Linley dan yang lain mengerti akan satu perkara, jika seseorang ingin menakluki sesebuah kawasan yang besar, kekuatan dan kekuasaannya haruslah selari dengan keinginannya itu!
Pasukan yang menakluki Empayar Yulan itu diketuai oleh seorang Dewa Penuh, Oerph. Walau bagaimanapun, berapa ramai Dewa yang dimiliki oleh pihak Oerph? Adakah hanya Oerph seorang? Buat masa sekarang, mereka sendiri tidak pasti.
Perlu diketahui bahawa Empayar Yulan mempunyai saiz dan populasi penduduk yang lebih besar dan banyak berbanding Empayar Baruch.
Empayar Yulan dan Empayar O'Brien ialah dua empayar terbesar di benua Yulan.
Pihak Oerph pastinya lebih kuat daripada pihak Ojwin. Mereka tidak akan berani mencuba untuk mengambil alih Empayar Yulan. Bahkan Ojwin juga mempunyai dua klon suci Dewa Penuh dan berupaya melawan Tarosse sehingga menemui kebuntuan. Bagaimana mungkin pihak Linley berani untuk menaikkan kemarahan Oerph?
สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com