Selepas melepasi pagar besi ini, satu bau karat yang merebak dari satu jarak dapat dihidu oleh mereka.
Mereka berdua merupakan orang yang sangat sensitif dengan bau. Walaupun tempat ini gelap gelita tetapi mereka dapat rasakan sedikit ancaman!
Gudang Senjata Gnome Kuno memang bukan tempat yang selamat!
Sebenarnya Gnome Kuno boleh dianggap sebagai bangsa yang gila. Mereka terkenal untuk satu masa tetapi disebabkan pelbagai jenis tindakan gila mereka itu, mereka mencari pasal dengan ramai orang dan akhirnya terus terhapus dari sejarah dan hanya meninggalkan Gnome Liar sahaja. Walaupun mereka mempunyai keturunan darah Gnome Kuno tetapi kepintaran mereka sudah merosot dengan serius dan tiada bezanya dengan raksasa biasa.
Terdapat pelbagai jenis senjata pelik yang dibuat di dalam Gudang Senjata mereka ini.
Bagi tujuan untuk mencegah musuh mereka dari mencuri rahsia terpenting, tempat ini mempunyai pertahanan paling kuat di seluruh Saruha!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com