webnovel

Mengambil Peluang

MELLISA berjalan di sepanjang lorong untuk kembali ke kelas dia. Dia baru saja balik dari mesyuarat kelab bola jaring.

Ketika Mellisa melintasi dua orang pelajar lelaki yang sedang bercerita tapi tidak sedar dengan kehadiran Mellisa, Mellisa berhenti bila mereka menyebut nama Ashley.

"Kau tahu tak, assistant baru kelab basketball tu, cun orangnya. Saya tak pernah tahu pun yang pelajar macam tu pernah ada di sekolah kita. Kalau saya tahu dia bersekolah di sini, saya conform pergi tanya dia, nak jadi girlfriend saya kah tidak."

"Heh eleh, kau ni masih tidak puas-puas dengan perempuan lah, Mikel... Dulu pun kau kena reject, sekarang kau masih lagi nak cari perempuan lain?"

"Itu sekadar sebab saya suka. Saya saja nak try dorang, mungkin dorang akan terima saya... Tapi kali ni lain, Cody. Saya betul-betul jatuh hati dengan dia. Assistant tu buat saya selalu terpegun tengok dia."

"Hisshh, kau ni... Tidak habis-habis dengan ayat romeo kau tu..."

Mellisa terus menoleh ke arah dua orang pelajar itu yang sedang bersandar di dinding. Mereka tidak peduli pun dengan kehadiran Mellisa di sana.

Mellisa pula merasa tidak puas hati kerana ada orang sudah pun berani bergosip tentang nama Ashley seolah-olah Ashley itu sekarang ialah seorang yang terkenal.

Mellisa tidak mahu nama Ashley lebih terkenal dari dia sendiri.

Terkejut Mellisa bila dia melihat rupanya pelajar lelaki yang sedang bergosip tentang nama Ashley dan dipanggil sebagai Mikel itu adalah seorang pelajar lelaki yang Mellisa kenal.

Mikel pernah menyuarakan isi hati dia kepada Mellisa dan terkadang mengikuti ke mana saja Mellisa pergi sampaikan Mellisa naik rimas. Pendek kata, Mikel ini ialah peminat Mellisa.

Api cemburu mula membara di hati Mellisa. Peminat 'setia' dia kini mula beralih kepada Ashley. Siapa yang tidak marah.

Selama ini Mellisa yang sering dipuji dan diminati oleh pelajar lain lebih dari Ashley. Tapi sekarang, salah satu peminat dia yang setia itu sudah pun memuji Ashley.

Kurang asam... saya tak boleh biarkan Ashley rebut semua peminat saya...

"Kau... kau buat apa bercakap pasal perempuan tu!??" tanya Mellisa dengan suara yang kasar.

Mikel dan kawannya itu terus menoleh ke arah Mellisa bila mendengar teguran kasar dari pelajar itu.

"Apa yang kau bising dekat kami ni?" tanya Mikel pula pada Mellisa. Nampak dari mimik muka dan cara dia bercakap, dia macam tidak berminat pada Mellisa lagi.

Mellisa menggetap bibirnya. Mikel bukan begini dulu. Dia selalunya akan cakap elok-elok dengan saya.. Kenapa sekarang dia macam tak suka dengan saya? Memang dia sudah suka dengan Ashley kah?

"Dulu kau cakap kau suka saya... Sekarang, kenapa kau suka orang lain pula?" tanya Mellisa. Dia terus berpeluk tubuh sambil memandang Mikel dengan tajam.

"Kenapa? Tak boleh kah?" tanya Mikel pula.

"Takkan dengan begitu senang kau suka dengan orang lain?"

"So, what? Ini hidup saya, Mellisa. Memang dulu saya suka kau, ikut kau ke mana saja kau pergi macam orang bodoh. Tapi apa yang saya dapat... kau cuma pandang saya sebelah mata saja. Apa salahnya saya suka orang lain pula. Penat lah, asyik ikut kau saja."

Kata-kata Mikel itu membuatkan Mellisa menjadi marah. Dia tidak suka dengan cara Mikel bercakap. Takkanlah sebab dia suka dengan Ashley, dia bercakap macam ni pada saya... macam dia tidak suka dengan saya lagi?...

"Hish, marilah kita pergi dari sini, Cody.. Malaslah ada orang asyik nak menyampuk," kata Mikel, sengaja berkata dengan suara yang sinis.

Mellisa tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang dua orang pelajar lelaki itu berjalan pergi dengan perasan marah. Mellisa tidak suka dengan sikap yang ditunjukkan oleh Mikel tadi.

Mellisa merengus tidak puas hati. Berani kau buat saya begitu Mikel... Tak apa... Saya akan buat kau menyesal cakap begitu...

Mellisa terfikir akan Ashley. Ashley... Sejak dia berkawan dengan Kenzie dan budak-budak popular tu, nama dia pun ikut naik sama...

Lama-kelamaan, dia akan jadi lebih popular dari saya... Ini tidak boleh jadi, saya kena cari cara supaya saya sentiasa popular dari Ashley...

Mellisa merengus untuk kali terakhir sebelum dia berjalan meninggalkan tempat itu dan berlalu ke kelas.

Ketika Mellisa tiba di blok kelas dia, Mellisa terserempak pula dengan Jared. Jared berjalan seorang diri sambil memegang yogurt di tangannya.

Mellisa berhenti melangkah. Bersinar matanya melihat kehadiran Jared. Mungkin kalau saya rapat dengan Jared, saya boleh berkawan dengan dia... Lepas tu, saya boleh rapat pula dengan kawan-kawan dia yang lain...

Jared tidak perasan dengan kehadiran Mellisa di depan sebab dia hanya berjalan tanpa memandang ke depan. Dia macam tidak kisah ke mana dia pergi.

Mellisa terus melangkah di depan Jared dan sengaja tidak berhenti sehinggalah badannya berlaga dengan Jared.

Mellisa mengambil peluang ini dengan berpura-pura jatuh ke lantai koridor.

Jared terkejut bila dia terlanggar seseorang. Dia semakin terkejut bila melihat pelajar yang dia langgar itu terjatuh. Dengan pantas dia memegang bahu pelajar itu untuk menyambut dia.

Bila Jared memerhati wajah pelajar itu, barulah Jared tau yang pelajar itu ialah Mellisa, salah seorang kawan baik Ashley.

"Aarrgh!!!"

"Aauwww!!" rintih Mellisa sambil memegang kepalanya.

"Mellisa, kau.. kau tak apa-apa?" tanya Jared.

"Okey, okey... Saya okey..."

Jared menolong Mellisa untuk berdiri. Namun, tanpa disangka-sangka, badan Mellisa rebah lagi membuatkan Jared terpaksa memegang tangan Mellisa untuk menahan Mellisa daripada jatuh.

"Kau..kau okey kah tidak ni??" tanya Jared dengan penuh prihatin. Yalah, sudah salah dia sebab langgar, apa yang tidak rasa bersalah?

Mellisa mengangguk sambil memegang kepalanya. Matanya juga masih tertutup. Jared yang masih risau itu terus menolak tangan Mellisa perlahan ke tepi. Risau juga dia kalau ada jadi apa-apa pada Mellisa.

Mellisa membuka matanya sedikit ke arah Jared. Dahinya berkerut seolah-olah dia sedang menahan rasa sakit.

"Kepala kau sakit kah?" tanya Jared.

Mellisa tidak mengeluarkan suara tapi dia hanya mengangguk saja.

"Marilah saya hantar kau ke bilik sakit. Nanti boleh lah kau rehat sana," kata Jared.

Mellisa hanya mengangguk, lagi.

Jared terus memimpin Mellisa untuk berjalan. Mellisa terasa ingin rebah lagi namun cepat-cepat Jared memegang bahu Mellisa. Mellisa pula pura-pura memeluk pinggang Jared.

Jared berasa tidak selesa namun apakan daya. Pelajar ini sakit gara-gara dia dan Jared perlu bawa dia ke bilik sakit.

Tapi hairan lah, takkan berlanggar saja pun nak peluk segala bagai??

Tak apa... tahan, Jared... tahan....

Sesampainya Jared di bilik sakit, Jared membiarkan Mellisa diuruskan oleh guru yang bertugas di sana. Jared tidak membuang masa malah dia terus beredar untuk kembali ke kelasnya lagi.

Melissa merenung Jared yang sudah keluar dari bilik sakit itu. Perlahan-lahan, bibirnya menguntum senyuman lebar.

Okey, readers..

Mula dari sekarang, kita fast forward ni cerita.

Baru saya sedar yang panjang pula jalan ni cerita tau?

.

.

Jadi saya mau kasih fast forward sudah..

Tunggu saja la episod seterusnya.

.

.

Teruskan vote dan share, okey?

?

bbeatyybrrcreators' thoughts
ตอนถัดไป