webnovel

be nice..

ikran mendengar setiap patah perkataan yang disebut oleh nazim penuh konsentrasi sambil tangannya mencatit sesuatu di kertas kosong.

ikwan yang duduk bersebelahan abangnya juga turut sama mendengar tanpa mencelah.

setelah lebih dari 5 minit membentangkan laporannya,nazim duduk sambil menghela nafas. nampaknya hasil perbincangan mereka di sini menunjukkan hasil. kalau cepat selesai masalah di itali,cepatlah mereka kembali ke malaysia. dia sudah rindu masakan negaranya.

" esok kita akan pergi melawat site dengan starve.." maklum ikran dalam nada berpuas hati dengan maklumat yang dibentangkan oleh nazim. nampaknya urusan mereka di sini berjalan dengan lancar. kerjasama di antara tiga negara yang berskala besar berjalan seperti rancangannya.

" okey.. nanti wan akan maklum ibu pejabat untuk proses seterusnya." ikwan sudah tahu tugasannya tanpa menunggu arahan ikran. mereka adik beradik sudah terbiasa diasuh daripada kecil lagi dengan urusan perniagaan keluarga dan tahu akan tugasan masing-masing.

nada pesanan masuk ke telefon ikran menghentikan diskusi mereka. ikran mengambil telefonnya,membaca pesanan yang masuk itu. matanya terpancar sinar saat membaca pesanan rindu dari cempaka. laju sahaja tangannya membalas.

'be nice..'

ringkas. diharap cempaka faham maksudnya. dia bukan lelaki yang dicipta pandai menunjukkan rasa hatinya. namun cukuplah sekadar perbuatan dan kata-katanya dipahami cempaka.

cempaka mengucup skrin telefonnya. balasan ikran melegakan galau hatinya. rindu menggamit kalbunya membayangkan wajah suami tercinta. biarlah kalau seluruh dunia mengatakan dia tidak sesuai dengan ikran. asalkan kata-kata itu tidak keluar daripada mulut ikran. andai suatu hari ikran sudah tidak perlukannya lagi. pulangkan sahaja dia kepada keluarganya ambil dengan cara baik maka pulangnya pun biarlah dengan cara baik. selagi ikran melayannya baik selayak seorang isteri,itu sudah cukup. dia tak harapkan banyak pun. lelaki tinggi martabatnya seperti ikran pasti egonya juga setinggi langit. cempaka juga tidak mengharapkan ikran membalas segala perasaannya. namun dia tetap ingin bertanya kepada dayana dan jefri.

" yana.. jeff.. saya ni.. buruk ke..?tak sesuai dengan tengku?" tanya cempaka ingin mendengar pendapat orang yang rapat dengan ikran.

dayana dan jefri saling bertukar pandangan.

" jujur sahaja..takpe.. saya nak dengar dari pandangan kamu yang sudah lama mengenali tengku.." tambah cempaka lagi.

jefri mula memikir jawapan terbaik untuk pe dengaran cempaka. nanti salah jawap lain pula yang difikir lady boss-nya itu.

" kalau lady boss tidak sesuai dengan tengku.. dah lama tengku tinggalkan lady boss.." jawapan jujur dari jefri. dayana pula menyambung.

" betul tu.. tengku ni jenis yang kalau dia tak suka dia akan cakap tak suka..dia jenis yang senang kita fahami sebab dia tak suka rumitkan hal yang tak penting" dayana menyokong kata-kata jefri.mengenali sifat ikran, fia sudah tahu di mana kedudukan cempaka.

" suami mana tak sayang isteri" jefri menambah lagi. lady boss kena faham. lelaki ni cara dia tunjuk sayang dia lain sikit. dia akan lindungi orang dia sayangi dan pastikan orang yang dia sayang dapat sesuatu yang terbaik. cara tengku cuba melindungi cempaka pun dia sudah tahu. ada sayang dalam hati beku tengku ikran. pedulikan dengan kata-kata orang.

cempaka senyum. betullah. suami mana tak sayang isteri? tidak banyak,sedikit.pasti ada ikran sayangkannya.

" takpe kak.. akak lah wanita pertama yang tengku suruh kami lindungi secara personal. maknanya akaklah yang paling sesuai untuk tengku.." dayana menyedapkan hati cempaka dengan kata pujukan. cempaka sepertinya juga. ada waktu pasti merasa tidak diperlukan.

ku najah memeluk gambar nirina. air matanya keluar mengalir laju. teringat kata-kata ikman di telefon tempoh hari.

" kenapa..?"tanya tengku ikbal memeluk isterinya dari arah belakang.

" abang.. saya tak boleh kalau tengok gambar arwah ni.. hati saya sakit macam kena carik.." cerita ku najah teresak-esak.

" rina dah lama pergi.. jangan sedih.. sakit arwah dekat sana kalau dia tahu awak macam ni.." pujuk tengku ikbal. dia tahu isterinya sukar melepaskan pemergian mendadak nirina.

" semua salah saya.. kalau saya tak suruh ikran dulu.. perkara takkan jadi macam ni.." ku najah masih menyalahkan diri sendiri. kerna itu,dia sangat takut cempaka juga menerima nasib yang sama seperti nirina.

" dengar sini.. semua yang jadi ni bukan salah awak.. bukan salah along dan bukan salah arwah. ni semua kehendaknya.." masih tidak penat memujuk.

ku najah masih teringat kata-kata nirina saat akhir sebelum gadis itu menggantung dirinya. pedih. masih terbayang kesengsaraan nirina dipaksa bernikah dengan ikran untuk menutup malu keluarga apabila nirina didapati hamil sebelum nikah. sangkanya kesudian ikran untuk menikahi nirina dapat menyelamatkan maruah gadis itu. namun lain pula jadinya. gadis itu memilih mati jalan terakhirnya saat dikhabarkan kematian al hafiz. lelaki yang bertanggungjawab menghamilinya. ku najah menangis lagi.

" abang.. kalau dari awal rina bagitahu al hafiz kekasihnya..saya cari lelaki tu bang.. saya nikahkan mereka. tetapi kenapa arwah rahsiakannya.. kenapa along sanggup jadi pak sanggup masatu..?kenapa along rahsiakan dari kita dan taknak bagitahu.." itulah penyelasan ku najah apabila percaya bulat-bulat kata ikran yang nirina hamil anaknya. sehinggalah nirina sendiri yang maklumkan padanya.

" long.. betul ke cincin nina dah sampak dekat along?" akhirnya persoalan yang ingin diketahui ikwan terkeluar juga. sejak ikman mengkhabar berita itu padanya,dia ingin bertanya lebih lanjut kepada abangnya.

" iya.. sekarang ni along tengah siasat siapa yang hantar cincin tu.. mungkin pembunuh al hafiz.. atau selama ni cincin tu ditangan al fateh.. kita tak tahu.." cerita ikran.

" long.. dulu.. kau pernah cintakan nirina ke?" tanya ikwan. soalan yang terlalu ingin diketahuinya.

ikran menggeleng.

" masa arwah datang bagitahu dia mengandung.. minta tolong along bantu dia gugurkan kandungan tu.. along taknak.. arwah dah along anggap macam adik..tapi sebab arwah takut along sedia ambil anak dia jaga macam anak along masa tu.. along tanya siapa jantan tak guna tu.."ikran mula membuka cerita lama kepada ikwan. cerita yang penuh kesakitan.

" macam mana along tahu tu anak al hafiz?" tanya ikwan lagi bila ikran menghentikan ceritanya.

" arwah bagitahu.. dia taknak arwah tu tahu dia mengandung sebab arwah al hafiz tu dah ada kekasih masatu.." cerita ikran. teringat saat nirina menceritakan kisah cinta tiga seginya diantara al hafiz dan kekasihnya. siapa kekasih al hafiz.. sampai kini masih menjadi tanda tanya.

" oh.. jadi along pun jadi pak sangguplah.." ikwan sudah faham. ketika kejadian dia masih belajar diluar negara. hanya ikman sahaja yang tahu. namu mendengar dari mulut ikman tidak sama mendengar dari mulut ikran.

" semoga arwah nirina tenang dekat sana.. cuma terkilan sangat long.. kenapa dia bunuh diri.." iya.. itulah yang paling mereka kesalkan. nirina memilih menggantung dirinya saat al hafiz meninggal akibat dipukul di belakang kelab malam.

" along taknak cerita ni sampai ke telinga kak long.. along taknak dia tahu kisah hitam keluarga kita " ikran memberi amarannya kepada ikwan.

" long.. bagus lagi dia tahu dari mulut along..dari dengar dari pihak ketiga. sebab cerita tidak sama.." ikwan meluahkan pendapatnya. bagi ikwan,al fateh pasti akan menyampaikan perkara ini kepada cempaka nanti. ikran menghamilkan nirina. itu yang orang lain anggap.

" kalau tiada siapa yang bagitahu..dia takkan tahu.."

Next chapter