semenjak peristiwa malam itu,cempaka merasakan dirinya dan ikran semakin jauh. ikran seolah menjauhkan diri darinya. hampir 5 hari lelaki itu tidak pulang dan bermalam di pejabat. hanya sesekali nazim datang bertemunya untuk mengambil pakaian lelaki itu. cempaka dengan sabar menyelesaikan segala aktiviti berpantangnya. kebetulan pula hati ini adalah hari terakhir dia berantang. cempaka bersorak gembira di dalam hatinya kerana sudah bisa bebas. dia tidak sabar sudah untuk melihat dunia luar. hampir dua minggu terkurung di rumah,benar-benar membuatnya buntu. walau dayana,mira dan mak pah sentiasa ada disisi menemaninya,cempaka tetap merasakan kesunyian mengisi kamar hatinya.
" sibuk???" tanya cempaka setelah orkid mengangkat panggilannya.
" tak juga.. baru sampai rumah ni..dalam bilik.." balas orkid ceria. rasanya baru beberapa hari yang sudah dia bertemu cempaka.
" so.. macam mana dengan program kita tu?" tanya cempaka. dia mahu mengatur jadualnya setelah selesai tempoh berpantang.
" macam yang orkid bagitau tu lah.. semua okey sahaja.. tunggu akak je lah.."
" okeylah.. kalau free.. sabtu nanti datang sini.. bawa semua dokumen-dokumen program." arah cempaka. dia mahu meneliti kembali segala kelancaran program mereka.
" boleh.. masak sedap-sedap.. kak.. kau dah habis pantang kan..?" tanya orkid. Risau juga nanti mengganggu keadaan cempaka.
" dah siap pun.. hari ni last.. esok merdeka.." suka suara cempaka.
" hmm.. patutlah.. okeylah.. kita jumpa sabtu nanti.. mama panggil.."
" kirim salam dekat mama.. nanti ada masa.. akak balik sana.. " pesan cempaka sebelum mematikan talian.
ikran tenang mendengar satu persatu maklumat berkenaan projek-projek yang diambil alih daripada witty group daripada pegawai-pegawainya. hampir lima hari dia berkampung di pejabat gara-gara bertungkus lumus meralisasikan apa yang dibincangkannya bersama tengku ikbal minggu lepas. atas sokongan abinya,ikran semakin bersemangat menjatuhkan witty group. satu persatu saham witty group kini berada di dalam genggaman mereka. kini mereka cuma menanti mesyuarat tergempar ahli pemegang saham witty group sahaja sebelum dia bersemuka dengan t.s.m jalil. ikran tersenyum puas melihat segala penat lelahnya bakal berhasil.
ikman berbaring santai di sofa dalam pejabatnya. telefon bimbit yang diletak dalam poket seluarnya bergetar tanda ada pesanan masuk. cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya. pesana daripada cempaka. laju ikman membuka untuk membaca.
' kalau ada masa malam ni.. datanglah rumah.. makan malam.. man cakap man akan buat apa sahaja untuk balas semua kesakitan yang akak tanggungkan.. so.. akak nak man tunaikan permintaan akak malam ni.. harap man tak hampakan akak.'
panjang lebar pesanan cempaka membuat seram sejuk tubuh ikman. dia boleh mengagak apa yang bakal diminta oleh cempaka. nampaknya malam inilah penentu nasib alongnya.
' hmm.. apa saja permintaan akak.. man akan tunaikan.. kalau akak nak belasah man pun.. man akan hadap..'
cempaka tersenyum membaca balasan ikman. dia melihat jam di telefon bimbitnya. masih ada 6 jam untuk masa makan malam. sebentar tadi,dia sudah menghubungi nazim,bertanya sama ada ikran akan pulang malam ini. apabila nazim menyatakan yang ikran tidak pulang,maka secara automatik dia akan menyoal siasat tentang dayana malam ini kepada ikran. kata-kata al fateh masih mengganggu emosinya sehingga kini dan keengganan ikran untuk membuka mulut tentang kisah silamnya juga selalu membuat cempaka berjauh hati seperti malam beberapa hari lalu. cempaka sebenarnya sudah memberi ruang untuk ikran bercerita tentang kisahnya bersama dayana. namun ikran mengelak. apakah dayana iti cinta pertama ikran? atau kerana dayana sudah mati,maka ikran rela menerima sesiapa sahaja menjadi isterinya? cempaka inginkan kepastian agar senang dia mengetahui di mana kedudukannya.
nadia menyorok di satu sudut tiang,merakam aksi pergaduhan mulut diantara putri dan nasha yang kini terdesak setelah ditimpa berbagai skandal dan gosip-gosip liar. nasibnya betul-betul baik hari ini. pasti tuhan ingin membantunya sehingga menemukan dia dengan nasha dan putri yang sedang bertelagah di satu sudut tersorok shoping complex. jauh dsripada pandangan orang ramai.
" putri.. i tak kira..i akan dedahkan semua perangai you kepada umum.. kalau you tak bayar i ganti rugi atas semua yang terjadi dekat i sekarang ni.." ugut nasha dengan wajah bengis.
putri yang memeluk tubuh pamer senyum sinis.
" dedahkanlah.. you ingat i tak boleh dedahkan semua tentang you.." putri tidak takut akan ugutan nasha. apalah model miskin macam nasha yang boleh buat kepadanya? sekadar ancaman mampulah.
" you ingat i takut?? i akan jumpa tengku ikran dan cerita apa yang you dah buat dekat isterinya dan macam mana you sengaja tendang perut cik puan.." nasha masih tidak mahu mengalah.
" how dare you.. ???" marah putri mengepal jari jemarinya. ingin sekali dia menampar dan mencarik-carik wajah nasha dengan kukunya yang tajam. berani mempergunakan ikran untuk mengungutnya. cukuplah kini keadaan syarikat yang semakin huru hara. berani-berani nasha.
nasha gelak kuat. tahu yang putri pasti takut apabila hal di melaka itu didedahkan.
" i nak 1 juta masuk dalam akaun i selewatnya esok supaya i boleh pergi jauh dari malaysia untuk bina kehidupan i setelah you musnahkan.." dengan angkuh nasha tidak penat meminta wang ganti rugi atas kehancuran kariernya yang konon berpunca daripada mengikut tunjuk ajar putri sewaktu mereka sama-sama bertemu cempaka kemarin yang lalu.
putri mengangguk.
" okey.. 1 juta.. okey.. baiklah.. i akan berikan tetapi i nak you tutup mulut you tu.." putri cepat bersetuju. nasha mahu 1 juta? baik..dia akan tunaikan.
nadia menghentikan rakamannya setelah putri dan nasha bersurai. dia pamer senyum jahat. bodoh kedua-duanya. akhirnya.. dia tidak lama lagi,dia akan berjaya menyingkirkan langau-langau yang hinggap di makanan kesukaannya. rakaman ini akan digunakan apabila tiba masa yang perlu. dia akan menunjukkan kejujurannya membantu cempaka dan ikran. biar ikran terharu atas pertolongannya dan terhutang budi kepadanya.
wajah kacak ikran sedang tersenyum mesra kepadanya terbayang di ruang mata.
" along.. malam ni.. man makan malam dekat rumah along.." beritahu ikman tanpa disuruh setelah kaki mencecah lantai bilik ikran. nazim dan jefri yang sedang serius berbicara dengan ikran terus menghentikan perbincangan mereka. kesemuanya memandang ikman dengan wajah pelik. ikman pula tanpa rasa bersalah menggangu perbincangan mereka,melabuhkan punggungnya di sofa lembut kegemarannya di dalam ruang pejabat ikran itu.
" hmm.." ikran tidak memberi sebarang respon. wajahnya biasa sahaja. tiada riak.
" kak long jemput mesej man tadi.. katanya ada hal penting yang dia nak minta man buat.." cerita ikman mengeluarkan kotak rokoknya. sebatang rokok dicabut diselitkan ke celah bibirnya dan lantas dibakar. wajahnya seperti tertekan habis.
" jadi??" ikran masih tidak menunjukkan sebarang riak risau.
" along nak man jujur ke atau man sorok semua??along tak jelaskan lagi kepada kak long?" tanya ikman dalam nada tidak berpuas hati. baginya sepatut hal antara ikran dan dayana,haruslah keluar daripada mulut ikran sendiri. kenapa kadang-kadang ikran ni tidak faham? isteri mana yang taknak tahu kisah silam suaminya. lagi-lagi apabila ada yang bercerita dan menokok tambah. maka berikanlah kebenaran.
" dia tak pernah tanya dekat along.." bagi ikran selagi cempaka tidak bertanya kepadanya,untuk apa dia bercerita. cempaka lebih suka mendengar daripada mulut orang lain. biarkanlah. asalka cempaka masib disisinya. itu sudah memadai.
ikman melepas keluhan. buntu dengan kebodohan alongnya. dia memandang nazim dan jefri yang hanya diam.
" kalau kak long nak kebenaran.. man berikan kebenaran.. selesai.. " ikran akhirnya memutuskan apa yang perlu ikman katakan kepada cempaka.
" kebenaran yang mana satu??" tanya ikman.
" semua sekali.."
jefri dan nazim menarik nafas lega. bagi mereka bagus andai cempaka tahu kebenaran cerita lalu supaya selepas ini cempaka akan lebih berhati-hati apabila bertemu al fateh.
" baiklah..." ikman bangkit melangkah keluar meninggalkan ruanh pejabat ikran.