webnovel

Murid Peribadi

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Istana puak Jacques sangat besar tetapi hampir semua penghuninya tahu 'taman sunyi' yang memakan dua pertiga ruang istana itu kawasan larangan.

Hal ini demikian kerana, kawasan itu merupakan tempat tinggal McKenzie. Selain McKenzie dan isterinya, cuma tiga orang pengiring dan murid-murid McKenzie yang dibenarkan masuk ke kawasan itu. Malah ketua puak dan anak-anaknya perlu meminta kebenaran sebelum dibenarkan masuk ke situ.

Taman sunyi itu sangat luas. Lebih daripada separuh daripada kawasan itu dipenuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan. Bangunan di dalam taman itu dibina ringkas dan tidak dihias. Namun begitu, lebih seratus orang boleh tinggal di bangunan itu.

Kumpulan Linley telah dijemput masuk ke taman sunyi itu.

Ada seorang wanita dalam lingkungan 30-an berambut warna jed yang cantik dan sopan di situ. Dia mengiringi kumpulan Linley ke dalam taman tersebut dan mengaturkan tempat tidur mereka.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

ตอนถัดไป