webnovel

Bab 31 : Saya Single

"Terima kasih sebab sudi datang..." Benz berjabat tangan James, lelaki yang seusia dengannya sewaktu duduk di kerusi meja makan serentak bersama.

"Tak adalah...kalau kau tak pelawa mananya aku nak datang..."senyum Benz sambil memandang Kayla yang sedang berborak dengan isterinya."Mana anak-anak kamu?"soal Benz.

"Biasalah...namapun anak perempuan..."James memandang dua orang anak Benz yang sedang duduk bersebelahan di baris meja sebelah kiri, menghadap Kayla dan Rania, isteri kepada Benz. "Akhirnya dapat juga dapat bertemu dengan anak lelaki dan perempuan kamu berkumpul sama..."

Benz mengerling ke arah anak lelaki dan anak perempuannya.

"Rasanya kau dah kenal dua-dua ni..."sengih Benz dengan bangga terutama sekali pada anak lelaki sulungnya yang duduk di sebelah anak bongsu perempuannya.

James mengerling ke anak perempuan Benz sekilas pandang sebelum tersenyum ke arah anak lelaki Benz.

"Siapa tak kenal CEO termuda kita...Damon." sapa James pada Damon. "Dan Sarah..."senyum James dengan penuh makna saat mengesan wajah cuak Sarah.

Dalam hati James sudah bersorak senang. Tak sabar dia nak tengok reaksi Zara nanti.

Damon memberi anggukan sapa pada James dengan wajah tanpa emosi. Pandang saja sudah tahu yang Damon tidak mahu berada di situ. Apa lagi Sarah yang kelihatan tidak senang duduk di situ.

Pada masa itu la, pintu bilik makan terbuka, mendedahkan dua orang gadis jelita berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Seorang dengan dress merah ketat menampakkan susuk badan, seorang lagi kelihatan ringkas namun sedap mata memandang mengenakan dress labuh paras lutut lengan panjang cekak leher warna biru cair.

"Itupun mereka..."senyum James saat memandang Zara. Lelaki itu menghulur tangan ke arah mereka supaya berada di sisinya.

Dua orang gadis itu jalan mendekati tepi kerusi James dan menghadap meja makan itu. Kennedy yang perasan Damon terlebih dahulu sudah tersipu malu bercampur teruja.

Manakala Zara di sebelah Kennedy dengan bibir terbuka sedikit memandang bungkam ke arah gadis yang berada di hujung meja.

Wha the hell!

"Kenalkan...ini adalah anak-anak saya...Zara Delisha..anak kandung saya. Kennedy Riaz anak isteri saya..."aju James.

Benz dan Rania yang dengar melirik ke arah dua orang gadis itu dengan senyuman senang hati.

"Cantik-cantik...bertuah kamu James..."puji Rania yang membuatkan Kayla tersenyum bangga.

Benz mengangguk kepala.

"Betul...masing-masing dah berpunya ke?"gurau lelaki itu.

James ketawa kecil.

"Tak tahulah mereka berdua ni..."balas lelaki itu.

Kennedy yang tidak tahu malu itu bersuara terlebih dahulu.

"Saya single.."ucap Kennedy tidak sabar-sabar.

Mereka di situ ketawa melihat reaksi teruja Kennedy. Zara di sisi pula hanya memberi renungan ngeri pada kenyataan Kennedy.

"Single kepala kau.. Teman lelaki kau tu nak letak mana? Dalam beg Gucci mahal kau tu?"fikir Zara dalam kepala sambil menjuling mata kejengkelan.

"Duduklah..."aju Rania pada mereka berdua.

Zara mengetap gigi menahan sabar saat bertentang mata dengan Sarah yang sedang duduk di sebelah Damon. Lalu dia mengalihkan pandangannya untuk bergerak ke kerusi kosong yang ada di sebelah Rania. Manakala Kennedy ambil tempat di sebelah kerusi kosong sebelah Damon.

"Maid."panggil James yang membuatkan beberapa orang maid berjalan ke sisi setiap seorang di situ menghidangkan makanan. "Makanlah...ianya hanya hidangan ringkas sahaja...harap tak kisah.."ujar lelaki itu sambil memandang Benz.

"Tak mengapa...kami bukannya makan emas pun...asalkan perut kenyang pun jadi..."

Dua orang sahabat itu ketawa senang seperti tidak mengesan udara tegang yang berada di meja itu.

Next chapter