webnovel

Gunung Sakti Seri Mersing, 48 purnama sahaja sudah pun tamat perguruannya.

Setelah 3 hari berjalan akhirnya Hang Nadim tiba jua di destinasi yang dituju

Hang Nadim mendongak kepalanya memandang ke puncak gunung yang terlindung dibalik kabus awan. "( fuh, tinggi betul, boleh ke aku daki gunung gedabak tinggi ni )", bisik Nadim dibenak fikirannya.

Tok Hitam cuma tersenyum sahaja melihat gerak geri Hang Nadim.

" Ayuh! Nadim percepatkan langkahmu, kita akan tiba dipuncak gunung tidak lama lagi", kata Tok Hitam kepada Hang Nadim.

Nadim hanya tersenyum simpul, lalu mula menongkah langkahnya selebar yang dia mampu, melompat setinggi yang mampu dia capai, berlari sepantas mana keupayaannya cuba mengejar bayang gurunya yang kelihatan berlari tetapi tidak, kelihatan berjalan tapi tidak juga," ( hebat, ilmu orang tua ni )",

Setelah 6 jam berhempas pulas memaksa sepenuh keupayaan tubuhnya mendaki sehingga kepuncak tanpa henti, akhirnya, Hang Nadim tiba dipuncak, pada saat itu, dia tidak dapat gambarkan, suasana dihadapannya. Tersangat indah tak seperti mana-mana tempat peranginan yang wujud dibumi mampu mengalahkan kecantikan dipuncak gunung sakti seri mersing, sangat indah.

Nadim membuntangkan matanya apabila melihat air terjunnya kelihatan bersinar apabila disirami cahaya matahari yang terbias penuh pada pemandangan air terjun itu..flora dan faunanya huh, rasanya [filem avatar pun tak boleh mengalahkannya]

Disaat Nadim leka dengan pemandangan dihadapan matanya, terdengar seseorang memanggil namanya lalu dia menoleh kekiri disitu ada sebuah bukit kecil dan diatas bukit tersebut terlihat tersergam indah suatu istana kecil yang mungkin mampu memuatkan 70 orang.

Nadim ternampak kelibat Tok Hitam dipintu utama dan terdengar suara bisikan sampai ke cuping telinganya, "Mari Nadim tok perkenalkan kamu kepada abang seguru kamu, bersuai kenallah dengan mereka".

Setibanya dihadapan bangunan perguruan silat kepunyaan Tok Hitam, Nadim tergamam sebentar apabila dia melihat ramai orang sedang berlatih tempur, ada yang menggunakan parang, ada juga yang menggunakan keris, kapak, kipas, rotan, tekpi dan juga lembing.

Hang Nadim cukup kagum melihat kebolehannya, dia melangkah dan berdiri disisi Tok Hitam, lalu tok hitam berkata dengan suara yang kuat, " baiklah anak-anak sekalian, berhenti sebentar dari latihan tempur kamu, Tok ada beberapa perkara yang Tok mahu sampaikan yang pertama, Tok ada mengambil seorang anak murid utama, namanya Hang Nadim, "Nadim perkenalkan diri kamu dengan abang seguru kamu". kata Tok Hitam.

Hang Nadim mengangguk lalu menjawab, " baiklah tok".

"Salam sejahtera dan juga selamat petang kepada abang-abang seguru sekalian, diharap abang seguru sekalian sudi memberi tunjuk ajar kepada adik Nadim, terima kasih". Hang Nadim berkata sambil tersenyum dengan comel, tetapi apa yang dia dapat selepas itu ialah mereka semua berlari kearah Hang Nadim membuat dia terkejut seketika apabila salah seorang dari mereka memeluk dan mendukung Hang Nadim, sejak dari hari itu dia dilayan dengan penuh kasih sayang seperti adik kandung mereka sendiri walaupun ada pada masa tertentu mereka tegas dalam beberapa perkara.

======================================

Sudah hampir 48 purnama Hang Nadim hidup dipuncak gunung sakti seri mersing, sudah bermacam-macam halangan dia tempuhi, kini umurnya sudah pun mencecah usia remaja iaitu 16 tahun, kini Hang Nadim tampak lebih tampan dengan kulit sawo matang, dengan kesegakan tubuh badannya yang agak tegap.

Hang Nadim sudah mahir dengan kesemua jurus yang diturunkan oleh gurunya, Tok guru Panglima Hitam.

Tok Hitam sungguh tidak sangka yang Hang Nadim adalah jenis pelajar yang sangat mudah menangkap apa jua ilmu dan jurus yang diajar olehnya dengan sekali percubaan dan Nadim sudah mengingatinya dan Nadim hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk memahiri kesemua jurus yang abang-abang segurunya perlu belajar dan memahirinya selama 20 tahun tetapi pada dia hanya mengambil masa yang singkat.

Ramai yang kagum dengan keupayaan yang ada pada Hang Nadim. Tok Hitam mengambil keputusan yang Hang Nadim akan menjalani upacara rasmi tamat pembelajarannya dari gunung sakti seri mersing, Tok Hitam cukup berbangga dengan pencapaian anak murid utamanya, lalu dia memberi sepatah dua kata kepada Nadim, " Nadim, kini kamu sudah pun tamat pembelajaran ilmu persilatan dengan tok, tok sudah tidak punya apa untuk diturunkan lagi kepada kamu, disini tok ada satu lagi ilmu hasil ciptaan tok tapi tidak sempat tok sempurnakannya lagi sudah menjadi tugas kamu sebagai anak murid utama tok, untuk kamu melengkapkan ilmu ini", lalu Tok Hitam memberi segulungan buluh kepada Hang Nadim, selempang merah, tengkolok merah bergaris hitam dililitan kepalanya dan akhir sekali dua bilah keris satu adalah keris panjang yang panjangnya lebih kurang 4kaki setengah, dan yang satu lagi ialah keris pendek sepanjang 2 kaki. Nadim menyambut pemberian gurunya dengan hormat sambil melutut, lalu diletakkan ditepinya, dia pun merapatkan kedua-dua belah tangannya dan merapatkan kedua-duanya kedahi tanda hormatnya kepada gurunya yang ibarat sebagai bapa kedua.

Lalu dia menggenggam erat tangan gurunya dengan kedua telapak tangan lalu diciumnya, "Terima Kasih Tok Hitam, kerana sudi terima Nadim seadanya, Nadim sangat bersyukur dapat mempelajari ilmu pencak persilatan daripada Tok dan juga abang seguru sekalian, dengan ini Nadim bersumpah akan menggunakan ilmu ini sebaiknya membantu yang lemah dan menangkis segala keburukan yang ada didunia ini, Nadim mohon mengundur diri Tok", lalu Hang Nadim bersujud dihadapan gurunya, lalu dia bingkas bangun dan berpusing tanpa menoleh kebelakang melangkah dengan gagah menuruni dari gunung sakti seri mersing.

Nasib Nadim agak baik dengan bantuan yang ada daripada sistem s19 dia tamat perguruan jauh lebih awal dari yang disangkakan.

" Lama sudah aku berguru, entah ingat lagi ke tidak jalan nak balik rumah ni".

"Ish...macam mana aku boleh lupa pulak, s19 tunjukkan aku navigasi ke kampung durian kembar".

*ARAHAN DITERIMA*

*STATUS MAP JERNIH DIAKTIFKAN*

*NAVIGASI AUTO PERJALANAN DIAKTIFKAN*

Dengan bantuan s19 dengan mudah sahaja Nadim melalui denai-denai dan lembah menuju jalan pulang kerumah ibu-bapanya. Hampir sepurnama setengah akhirnya dia bakal tiba ke kampung halaman Hang Nadim, cukup berbeza diwaktu dia kecil dahulu semasa dia baru hendak berguru digunung sakti seri mersing dia dan Tok Hitam mengambil masa selama 3 purnama untuk sampai namun sekarang ia hanya mengambil masa selama sepurnama setengah.

Jelas terpampang senyuman gembiranya tidak sabar untuk ketemu ibu dan bapanya bagi Sofian ibu dan bapa Hang Nadim ialah ibu dan bapanya juga, terasa rindu yang amat sangat semakin menebal didalam jiwanya lalu dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kampung durian berkembar. Sambil itu dia memeriksa status profilnya setelah 48 purnama dia tidak menyentuh skrin statusnya.

Status Profil

Nama: Hang Nadim Bin Busu

Umur: 16 tahun 10 bulan

Peringkat: 300/350 ( Panglima Utama )

STR:- 480 +( 120)+(350)

AGI:- 300+(80)

DEX:- 480+(99)

VIT:- 890+(89)

INT/STA:- 900+(780)

LUC:- 68+(20)

" Huh, menarik, dalam 4 tahun je dah naik sampai macam ni".

Setibanya dia dilaluan masuk ke kampung durian kembar dia terkejut apabila dia melihat kampugnya kini mempunyai pengawal yang mengawal laluan keluar masuk ke kampung halamannya.

Dia mula merasa musykil dengan apa yang baru dilihatnya dia juga dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dikampungnya dimana raut wajah pengawal dilaluan pintu masuk ke kampungnya itu saling tidak ubah seperti penjenayah.

Lalu Nadim melangkah terus ke pintu masuk utama laluan kampung durian kembar bersama bagasi yang dia sandang dibahunya. Tidak semena-mena dia ditahan dengan silangan tombak menghalang tubuhnya daripada meneruskan perjalanan membuat keningnya berkerut," Hei, siapa kau, kemana kau mahu pergi hah?", tanya pengawal pertama dengan kasar terhadap Hang Nadim.

Tika itu Nadim sudah mula menoleh ke arah pengawal pertama dengan memandangnya dari atas ke bawah. "Aku mahu pulang kerumah ku setelah 4 purnama aku mengembara, salah ke jikalau aku mahu pulang ke rumahku"?. Kata Hang Nadim dengan suara menekan tanda dia menahan gelodak dihatinya kerana tindakan kasar mereka. Pengawal tersebut pula mengerutkan dahinya, siapa ibu dan bapa mu, biar saudaraku masuk dan memeriksa kesahihan cerita kau, jikalau kau didapati menipu buruk padahnya". Nadim sudah mula menggenggam tangannya dengan kegeraman, dikancing giginya sekuatnya menahan kemarahan didalam hatinya lalu dia berkata," aku Hang Nadim anak kepada Pak busu si pemburu dan ibuku mak Piah", pergilah kau periksanya sama ada aku ini menipu ataupun tidak".

=akan bersambung=..…

Next chapter