webnovel

Haluan Empat Sahabat

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Zassler berjalan keluar dari arah belakang. Dia menjadi risau apabila mendengarkan lelaki pertengahan umur itu memanggil Linley dengan namanya. Tetapi setelah dia tiba di sisi Linley, dia melihat sebaik sahaja membaca surat tersebut, senyuman terukir di wajah Linley. Senyuman gembira.

Zassler tahu walaupun Linley bukanlah seorang yang menakutkan, tetapi dia seorang yang kejam dan hanya fokus kepada latihannya.

Dia tidak pernah melihat Linley tersenyum gembira dan ceria.

"Zassler." Linley ketawa. "Kamu tinggal di sini dulu buat masa sekarang. Saya ingin bertemu dengan rakan saya."

"Baiklah." Zassler mengangguk.

"Bebe." Linley menjerit ke arah Bebe yang sedang tidur di atas tanah. Bebe membuka matanya yang kantuk itu dan merenung Linley dengan penuh tanda tanya.

"Mari, ikut saya."

"Haeru, kamu tinggal di sini."

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

ตอนถัดไป