Linley tidak menyedari kedatangan Anras. Sebaliknya, dia memberi tumpuan sepenuhnya memikirkan Denyutan Nadi Bumi.
'Benar kata Encik Leylin. 'Intipati Tanah' merupakan mendalami misteri Hukum Tanah yang memiliki pertahanan terbaik bagi menentang serangan fizikal manakala 'Denyutan Nadi Bumi' mempunyai pertahanan terbaik menentang serangan spiritual. Selain itu… ia bukan sahaja mempunyai pertahanan serangan spiritual, ia juga boleh menghasilkan serangan spiritual.'
Linley sekarang ini tengah memikirkan cara menggunakan Denyutan Nadi Bumi untuk melaksanakan serangan spiritual.
Di dalam gaung yang sunyi dan kelam itu, di atas pokok yang tinggi, terdapat susuk manusia. Dia adalah Anras.
สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com