Lisa terkejut apabila...
Suaminya celik dan merampas telefonya kembali. Lisa tersentap dan seperti terpaku melihat perbuatan suaminya itu dan Lisa diam sebentar. Hazman dengan rasa yang tidak terkawal berkata "APA MASALAH AWAK!!, sampai macam ni sekali, kalau kau tak percaya aku lagi ...eh kau boleh berambus lah!" Hazman seperti meloncat bangun dari katil dan menghempas pintu bilik yang secara tidak langsung memberi gema yang kuat di rumah mewah mereka itu "DOOMMM!!". Perasaan yang bercampur mula hadir di hati seorang isteri yang masih tidak mempercayai apa yang dilakukan oleh suaminya itu membuatkan Lisa menitiskan air mata sedih dan bercampur ketidakpuasan hati. Namun Lisa cuba sedaya upaya untuk menyalahkan dirinya sendiri kerana melakukan hal yang tidak disukai suaminya itu dan menunjukkan seperti dia tidak mempercayai suami itu.
Lisa seorang isteri yang taat pada suaminya, ketika zaman bercinta lagi...Lisa yang mempunyak wajah yang jelita sudah tentu menjadi pujaan lelaki namun, dia tidak pernah sesekali memandang lelaki lain selepas hatinya dimilikki oleh Hazman iaitu seorang lelaki yang baik dan juga jujur ketika waktu itu.
Keesokan Harinya
Seperti berada di alam yang lain kerana semuanya seperti tidak sama yang pernah dilaluinya, tiada gelak tawa, gurau senda, malah keadaan di dalam rumah 3 tingkat ini sunyi dan lengang. Hazman juga kelihatan seperti lelaki bujang yang tiada anak dan bini apabila dia cuma memberikan duit belanja dan meninggalkan keluarganya itu. Hazman kelihatan lebih sibuk memandangkan terdapat 2 cawangan yang beliau perlu jaga dan sekaligus menjadikan alasannya untuk bersama dengan Amira lebih lama.
3 Bulan bersama Amira
Amira yang sebelum ini sedar majikannya itu sudah memilik seorang isteri seperti hilang ingatan. Apabila beliau tidak lagi memikirkan semua itu, dan bertindak seperti seorang gadis yang ingin memiliki hati si bujang. Tidak ketinggalan, Hazman iaitu papa kepada 2 orang anak itu, sentiasa membuka ruang dan peluang agar Amira dapat memasuki hatinya dan menolak rasa cinta bersama isterinya hari demi hari.
Hazman banyak meluangkan masa bersama Amira dan hubungan mereka makin rapat hari demi hari. Amira pernah bertanya pada Hazman jikalau ingin meneruskan hubungan ini secara serius, Amira pernah berkata amat penting untuk memberitahu isterinya terlebih dahulu dan kalau ini dirahsiakan Amira sedar ini bukan cara yang betul. Hazman sering menolak soalan itu dan menukar topik yang membuatkan mereka lupa seketika tentang hal itu.
Pada hari isnin malam, Hazman telah memberikan kata yang ringkas kepada isterinya bahawa dia ingin berjumpa kawan di kedai mamak untuk menonton perlawanan bola sepak. Lisa yang sedang sibuk membelek telefon bimbitnya cuma mengganguk faham dan tidak mengendahkan suaminya itu. Hazman pun tidak mengharapkan balasan dari isterinya itu dan dia terus keluar dari rumah. Seperti yang dijangka Hazman telah merancang untuk keluar bersama Amira di malam itu dengan niat untuk meluahkan hasratnya itu untuk bercanda dengan Amira. Mereka keluar bersama dan Hazman seperti bukan seorang papa dan suami kepada seorang isteri yang sedang mempercayai bahawa dia sedang menonton bola bersama rakannya.
Ketika perjalanan menghantar Amira pulang, Hazman telah memberitahu Amira yang dia telah jatuh cinta kepada gadis itu dan ingin meneruskan hubungan ini dengan lebih serius. Hazman memberhentikan keretanya di kawasan yang agak terpencil tidak jauh daripada rumah Amira dan mengatakan yang dia sanggup melakukan apa sahaja untuk bersama dengan Amira. Mereka berdua seperti hanyut di dalam keghairahan tatkala mereka merenung mata antara satu sama lain dan Hazman mula mengatur langkah untuk merapatkan mukanya dihadapan Amira. Syaitan seperti berdebar-debar untuk menyaksikan peristiwa terindah ini apabila mereka semua hampir berjaya untuk menghasut Hazman melakukan ciuman kasih sayang dan menghasut Amira untuk menerima sahaja ciuman itu. Kini mulut mereka semakin hampir dan ingin menyentuh lalu Amira mula memejamkan matanya TIBA-TIBA "RING...." telefon Hazman membunyi. Dia terus mengangkat telefon tersebut dan dia mendapat berita yang anak perempuannya Haliza sedang mengalami semput dan perlu ke hospital segera.
Hazman bergegas menghantar Amira dan terus pulang mengambil anaknya itu dan membawanya ke hospital. Keadaan anaknya itu stabil dan dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan.
Hazman masih mempunyai perasaan sayang pada anak kandungnya itu, namun apabila keadaan mula reda segala rasa sayang pada keluarga itu hilang dan diganti dengan keasyikkan percintaan dia dan Amira.
Hazman seperti tidak senang duduk apabila dia cuba sekali lagi untuk keluar bersama Amira dan melepaskan nafsunya itu. Hazman sentiasa mencari kesempatan dan adakala sengaja mencari kesalahan isterinya untuk menjadikan alasan untuk dia keluar dari rumah itu.
Dahulu Hazman memikirkan cara untuk memajukan perniagaannya, kini Hazman bercelaru memikirkan untuk melarikan diri dari keluarganya.
Seperti di dalam filem kartun, tiba-tiba ada mentol lampu menyala di atas kepala Hazman menunjukkan bahawa dia mempunyai idea bagaimana mahu mencari peluang berjumpa Amira. Hazman memulakan rancangannya itu untuk membawa keluarganya pulang ke kampung dan ketika berada di kampung Hazman merencanakan yang beliau terpaksa balik semula ke bandar atas urusan perniagaan. Rancanganya pun bermula apabila Hazman membawa keluarganya pulang ke kampung di batu pahat. Ketika lebih kurang tiga hari di kampung Hazman meminta izin kepada mertuanya untuk pulang sebentar atas urusan kerja dan kembali semula ke sini secepat mungkin. Oleh itu, Hazman pulang lah ke bandar dan meninggalkan keluarganya sebentar di kampung.
"Standby, 10 minit lagi abg sampai", chat yang diterima oleh Amira daripada Hazman. Mereka sekali lagi keluar bersama dan mereka menjalinkan hubungan rahsia seperti biasa.
Ketika perjalanan pulang, terdapat sebuah kereta yang memandu secara merbahaya telah menekan brek kecemasan dan menyebabkan Hazman terpaksa mengelak dengan mendadak dan menyebabkan keretanya terpusing dan menyebabkan Hazman terbabas di tepi jalan.
Amira hilang daripada pandangan Hazman sebelum dia tidak menyedarkan diri
Pasukan penyelamat ketika itu sampai ditempat kejadian, dan telah mencari telefon bimbit Hazman untuk memaklumkan keluarga yang terdekat tentang kejadian itu. Hazman dengan keadaan terlantar dan kakinya yang patah menyebabkan pasukan penyelamat segara membacanya ke Hospital.
Di Hospital
Hazman di masukkan ke ICU dan tidak mengetahui tentang keadaan Amira ketika itu. Selepas rawatan dilakukan Hazman direhatkan di wad biasa dan hadir lah Lisa dan mertuanya. Lisa sedih melihat keadaan suaminya itu meskipun dia tahu sebelum kejadian ini suaminya itu bersama siapa dan segalanya terbongkar apabila pihak hospital memberikan telefon bimbit Hazman kepada Lisa dan apa yang dilihat di dalam whatsapp ialah "Jumpa esok sayang" "mira kadang2 rindu jugak kat abg" "lepas abg hantar kak lisa balik kampung kita spendtime okey?", hati seorang isteri mana yang tidak hancur apabila mengetahui seorang wanita yang tidak dikenali bersama suaminya secara rahsia, namun Lisa mengetepikan perasaannya itu kerana dia lebih kesian membayangkan nasib suaminya itu. Ternyata Lisa seorang isteri yang tabah dan kuat menerima apa saja dugaan dan jelas Lisa seorang isteri yang setia dan taat pada suaminya.
Hazman mula menyedarkan diri dan melihat isterinya itu dan bertanya "Amira mana?? AMIRA MANA!!!!!!!" Lisa hanya mampu menahan suaminya itu dan memangil jururawat di situ lalu Hazman diberikan ubat penenang. Lisa dengan kecewa pulang ke rumah bagi menguruskan hal anaknya dan kembali semula ke sini untuk menjaga suaminya itu.
Ketika Hazman berseorang di wad...
Tiba-tiba ketukan pintu kedengaran dan Hazman menoleh, jengukkan kepala membuatkan Hazman tertanya siapakah itu dan Hazman tersenyum lebar apabila mengetahui manusia itu ialah Amira. "abg.....abg okey tak ni?? maaf sebab mira tak jenguk abg sebab makcik mira dah tahu semuanya dan dia tak bagi kita bersama lagi selepas dia tahu abg suami orang dan hubungan kita ni dirahsiakan" Amira menyatakan kesalnya sambil teresak-esak. Hazman membalas "Dah-dah abg okey je, luka-luka sikit dan kaki ada patah, abg lagi risaukan mira, mira okey tak ni??" kekasih gelapnya itu membalas "mira x der cedera cuma tangan terseliuh sikit" sambil menunjukkan balutan ditangannya. Tiba-tiba datang seorang sosok manusia yang berang merempuh masuk wad tersebut dan berkata
"Kau Laki Tak Guna!" "Kau bawak anak sedara aku, tanpa pengetahuan isteri kau" "kau bodoh ke apa" ternyata manusia tersebut ialah makcik kepada Amira yang berang akan tindakan Hazman itu. Amira cuba menghalang perbuatan makciknya itu tetapi tidak dihiraukan oleh makciknya dan pegawai kesihatan serta jururawat masuk ke dalam dan menenangkan makcik Amira dan membawanya keluar. Amira meminta maaf kepada Hazman dan terpaksa pergi.
Selama 3 bulan Hazman berehat, Hazman tidak langsung bertemu dengan Amira melainkan di whatsapp. Amira memberitahu kepada Hazman yang dia sudah kembali bekerja di Restoran kerana cedera ringannya sudah pun pulih. Hazman cuba menghalang namun Amira mengatakan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya dan mampu untuk sambung bekerja. Selepas 3 bulan, Hazman seperti tidak tentu arah untuk kembali ke restorannya dan melihat perkembangan dan sekaligus menjumpai wanita tersebut.
Sekembalinya ke restoran, Hazman menegur semua pekerjanya dan berjalan menuju ke officenya lalu terdengar tangisan di dalam stor penyimpanan makanan...Hazman membuka stor tersebut dan melihat...
Bersambung