. Doa! Berdoa bukan sahaja satu senjata, namun doa juga adalah satu usaha untuk kau keluar dari bebanan tekanan.😔😔😔

Doa, hanya pada Allah. Tuhan yang satu, dan tiada dua!

Bersambung...

Next chapter