webnovel

DHA 9

Farhana menebar pandangannya pada baju - baju pengantin berwarna putih bersih yang bergantungan pada rak baju. Cantik - cantik semuanya. Tidak semena, hatinya dirundum sebak. Memori sepuluh bulan sebelumnya mencorak dibelakang benak.

Qaish yang berdiri di hadapannya dipandang penuh kasih. Itulah lelaki yang selama ini tidak pernah melepaskan genggaman tangannya.

Itulah lelaki yang tidak pernah merungut dengan dirinya yang serba kekurangan dan lelaki itu jugalah lelaki yang paling sempurna dimatanya.

" Ini bakal isteri Qaish ke?" Soal Qaish terpegun dengan Farhana yang cantik dalam persalinan pengantin warna biru laut yang ditempah khas olehnya. Hasil ideanya sendiri.

" Taklah, ini bakal bidadari Qaish." Farhana kenyit matanya teruja.

Cantik sungguh baju yang tercorak oleh imaginasi Qaish itu ditubuhnya yang langsing. Saat menyarungkan baju itu, Farhana terasa dialah wanita yang tercantik di dunia.

Dia menapak rapat pada Qaish, " I tak nak tunang lama - lama, kita tunang, esok kita nikah." Ujar Qaish mengusap rambut Farhana yang disanggul cantik.

" Qaish?" Berenik air mata Farhana cuba mencari dua bola mata Qaish. Dia mahu melihat sendiri kejujuran kata - kata Qaish dari dua bola mata lelaki itu.

" I can't wait any longer sayang. I wanna hold you so freaking bad."

Pada hari yang dia sangka bakal menjadi titik tamat hidup bujangnya, berakhir saat dia menerima satu panggilan dari orang yang tidak dikenali memaklumkan berita Qaish yang ditimpa kemalangan jalan raya.

Mulanya dia fikir Qaish hanya cedera ringan saja tetapi bila dia sudah sampai ke hospital, lain pula beritanya. Saat melihat sekujur tubuh yang sudah tertutup dengan kain putih itu, dunianya jadi gelap gelita.

Hakikat itu amat berat untuk dia terima. Apatah lagi bila orang yang tersayang dirampas mengejut pada hari yang terindah buatnya. Tertekan, dia tekad melarikan diri ke Brooklyn setelah menerima satu tawaran untuk membuka satu galeri seni di sana.

Dalam beberapa bulan itu, banyak Farhana mendekatkan dirinya dengan yang Maha Tinggi, yang Maha Besar.

Bersungguh dia mencari makna sebenar sebuah kehidupan yang selama ini hilang dari pemahaman dirinya.

Tersisip satu ketenangan yang tidak terjangkau mindanya saat dia mula mengenali siapa yang menciptakan dia dan alam sekelilingnya.

Kehilangan Qaish menjadikan dia lebih kuat daripada dahulu. Namun, baharu saja dia ingin bertatih mengenali tuhan, dia dilontar lagi dengan satu dugaan yang amat berat yang membuatkan dirinya harus pulang ke tanah air.

Perkahwinan dia antara Har Azmeer tidak pernah ada dalam kamus kepalanya. Har Azmeer yang hanya satu persinggahan hitam dalam hidupnya. Dan bila lelaki itu bakal menjadi satu lembar baru dalam hidupnya, Farhana mula rasa tergelincir lagi.

Dia pasti, kehadiran lelaki itu bukan untuk menjadi pengubat luka hatinya tapi datang untuk menuntut dendam.

Kepala yang terasa tertolak keras mengejutkan Farhana dari lamunannya. Melingas bola matanya mencari punca yang menolak kepalanya.

Sakitnya jangan ceritalah. Berdengung rasa kepala. Dan bila matanya tertunak pada Har yang segak dalam kemeja kelabu disebelahnya, dia menumbuk keras lengan lelaki itu.

" Kau siapa nak tolak kepala aku!" Rengus Farhana kasar.

Sanggul rambut yang dipegang Har kemas dari luar selendang, cukup membuatkan Farhana terasa rambutnya tertarik kuat ke belakang.

" Perempuan ni! Jangan sampai aku naikkan tangan aku ke pipi bersih kau tu. Yang aku panggil kau sepuluh kali tak menyahut tu kenapa?!" Keras bunyi suara Har walaupun tidak tinggi bunyinya. Mata mencerlung pada Farhana.

" Aku tak dengar, nak buat macam mana?!" Farhana cuba tarik jemari Har yang sedang kemas memegang sangul rambutnya.

" Here sir! Your booked gown. Cantikkan?"

" Cantik sangat."

Farhana melopong. Wajah Har dipandang silih berganti dengan gaun yang dipegang lelaki itu.

" Oh, what a heart-breaking gown. Sepuluh bulan lepas arwah pengantin lelaki designkan baju pengantin ni untuk bakal isterinya sendiri. Sayang tak ada jodoh... Dia meninggal sebab kemalangan." Ujar lelaki setengah umur yang menatang baju pengantin warna biru laut yang pernah disarung Farhana dahulu.

Menitik air mata sebak Farhana bila dia lihat baju pengantin itu. Hatinya remuk.

" Kau memang sengajakan Har... Kau tahukan ini gaun pengantin yang arwah Qaish design untuk aku.."

" Sengaja? Qaish yang design? No sayang... I betul - betul tak tahu..." Pipi Farhana yang berlinangan air mata, Har pegang dengan kedua - dua tangannya.

" I picked this dress especially for you. I saw you when I saw this dress." Ujar Har dengan penuh lembut bagaikan bisikan cinta.

" You'll look so beautiful and fragile like a doll in this dress sayang... I promise." Bibir bergetar Farhana digesek ibu jari Har kasar.

" I don't want to wear this dress Har, please..." Rayu Farhana.

Mana mungkin dia mampu menyarung semula gaun pengantin itu setelah dia kehilangan Qaish.

Bibir Har yang tidak bersenyum itu seakan dia jua bersedih dengan rayuan menyayat hati Farhana tapi tidak pada pandangan matanya yang terserlah dendam kesumat.

Har menarik senyuman lebar sebelum dia tolak kasar tubuh Farhana ke arah bilik persalinan, " Let her put on the gown. Aku nak tengok betapa menyedihkan perempuan ni dalam gaun mayat ni."

Agak lama juga dia cuba mendapatkan gaun pengantin yang direka Arwah Qaish itu setelah keluarga Arwah Qaish menjualkannya pada satu pasangan pengantin yang bakal berkahwin. Dibeli harga gaun itu dengan harga yang tinggi cukup tinggi.

" Kau hati busuk Har!" Air mata Farhana sudah jatuh ke pipi. Tidak terjangkau akal fikirannya lelaki dihadapannya ini sebegini kejam.

" Eh?" Lelaki setengah itu terpinga - pinga melihat mereka berdua yang tidak langsung seperti dua pasangan pengantin yang bakal menempuh hari bahagia.

Dia juga turut tidak terlepas merasai ketegangan yang berlegar di udara itu.

" Kau memang tak dengar ke? Ke buat - buat tak dengar?" Dalam suara Har yang berbaur tegas itu pada lelaki tua itu.

" Ahhh, iya! Boleh... Mari Cik Hana..." Lelaki tadi mengiring Farhana masuk ke bilik persalinan tanpa banyak cerita. Tak mahu nanti dengan dia - dia bakal ditarik dalam pusar air lelaki bernama Har Azmeer itu.

Next chapter