webnovel

Pandangan mereka

Aku termenung di tingkap bilikku. Teringat pandangan mukanya yang bersahaja tapi masih kelihatan manis.

"Teringin nak berborak dengan dia." Mata memandang ke langit. Malam ni tak ada bintang. Mungkin nak hujan.

***

8 Febuari 2008.

"Zafril!" Aku tersentak mendengar seseorang memanggil nama itu. Aku menoleh ke belakang. Rupanya dia berada tak jauh dari belakang aku.

Dia sempat senyum seketika sebelum menoleh ke arah kawannya. Aku mula lajukan langkah. Malu.

"Petang ni nak main bola?" Hairul ajukan soalan tu pada Zafril.

Zafril termenung melihat kelibat Tia sudah tiada.

"Oi! Aku tanya kau ni. Kau cari siapa?" Bahu Zafril di tepuk oleh Hairul. Zafril tersentak.

"Tak de siapa. Mainlah. Macam biasa."

***

15 Febuari 2008.

Aku hanya duduk diam di kerusi meja kelas. Hari ni tak main bola kertas. Mereka sibuk dengan group masing-masing untuk bersembang.

"Kau dengan Lina macam mana? Ok?" Pak Tam yang di gelar nama samaran menanyakan pada Amirul.

"Ok je. Tapi entahlah. Dia macam complicated sikitlah."

"Complicated macam mana?" Iskandar bertanya. Aku hanya menjadi pemerhati di hadapan mereka. Memang tiga ekor beruk ni je yang sentiasa lepak dengan aku dalam kelas.

"Dia macam tunggu orang lain je. Berbual memang macam biasa. Tapi lebih kepada mengelak je dia tu." Amirul mengeluh.

"Alah biasalah tu. Perempuankan? Kau ambil hatilah sikit. Buat kelakar ke?" Pak Tam memberikan cadangan.

"Depan kau ni perempuan. Tanyalah pendapat dia?" Is mula ajukan mulutnya ke arah aku.

"Huh? Aku? Tak. Tak. Aku tak tahu pape pasal perempuan." Tangan aku di silangkan pangkah.

"Tak tahu? Pelik. Kau ni perempuan jadian ke?" Perli Amirul.

"Patutlah lasak semacam." Tambah Is pula.

"Lepas ni kitorang nak pergi tandas. Ikutlah sekali."

Hahahahaha!

Mereka mula ketawakan aku. Duduk dengan diorang ni tak sah kalau tak kena bahan. Ada je nak nyakat.

Pen yang aku pegang dari tadi. Aku ketuk perlahan atas kepala seorang demi seorang.

Adurh!

"Padan muka."

Aku melihat luar kelas. Sekumpulan pelajar perempuan sedang riuh berborak. Salah seorangnya memandang ke arah kelas aku. Tak. Lebih tepat lagi ke arah aku. Di ikuti dengan perempuan yang lain.

"Tengoklah tu. Dasar perempuan tak tahu malu. Acah-acah sopan. Tak tahu berlakon je tu." Mereka mula ketawa.

Kepala aku sembamkan atas meja. Lalu ditutupi dengan lengan. Mereka bertiga yang mendengar turut panas telinga.

"Oi. Cakap dengan cermin ke?" Pak Tam mula menyindir.

"Ke cermin tak cukup besar?" Tambah Amirul.

"Ke cermin retak? Sampai tak nampak hati busuk kau tu?" Mereka bertiga ber hi-5 dan ketawa. Sekumpulan pelajar tadi terus beredar.

"Meluat betul aku dengan Tia tu!" Sarah mula berpeluk tubuh.

"Entah! Apalah yang lelaki pandang sangat dekat dia tu." Elly mula bengang dengan sikap pelajar lelaki asik nak back up Tia saja.

Aku tak tahu kenapa mereka fikir macam tu sekali. Bukan kehendak aku mahukan kawan lelaki yang ramai. Tapi kawan perempuan yang mengelak untuk berkawan dengan aku.

"Dahlah. Tak payah layan sangat minah tu. Biasalah dia dengki." Pak Tam memujuk.

Aku mengangkat kepala. Selepas kekeringan air mata. Seksanya rasa dipulau. Tapi masih bersyukur ada kawan yang masih menemani.

Next chapter