webnovel

Kamu!!

Guys...harini, hari sabtu bersamaan 12 Jun 2021. Aku memang penat gila harini. Tapi, gigihkan juga nak menaip sebabkan perasaan yang bekepuk-kepuk dalam hati. Heh...bahasa, aku taram sajalah malam ini. Fahamkan sajalah ye...☺️☺️

Santai ke...mantai ke...baca jelah ye...😚😚

Aku nak ringkaskan kehidupan aku serba sedikit sebelum direct aku nak bagi penampar!! 🤔🤔..Kadang-kadang, bagi cara baik. Tak faham-faham, bila dah bagi penampar. Baru nak faham.😉😉😉..

"Marah ke...kak long oiiiiiii..."🤨🤨🤨

Takk😊😊

So, background diri aku adalah dari keluarga yang sederhana. But, dalam umur masih kecil dalam usia awal enam tahun. Ayahku meninggal dunia diwaktu yang sama, my mom bersalinkan adik aku yang kecil. So, didikkan aku, adalah didikkan my mom.🧕

Aku dan adik-adik aku agak beruntung, sebab kami family yang simple. Adik-adik aku even aku sendiri tak memberontak nak buat hal yang bukan-bukan, seperti yang berlaku dalam drama samarinda..hehe..hehe..🙃🙃

Mungkin sebab, aku sebagai the first daughter yang banyak main peranan juga...heh...😒😒😒 Yolah kau..aku lebih suka simpan dalam hati, walau sometime aku rasa macam rendah diri sangat.

Yelah...bila duduk asrama. Ramai family yang datang jenguk kau.🚘 Bawa something untuk kau...tapi, aku tak merasa macam itu sebab mak aku tak ada kereta nak datang. Bila senior akhir, baru my mom ada kereta sendiri. Sesekali, My mom ada juga datang. Masih sama, tak ada sangat bawa something....aku marah ke???🙀🙀

Tak!! aku sangat bahagia. Bagi aku, cukup. Cukup sekadar mak aku datang. Ianya dah bahagia buat aku.🥰🥰🥰

Kawan aku memang sangat caring. Dia the person, yang suka share apa yang family dia bawa dengan aku. Aku banyak kali juga tolak..malu.😇😇 Sangat malu. Aku memang hutang budi dengan dia. Hingga akhirat, aku tak akan lupa nama dia. But, disini aku tak tulis nama dia. Moga Allah kurniakan dia sebuah Istana yang mewah dan dipenuhi kucing-kucing. Dia ni...memang penyayang. Dia suka kucing.😄😄😄

Panjang pula cerita. Back to the topic!!😂😂

Aku...bila pernah rasa kasih sayang ayah. Tup..tup...pernah rasa kehilangan. Aku sangat-sangat jeles dengan someone yang ada ayah. Aku tahu...aku kena reda. But...when kau pernah rasa kasih dari seorang ayah and then, ayah kau dijemput Allah. Kau akan down, sometime.😔😔

Aku kadang...kadang, terfikir. Andai my father still alive. Apa akan jadi pada aku..🤔🤔..dan ada ketika. Aku bersyukur, sebab hikmahnya. Aku yakin. Aku terdidik kerana mempunyai mak yang hebat. Hebat di mata aku dan di mata keluarga aku.😎😎

Cuma...bila....

Aku terbaca kisah seorang anak yang mempunyai seorang ayah.🧓 Dalam kisah itu, anaknya mencemuh sikap ayahnya kerana tidak bergitu mengambil berat tentang keluarga sewaktu mereka kecil. Bila dia dah dewasa, kemewahan dan kesenangannya hanya dikongsi dengan ibunya sahaja. Tidak diselidiki, hidup ayahnya..hingga akhirnya dia ditegur oleh anaknya sendiri..😧😧

Akulah...teringin nak menyoal kepada anak-anak yang masih punya ayah. Bukan bermakna, aku meminggirkan kendudukkan seorang ibu. Tetapi, aku tahu...sesetengah anak tak melihat posisi seorang ayah di mata mereka.

Pernah kamu bertanya, apa yang ayahmu telan setiap pagi diwaktu kamu masih lena tidur??😟

Adakah kamu bertanya, adakah dia cukup rehat dan cukup tidur??😟😟

KAMU!! Anak yang tak bersyukur! Jika kamu meletakkan separuh hari waktumu, memikul tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Pasti!! kamu akan merayu untuk dikembalikan semua waktumu itu. Aku sedih...

😢😢😢

Aku sangat sedih...betullah kata setengah orang. Kamu akan menghargai seseorang itu, tika kamu kehilangannya. Jangan...jangan, bila tiba detik itu. Kamu inginkan dia kembali. Dia akan pergi, pergi yang selamamya.🚶‍♂️🚶‍♂️🚶‍♂️

Kamu juga perlu ingat...syurga kamu juga, ada padanya. Kerna restu Allah itu, ada pada restu kedua orang tuamu. Jika, syurgamu...engkau herdik!! engkau biadap!! Apakah syurga itu ingin memilihmu???😶😶😶...

Sebelum aku habiskan ayat untuk paragraf yang akhir. Aku nak beri penampar pada kau;

"KAU!! AKAN DITAMPAR BERKALI-KALI OLEH ANAKMU SENDIRI, SEBAGAI BAYARAN-ENGKAU YANG TELAH MENDERHAKA PADA ORANG TUAMU. BALASAN ALLAH ADALAH KARMA BUAT ORANG SEPERTI KAMU YANG TIDAK BERSYUKUR. KAMU!! ANAK YANG TAK MENGENANG BUDI!"

Salam...moga, bertemu sekali lagi. Sekian~

Next chapter