Di tingkat sembilan Kuil Cahaya.
Linley seolah-olah terbuang di sini dan dilupakan. Mereka yang datang ke sini hanya para Executor Tribunal Keagamaan berwajah dingin dan berjubah ungu yang menghantar makanannya setiap hari. Disebabkan kedua belah tangan dan kakinya patah, Linley tiada pilihan selain mengesot dan merendahkan kepalanya ke arah makanan yang dihantar itu.
Hari demi hari berlalu di dalam sel yang gelap dan suram itu.
Hidup? Atau mati?
Linley tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi dia tidak mudah melepaskan sebarang harapan untuk hidup.
Beberapa hari di dalam sel ini Linley habiskan dengan mengkaji kembali mengapa percubaannya untuk membalas dendam kali ini gagal. Hampir semua aspek telah diambil kira termasuklah makhluk ajaib Clayde dalam rancangannya itu. Akan tetapi, Linley tidak menjangka Clayde mempunyai sihir perisai ajaib tahap Dewa!
Menghasilkan perisai ajaib jauh lebih sukar berbanding membaca mantera sihir.
สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com