webnovel

Bab 6 : Halilintar Kurbik 4000SM

Kira-kira 6000 tahun dahulu, di lembah berdarah bersemayamnya sekujur jasad seorang pemimpin agung dari sebuah lagenda pemerintahan Turgis. Di sisinya turut dikuburkan panglima-panglima perang serta sejumlah pahlawan yang sama-sama berjuang dalam perang Gargan. Perang terbesar dalam tempoh 100 tahun penuh keamanan.

Melihatkan keadaan jasad yang tidak sempurna sifatnya, jelas sekali mereka menempuh detik paling ngeri dalam hidup. Ada yang tidak berkepala. Ada juga yang separuh badan sahaja. Malah ada juga yang hancur bertaburan. hanya anggota badan sebagai pengenalan dan syarat permakaman. Ternyata mereka tewas dalam perang tersebut. Lebih sejuta jasad bergelimpangan di dataran gersang Mongkuk. Darah merah yang mengalir membentuk sungai yang pekat dan hanyir. Tiga hari kemudian barulah mayat-mayat itu dapat disemadikan kerana jauhnya jarak dari kota Turgis.

Bala tentera yang menyerang mereka dikatakan 10 kali ganda jumlahnya. Malah kekuatan lawan mereka nisbahnya 3 : 1 yang mana menyulitkan lagi peperangan mereka itu. Raja Turgis iv yang memerintah selama 60 tahun turut sama mempertahankan kedaulatan tanahair yang tercinta. Namun gugur jua hingga titisan darah terakhir.

Bila dikaji akan lawan mereka saat itu, pasti ramai yang kecut perut sebelum sempat turun berperang. Manakan tidak, bukan calang-calang musuh yang mencabar keperwiraan mereka. Datangnya dari jauh nun di cakerawala. Turun ke bumi dengan teknologi penuh inovasi. Sedetik telepotasi, berjuta yang perlu diperangi. Jumlahnya saja sudah melebihi malahan pula senjata bersinar yang mereka miliki. Masyarakat Turgis menggelar musuh mereka itu sebagai 'Roah' yang bermaksud 'Syaitan' dalam bahasa Turgis. Syaitan berkepala seakan anjing atau serigala itu bertubuh agah besar dan tinggi. Di tangannya terdapat sebilah tombak yang mampu menghasilkan halilintar berwarna merah yang turut digelar 'Halilintar Kurbik' yang bermaksud petir yang penuh teka teki atau misteri. Barangsiapa yang terkena petir itu pasti hancur atau hilang anggota. Kuasa yang terhasil daripada tombak itu hadir dari langit lalu bersambung pada logam dihujung tombak tersebut.

Segala macam cara dilakukan oleh pejuang Turgis dengan harapan musuh durjana dapat dikalahkan. Atau cukup sekadar menghalau mereka dari merosakkan tanah Turgis. Setelah semua usaha gagal, Beratus ribu nyawa tumpas, Akhirnya kerajaan Turgis pun tumbang. Seorang laksamana dari pihak musuh datang memasuki istana Raja Turgis iv dan mengambil sebutir permata dari singgahsana raja lalu membawanya pergi. Seraya itu juga seluruh kota Turgis gelap gelita.

Peristiwa kejatuhan empayar Turgis itu diriwayatkan dari turun temurun sehingga ke hari ini. Malah susur galur kaum Turgis juga masih ada dan hidup bersama-sama kaum-kaum yang lain. Mereka terpaksa berkelana untuk meneruskan hidup sejak peristiwa itu. Lantas keturunan mereka itu pun mula lupa dan terbiasa akan kehidupan baru mereka.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa ada kalangan keturunan diraja Turgis yang menyimpan seribu satu khazanah kuno kaum Turgis yang sebahagiannya masih kekal magis. Hanya menanti masa untuk bangkit mengulangi sejarah.

Next chapter