Marvin yang sedang berlari laju ke arah hujung satu lagi Sempadan Mimpi Ngeri memang tidak sedar tentang perbincangan yang berlaku antara dua kewujudan hebat di Alam Semesta ini.
Dia perlu mencari jalan untuk tinggalkan dunia ini yang merupakan alam luaran selepas menerima Patung Kristal itu.
Walaupun Marvin boleh masuk ke Alam Bayang tetapi dia hanya ada koordinat dan kebolehan untuk masuk dengan bebas ke Alam Bayang dari Feinan.
Marvin mungkin akan masuk ke kawasan pelik dan ditelan oleh Raksasa Bayang yang bersembunyi di Alam Bayang jika Marvin cuba meluru masuk ke Alam Bayang dari sini.
Memang tempat ini sangat marabahaya untuk dilawati seperti yang Louise telah katakan.
Pada masa itu Marvin rasa cukup yakin boleh tinggalkan tempat ini tetapi Loiuse telah berkata perkara sial.
Marvin tidak dapat tinggalkan Sempadan Mimpi Ngeri.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com