Bai Li keluar tidak lama dari dalam bilik ujibakat. Dia memandang ke arah Ao Yian dengan senyuman bangganya. Sebelum melangkah pergi bersama assistantnya dari tempat ujibakat itu. Yakin betul dia akan dipilih memegang watak antagonist utama oleh Director Huang.
Ao Yian memandang sekilas sahaja ke arah Bai Li. Malas mahu ambil peduli. Bukan halnya. Yang penting nanti dia akan buat yang terbaik semasa gilirannya. Tidak perlu nak kisah apa yang Bai Li katakan. Itu tidak akan membakar semangatnya untuk mencapai impiannya.
"0112. Sila ke dalam sekarang" Arah staf itu tidak lama kemudian.
Ao Yian akhirnya berdiri dari kerusinya.
Dia melangkah ke arah staf itu yang akan membawanya ke dalam bilik ujibakat.
"Saya 0112" Dia memberitahu sambil berdiri di depan staf yang terpegun ketika melihat dia.
"Sila masuk ke dalam sekarang" Kata staf itu. Pipinya merah ketika menatap mata hitam yang bersinar itu. Walaupun dia lelaki, namun dia merasa jantungnya berdegup begitu kuat ah bila berdepan dengan lelaki wajah secantik itu.
"Terima kasih." Ucap Ao Yian sebelum masuk ke dalam setelah staf itu masuk dahulu.
Di dalam kelihatan ada 5 orang juri yang akan memilih siapa yang berjaya memegang watak antagonist. Diantara 5 juri itu ialah Director Huang, orang penting dalam drama The Hidden Secret. Jadi dia ialah orang yang harus Ao Yian tarik perhatian. Yang 3 itu pula ialah sponsor drama Th Hidden Secret.
Dan yang satu itu....tsk...mata bersinar yang bertembung dengan Ao Yian itu membuat Ao Yian meremang bulu roma. Dah kenapa Penulis The Hidden Secret itu memandang dia dengan mata bersinar dan pipi merah seperti itu?!.
Nampaknya penulis itu juga ialah sama penting dengan Director Huang. Namun rasanya dengan hanya bergantung kepada rupanya, penulis itu sudah memilih dia.
'Manusia semua memandang rupa sahaja!' Rungut Ao Yian.
'Host tak pandang~?' Perli Doll.
'Aku nak pandang? Rupa boleh tolong aku balas dendamkah?' Dingin suara Ao Yian. Dia menjeling Doll yang dah berlari ketakutan menjauhinya.
Doll merasa mahu menangis. Dia lupa yang hostnya itu ialah orang yang setuju terikat dengan sistemnya sebab ingin membalas dendam! Malah hostnya itu juga menghidapi 'twist-disorder SSSSS+ ah!'.
"Urm. Rupa yang bagus. kaki yang bagus. Tubuh yang bagus. Dan mata yang begitu terang. Bagus. Siapa nama kamu?" Director Huang memuji sambil melihat Ao Yian dari atas hingga bawah. Bukan gatal. Cuma nak analisis sahaja. Sebelum menanyakan nama Ao Yian.
"Ao Yian. Berusia 18 tahun. Dari Mo Entertainment" Ao Yian memperkenalka dirinya seperti yang diajar oleh Manager Feng sebelum dia ke sini tadi.
"Ao Yian. Hurm. Nama yang bagus" Kata juri yang lain. Siap ada yang memandang Ao Yian dengan niat ada udang disebalik batu.
"Terima kasih tuan" Ao Yian membalas dengan hormat. Berpura-pura tidak faham dengan apa yang cuba juri itu ingin sampaikan kepada dia.
"Mulakan lakonan kamu. Kamu boleh memilih scene apa-apa sahaja dari The Hidden Secret yang kamu tahu dari kertas yang disediakan itu" Arah Director Huang. Tidak mahu membuang masa lagi.
Asisstant Director Hu menyerahkan beberapa lembar kertas kepada Ao Yian untuk dipilih olehnya scene apa yang ingin dilakonkannya dalam ujibakat ini.
"Saya akan pilih scene 21" Putus Ao Yian. Dia mengambil kertas yang mempunyai scene 21 bertaip itu.
Sebelum ke sini dia sudah membaca cerita The Hidden Secret dan menonton drama asal The Hidden Secret menggunakan bantuan Doll untuk memahami dan belajar dari drama itu. Jadi dia memang sudah tahu setiap bait dan semua scene yang terdapat dalam drama itu. Dan dia juga tahu scene apa yang paling penting untuk dimainkan dalam drama itu. Scene 21 ialah salah satu scene penting itu, itu kerana watak antagonist utama akan mula menunjukkan taringnya dengan membunuh orang yang dicintainya sekali namun demi takhta, dia sanggup mengorbankan siapa sahaja termasuk lelaki yang begitu berharga baginya iaitu General Han, yang merupakan sahabat dan cinta pertamanya yang cuba menggagalkan rancangannya membelot.
Di situ Putra Mahkota Chen akan memainkan banyak emosi dalam satu masa. Iaitu tekad, benci, sedih, ketamakan dan cinta. Sebab di depannya ialah General Han yang tumpas ditangannya kerana terpaksa bertarung dengannya.
"Scene 21? Um. Pilihan yang terbaik" Kata Director Huang. Dia mulai merasa tertarik kerana ini pertama kali ada peserta yang memilih scene 21 yang begitu susah itu. Dan mungkin paling susah sekali. Kerana itu ialah titik permulaan kegilaan Putra Mahkota Chen dalam membelot dan naik takhta sebagai seorang Emperor kerajaan Chen sehingga membuatkan sukar untuk watak utama mengalahkan dia.
"Kamu boleh mulakan dalam 2 minit lagi" Kata Director Huang lagi.
Ao Yian mengangguk faham. Dia memandang kertas ditangannya itu dengan teliti. Dia memilih scene itu ada sebab. Membunuh general yang dicintainya?. Sudah lama dia ingin melakukan perkara itu. Membunuh general yang menyeksanya kerana memusuhinya dan pada masa yang sama dicintainya...Tsk. Dia ingin melupakan semua itu namun dia amat sukar melupakan general itu ah😤.
2 minit kemudian Ao Yian menyerahkan kembali kertas itu kepada Assistant Director Hu. Dia berdiri di atas pentas seorang diri. Dia akan berlakon seorang diri dan membayangkan sendiri watak-watak lain yang wujud disekitar scene itu berlaku. Sebagai contoh membayangkan General Han di depannya.
Dia memandang ke arah 5 juri yang turut mula memberi tumpuan mereka kepadanya sebelum dia memejam matanya.
Ketika dia membuka matanya. Matanya yang bersinar terang tadi berubah menjadi gelap dan tidak bercahaya. Malah begitu dingin sekali memandang lelaki yang memegang perutnya kerana ditikam oleh pedangnya. Namun dalam kedinginan matanya itu terselit pandangan mata yang penuh cinta.
Dia menundukkan tubuhnya. Ini ialah pertama kali dia menundukkan tubuhnya di depan bawahannya.
Klang...!
Pedang ditangannya mengenai lantai namun tidak dilepaskan dari genggamannya.
Tangannya yang tidak memegang apa-apa diangkat dan menyentuh pipi General Han yang memandangnya dengan tajam dan tidak percaya.
"Adakah ini ialah pilihan Han ge?" Dia menyoal dengan mata yang dingin namun suara yang lembut dan ada getar sedikit.
General Han tidak menjawab namun hanya merenung mata dingin milik Putra Mahkota Chen. Dia memandangnya seperti dia tidak percaya sahabat dan kekasihnya itu begitu tega sekali membelot dan mengkhianat kerajaan yang begitu setia sekali dia berkhidmat. Semua demi memastikan Putra Mahkota Chen dalam keadaan damai dan sejahtera.
"Ah..." Putra Mahkota Chen ketawa kecil. Namun air matanya yang mengalir di pipinya telah mengkhianati kedinginannya. Dia tersenyum kecil sambil tangan mengusap lembut pipi General Han.
General Han memusingkan kepalanya ke arah lain. Mengelak dari sentuhan Putra Mahkota Chen. Dia tidak sedar perbuatannya itu telah membuatkan senyuman Putra Mahkota Chen hilang, matanya kelihatan sedih sekali sebelum berubah dingin kembali ketika General Han memandangnya.
"Nampaknya kamu dah tak sudi lagi berbicara dengan pembelot ini. Tetapi ini ialah pilihan saya, Han ge. Saya tak akan lupakan dendam saya hanya kerana Han ge tidak setuju dengan keputusan saya" Kata Putra Chen sambil tersenyum. Bukan senyuman manis lagi. Tetapi senyuman sinis yang penuh kekejaman dan tekad.
Dia menggenggam erat pedang ditangannya.
"Saya akan jaga hati saya untuk Han ge. Bawalah hati saya mati bersama Han ge. Okey?" Dia memeluk erat lelaki itu dan mencium pipinya dengan air mata yang mengalir dipipinya dan pedang di tangannya tanpa ragu lagi menusuk perut General Han.
Gasp!!
General Han menarik nafas panjang dan memandang Putra Mahkota Chen tidak percaya dan terluka.
Putra Mahkota memeluk erat lelaki itu. Tidak mahu menatap mata yang terluka itu. Nafas terputus-putus General Han yang begitu jelas sekali kedengaran di telinganya telah membuatkan hati Putra Mahkota Chen terasa sakit sekali namun dia kuatkan juga hatinya untuk mengutamakan rancangannya. "Xi'ah cintakan Han ge" Bisiknya dengan suara yang begitu lembut dan jujur dari hatinya di telinga General Han. Hanya dia dan General Han sahaja yang dengar.
"Kamu kecewakan saya Xi'ah" Dan sebelum General Han menghembuskan nafasnya yang terakhir, itulah ayat yang dituturnya.
Putra Mahkota Chen terkedu sebentar sebelum memeluk erat lelaki yang sudah tidak bernafas itu. Sebelum kedengaran suara ketawa yang lembut keluar dimulutnya yang bergetar kerana tangisan. Dia memejam matanya erat menahan sakit dihatinya sebelum dia akhirnya melepaskan pelukannya.
Dia bangun dari tunduknya. Matanya yang merah kerana menangis tadi kelihatan dingin sekali. Malah lagi dingin dari yang ditunjukkannya kepada General Han tadi. Dia memandang pengikut-pengikutnya.
"Rancangan akan diteruskan. Kita mesti berjaya kali ini!" Dia memberi perintah dengan tegas dan penuh tekad. Dia tidak boleh gagalkan rancangan belot ini. Dia sudah mengorbankan sesuatu yang berharga kepadanya hanya kerana rancangan ini. Jadi dia tidak mahu menerima apa-apa kegagalan!.
Takhta kerajaan Chen harus dimilikinya juga!. Dia memandang General Han dengan pandangan dinginnya dan benci.
"Jika kamu mencintai saya seperti yang kamu janjikan. Sudah pasti kamu tidak akan berakhir seperti ini, Han ge" Katanya. Sebelum melangkah pergi dari tempat itu. Langsung tidak menoleh lagi ke arah tubuh yang terbaring tidak bernyawa di atas lantai dengan darah berlumuran mengalir dari tusukan pedang di perutnya. Seperti dia sudah melupakan semua kenangan bersama General Han dengan hatinya yang sudah mati dan terasa dingin sekali.
Namun jika dilihat dengan jelas tangannya yang menggenggam pedang itu, pasti akan sedar tangan itu sedang bergegar sekarang.
Ao Yian melepaskan dirinya dari watak Putra Mahkota Chen dengan menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya ketika dia menurunkan tangannya dia sudah kembali menjadi dirinya yang sebenar iaitu introvert dan pemalu. Dia memandang semua juri yang terkaku melihat dia.
Malah siap ada staf perempuan di dalam bilik ujibakat itu terus menangis. Terbawa-bawa dengan lakonan Ao Yian yang seperti betul sekali dan sedih!.
"Bravo! Bravo! Lakonan yang sangat bagus sekali!" Jerit Mr Yan. Penulis The Hidden Secret. Mata lelaki muda itu sudah merah kerana dia seperti dibawa ke dalam lakonan Ao Yian dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku ketika Putra Mahkota Chen menikam General Han dengan pedangnya sendiri. Benar-benar seperti yang dibayangkan ketika menulis scene 21 itu!. Scene yang buat dia termenangis walau dia ialah lelaki!.
"Ya. Lakonan yang sangat bagus dan menyedihkan!" Suara serak juri yang lain kedengaran menyokong Mr Yan.
Director Huang pula tersenyum lebar. Nampaknya dia telah menemui pemegang watak antagonist utama yang sesuai sekali. Biarpun tadi dia ingin memilih Bai Li sebab lakonan Bai Li juga bagus namun ketika melihat lakonan Ao Yian yang memainkan scene 21. Dia terus terbawa dalam dunia lakonan yang dibayang oleh Ao Yian. Dia seperti melihat General Han benar-benar wujud di depannya tadi!.
"Terima kasih" Ucap Ao Yian. Dia tersenyum manis dan gembira ketika dipuji.
"Kamu boleh balik sekarang. Kami akan menelefon kamu jika kamu terpilih memegang watak Putra Mahkota Chen" Putus Director Huang pula. Suara begitu puas sekali dan gembira.
"Baiklah Director Huang. Terima kasih. Saya minta diri dulu" Ao Yian tunduk hormat kepada juri-juri itu sebelum keluar mengekori staf yang akan menghantar dia keluar dari bilik ujibakat itu.
"Saya akan vote Ao Yian itu" Putus salah seorang sponsor perempuan yang turut menjadi juri tadi. Suaranya begitu muktamad.
"Saya juga!" Kata yang lain. Semua begitu teruja. Mata masih merah kerana begitu mendalami lakonan Ao Yian tadi.
Tanpa pengetahuan semua orang. Ada seorang lelaki yang turut berada disitu tadi. Dia baru sampai ketika Ao Yian sedanv bersiap sedia melakonkan scenenya dan turut menyaksikan lakonan Ao Yian tadi sehingga habis. Jantungnya berdebar kuat ketika memandang mata bersinar milik remaja berwajah cantik dan comel itu.
"CEO Mo..."
Terkejut staf perempuan yang tadinya menangis dengan teruk dan ingin keluar mengambil tisunya di luar. Namun terkejut ketika melihat lelaki berwajah dingin itu berdiri bagai tiang di belakang!. Buat terkejut dia sahaja!.
Mo Qifang hanya memandang sekilas staf itu sebelum melangkah meninggalkan bilik ujibakat itu. Dia lupa terus apa tujuannya ke sini tadi.
".....???" Bingung terus staf perempuan itu. Namun hanya sekejap sahaja sebelum kembali meneruskan langkahnya untuk mengambil tisu.