cempaka bersolek ala kadar. dia mengenakan gaun biru muda bawah Paras lutut. rambutnya disanggul bulat. kasut tumit tinggi warna hitam disarung ke kaki. badannya yang kecil molek itu kelihatan menarik dalam persalinan ini. sesuai dengan imejnya sebagai isteri kepada boss besar tid.
dayana yang menanti di tepi kereta membuka pintu bmw untuk menjemput cempaka masuk.
cempaka yang tidak biasa dilayan seperti puteri itu merasa segan.
telefonnya berbunyi nada lagu ku menunggu dendangan Artis popular dari negara seberang. rossa.nada khas untuk ikran.
" dekat mana?" tanya ikran tanpa Salam seperti kebiasaannya.
" dalam kereta.. baru nak bergerak.." maklum cempaka dengan suara cerianya.
" ermm... jaga diri.." pesan ikran.
" baik.. abang pun sama.."
talian mati begitu sahaja. cempaka diam. sudah terbiasa. mula-mula dulu terasa lah juga cempaka dengan sikap endah Tak endah ikran itu. tetapi sekarang hmm.. nak Tak nak kena biasakan juga.
sesampai sahaja di lokasi hi tea datin ros, cempaka keluar dengan penuh Gaya dari dalam kereta diikuti jefri Dan dayana.
" lady boss.. saya tunggu dekat sinilah.. dayana ikut." maklum jefri segan pula melihat ramai kaum hawa di majlis itu.
cempaka mengangguk. faham. lelaki seperti jefri tentulah segan dikelilingi ramai wanita-wanita.
" jom kak.. " ajak dayana.
cempaka berjalan masuk dengan langkah perlahan. Dewan itu sudah penuh dengan wanita-wanita elit pelbagai Gaya. masing-masing sibuk menunjukkan kekayaan yang dimiliki. cempaka menarik nafas menghembus. kad jemputannya diserahkan kepada penjaga pintu Dan seseorang datang mendapatkannya Dan menghantar ke meja yang dikhaskan untuknya.
dayana menarik kerusi mempersilakan cempaka duduk sebelum dia juga melabuh duduk sebelah cempaka. matanya memerhati sekeliling. mengawasi dalam diam.
" anggaplah yana bukan bodyguard kakak.. cool..relax.." bisik cempaka perasan mata dayana yang liar memerhati sekeliling. majlis macam ini tiada bahayalah. semua yang hadir adalah isteri-isteri Dan wanita golongan kelas atasan. pasti tiada yang mahu berbuat benda tidak baik.
dayana cuma mampu pamer senyum mendengar bisikan polos cempaka. wanita ini berfikir segalanya mudah.
" cik puan... bila sampai.." Sapa satu suara mesra. wanita separuh Abad ini mengenakan gaun merah hati siap ada bulu-bulu lagi dililit dilehernya. mekapnya 5 inci. tebal.
cempaka bangkit bersalam dengan puan sri normah. isteri kepada Salah seorang menteri yang terkenal.
" baru juga sampai puan sri.. belum panas lagi kerusi ni.." ramah juga suara cempaka.
" nanti Kita berbual ya.. saya nak ke sana.." wanita itu menunjukkan kearah satu meja.
cempaka menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh puan sri normah. di meja sana terdapat 3 orang wanita separuh Abad bertudung lip lap lip lap. Salah satu daripada mereka adalah pemilik satu produk yang sangat terkenal kini.
cempaka menunduk tanda hormat.
" ramai juga jemputannya kehormat until majlis petang ni.." maklum dayana.
cempaka yang memerhati sekeliling mengangguk cuma.
" cik puan.. terima kasih.. sudi datang meriahkan majlis pelancaran pembukaan butik terbaru saya.." akhirnya datinros muncul dengan gaun seksinya. Naik terjojol mata yang melihatnya. wanita ini tidak kelihatan seperti 40an. Gaya berpakaiannya sangat seksi seperti wanita 30an.
" owh.. sama-sama datin. tahniah dari saya.." ucap cempaka bersalaman Dan bertukar pelukan bersama datin ros.
" nanti cik puan bolehlah pilih Dan lihat Mana pakaian yang cik puan berkenan.. kalini Kita Akan ketengahkan pakaian untuk musim panas Dan gaun-gaun rekaan terkini." datin ros sempat lagi mempromosikan pakaian yang Akan diperagakan oleh model-modelnya sebentar lagi.
" boleh..boleh..datin.." terangguk-angguk kepala cempaka.
" cik puan pasti Akan order punya.. jangan risau datin.." celah satu suara yang muncul tiba-tiba. puan khaleeda. pengasas satu produk terkenal Dan isteri kepada Salah satu pengusaha syarikat hartanah terkenal.
cempaka senyum cuma. tangan dihulur until berjabat.
" ermm..lembutnya tangan cik puan.. mesti Tak pernah buat kerja rumah ni.." puan khaleeda yang terkenal dengan mulut becoknya itu sinis memuji cempaka.
berubah air muka dayana yang mendengar.
cempaka hanya senyum tenang.
" ala.. kak Ida ni.. cik puan Mana Ada peluang nak turun ke dapur.. pembantu rumah di villanya sahaja pasti mencecah 10 orang.." datin ros membidas pujian sinis puan khaleeda.
" lagipun.. takkanlah tengku ikran nak bagi isteri kesayangannya turun ke dapur..bust kerja berat.. sayanglah.." sambung datin ros lagi.
puan khaleeda mencebik. memuncung bibirnya.
" anak Kita.. walau dekat banglo Kita Ada berpuluh-puluh maid.. Kita tetapi suruh ke dapur.. belajar memasak..buat kerja rumah.. nanti nikah senang. orang kata nak suami sentiasa sayang.. isteri kena masak. bagi suami rasa air tangan isteri." dati. khaleeda taknak mengalah. dahulu dia pernah menyuarakan hasrat hatinya kepada ku najah until menjadikan tengku ikran menantunya. menkenenkan anak gadisnya dengan tengku ikran. sedar-sedar ku najah memilih anak gadis puan sri rahimah. terkandas impiannya.
" kak Ida.. tentu-tentu tengku ikran Tak bagi. tengoklah.. Mana Ada laki-laki Kita nak believe barang kemas Mahal dekat kita. situ oun Kita boleh tahu..betaoa sayangnya tengku ikran dekat isterinya. nyamuk pun mesti dia Tak bagi gigit.. ye dak cik puan?" datin ros mempertahankan cempaka. dari awal mengenali cempaka di majlis lepas,dia sudah berkenan dengan sikap rendah diri cempaka.
" baru kahwin.. masih bau Manis lagi.. esok-esok tahulah nasib memasing.." puan khaleeda masih lagi berkata sinis.
" puan.. tengku bukan Jenis lelakj hidung belang." dayana yang geram mendengar bicara puan khaleeda mencelah. berdesing telinganya mendengar tengku ikran Dan cempaka diperolokkan.
mencerlung mata puan khaleeda melihat dayana.
" ni siapa?" tanyanya.
" saya..." baru dayana nak kenalkan dirinya cempaka cepat-cepat mencelah.
" puan.. ni pembantu peribadi saya .. suami saya sediakan khas untuk memudahkan semua urusan saya. maklumlah.. saya ni tidak tahu buat apa-apa.. suami saya pastikan pembantu peribadi saya uruskan semua urusan saya.. suami saya suka manjakan saya. kalau saya cakap saya nak company suami puan pun.. sekarang dia Akan dapatkan.." cempaka taknak mengalah. berani-berani puan khaleeda ingin mempermalukannya. apa ingat dia patung. Tak boleh Bela diri. rasakan pula gilirannya bercakap.
merah padam wajah puan khaleeda mendengar kata-kata cempaka. sangkanya wanita ini tidak berani melawannya.
datin ros senyum sinis. pasti puan khaleeda sudah cuak. pandai cempaka menggunakan nama suaminya untuk menakutkan puan khaleeda. siapa yang tidak kenal tid. dalam sekelip mata boleh menjatuhkan Dan membangunkan sebuah syarikat tanpa sesiapa duga. siapa berani Cari fasal dengan tid? dengar nama tengku ikran pun sudah ramai yang gerun dengan kecekapan lelaki ini menjalankan perniagaan keluarga mereka.