webnovel

Selepas membunuh dengan pantas dua lelaki tersebut. Marvin buat pertama kali tidak melihat log pertempuran terus sebaliknya pergi melihat keadaan Kate.

Keadaan gadis ini sangat lemah tetapi masih lagi stabil.

Wajahnya terkejut semasa melihat Marvin.

Dia tidak sangka kekuatan bertempur Marvin sekuat ini, mengalahkan dua lelaki besar sekelip mata tanpa menerima sebarang kecederaan.

Dia melihat Marvin dengan mata yang bulat menyebabkan Marvin rasa sedikit segan.

"Terima kasih," gadis itu berkata dengan gagap.

Sejak dari kecil sehingga sekarang dia tidak banyak berinteraksi dengan orang luar. Semua diuruskan oleh kakaknya.

Marvin memusingkan kepala sambil mengangkat bahu. "Tak perlu."

Selepas berkata begitu, mereka berdua terus terdiam.

Kate tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Marvin pula terus menyemak log pertempuran selepas memastikan gadis tersebut telah dapat mengawal kuasanya dan berada dalam keadaan lemah.

Perlawanan tadi agak mudah dan ini juga membuktikan perbezaan pengalaman bertempur dirinya serta kemahiran yang telah meningkat.

Ini kelebihan Marvin. Jangan kata orang sama level dengan Marvin, mereka yang pemilik kelas asas dengan perbezaan beberapa level dengan Marvin juga dapat dibunuh dengan mudah.

Dan hutan pada waktu malam juga adalah kawasan yang memberikan kelebihan kepada dirinya.

Tetapi jika mereka ialah pemilik kelas lanjutan, situasi agak berbeza mengikut keadaan. Ini kerana kelas lanjutan mempunyai pelbagai jenis kemahiran unik. Jika serangan Marvin dihalang, apa yang berlaku seterusnya sukar diramal.

Sebab itu dia tidak sabar untuk naik pangkat. Ini kerana kemahiran Perantau Malam sangat banyak dan kuat.

Ini dapat ditonjolkan semasa Pertandingan Grail Suci nanti.

"Eh?"

Semasa dia melihat log pertempuran, dia perasan ada sesuatu.

[Disebabkan anda kerap menggunakan tali ketika berlawan kerana efeknya yang nyata, anda telah menerima gelaran baru – Mahaguru Tali]

[Mahaguru Tali]: Kegemaran istimewa anda terhadap tali dan telah lama mahir dalam hobi ini untuk mendapat gelaran Mahaguru.

Efek: Ketika menggunakan gelaran ini, anda mampu mengawal dua tali serentak!

Mahaguru Tali!

Akhirnya gelaran itu muncul.

Marvin penuh teruja menggenggam penumbuk.

Dia juga pernah dapat gelaran ini pada masa lalu. Pencuri yang menggunakan tali permintaan merupakan ciptaan dirinya. Selepas itu ramai pemain yang menggunakan teknik tersebut.

Kebiasaan mereka hanya mampu mengawal satu tali saja.

Tetapi dengan gelaran [Mahaguru Tali], seseorang itu boleh mengawal dua tali serentak!

Ini akan mengembangkan lagi corak pertarungan Marvin.

Jika tali permintaan digunakan dengan betul, ia akan jadi mimpi ngeri bagi musuh.

Jika boleh mengawal dua tali… Selain dari kelas magik, kelas lain bukan menjadi saingan. Sudah tentu ia hanya akan dilawan jika kelas magik ada magik jenis dispel.

Sebenarnya renjer biasa secara umum memang kurang kemahiran jenis mengawal musuh. Oleh itu mereka terpaksa mencari cara lain untuk mengatasi kekurangan ini.

Marvin telah mengatasi kekurangan ini menggunakan tali permintaan dan juga sihir – Vine Metamorphosis.

Walaupun dua cara ini nampak agak curang…

"Kenapa dengan penerangan gelaran Mahaguru Tali ini… Apa kegemaran istimewa?"

Marvin mencarut dalam hati.

Pada masa ini, gadis di sebelahnya tidak dapat menahan diri dengan situasi dia yang lama ini dan mula mengambil langkah untuk bercakap.

"Aku ialah Kate. Nampaknya kau tahu identiti sebenar aku. Boleh aku tahu nama kau?"

"Marvin." Dia berkata dengan pendek dan tepat.

"Datuk aku ialah seorang ahli sihir, sebab itu aku tahu beberapa perkara istimewa seperti ini."

"Sebelum mereka bangkit sepenuhnya, Penyihir akan alami fasa kurang kawalan untuk jangka masa pendek atau lama. Ia satu pengalaman yang sukar pada waktu itu."

"Kau tidak patut datang meneroka seorang diri pada masa ini."

Selepas habis berkata Marvin terus teringat sesuatu. "Mana orang tua Sean sudah pergi?"

"Dia paksa aku selamatkan Kate. Tugas ini sudah selesai tetapi ke mana dia larikan diri?"

Kate melihat Marvin perhatikan kawasan sekeliling dan tidak dapat menahan diri untuk bertanya, "Adalah kau mencari sesuatu?"

Marvin tidak sempat menjawab lagi dan tiba-tiba banyak kelibat muncul dari dalam hutan!

Kepantasan mereka untuk muncul sangat menakutkan. Mereka hanya perlukan masa tiga saat dari kegelapan untuk sampai satu per satu ke kawasan lapang itu!

Keringat mula jatuh dari dahi Marvin tetapi dia masih melindungi Kate di belakangnya.

Di bawah sinaran bulan, banyak busur yang ada anak panah dihalakan kepada mereka berdua.

"Jangan bergerak, jika tidak kau akan mati." Satu suara yang merdu datang dari celah pokok.

Marvin tersenyum pahit sambil mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga atas kepala.

Wajah Kate berubah.

Mereka ini datang terlalu cepat. Marvin dan Kate tidak diberi peluang untuk melepaskan diri!

"Renjer pengkhianat."

"Penyihir yang masih tidak dapat mengawal kekuatan."

"Kombinasi yang pelik. Kau tidak patut berada di Hutan Thousand Leaves."

"Pergi bawa mereka dan kurungkan di dalam penjara [Akena]." Kata suara merdu itu membuat keputusan.

Beberapa kelibat lelaki yang lampai muncul dari kegelapan.

Mereka semua sangat kacak tetapi mata mereka penuh dengan aura membunuh.

Pengawal Elven Iron!

"Alamak, kena tangkap…"

Marvin mendengus kerana tidak dapat membuat apa-apa.

Wajah Kate di belakang mula bertukar sangat serius.

"Oi, jangan buat perkara yang bodoh." Marvin mula perasan perubahan gadis itu dan terus berbisik, "Dengar cakap aku, jangan berlawan dengan Pengawal Elven Iron di Hutan Thousand Leaves."

Dia ragu-ragu kemudian menyimpan semula item itu.

Akena, merupakan salah satu penjara di kawasan Hutan Thousand Leaves.

Sejak Raja Elven Agung mengambil kuasa, dia mula habiskan banyak sumber untuk membina pelbagai jenis penjara di sempadan Hutan Thousand Leaves untuk mengurung penceroboh.

Akane merupakan salah satu penjara Elven yang sukar untuk melepaskan diri.

Marvin dan Kate dibawa masuk ke dalam salah satu penjara pokok itu.

Ini merupakan kawasan terlarang, dengan berbagai jenis tahanan di dalam lokap pokok. Mereka memberi beberapa isyarat ugutan tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan suara.

Berada di dalam sama seperti kemahiran silence telah digunakan.

Kemahiran silence ini tidak ada had masa.

Sebab itu seluruh penjara ini sangat sunyi.

Marvin dan Kate habis disiasat dari atas ke bawah untuk semua barang termasuk item storan. Mereka akhirnya dikurung bersama.

Elves tidak mengambil sebarang item kerana ini bukan sifat mereka.

Terdapat satu platform batu di penjara pokok dan semua item dan barang diletakkan di situ.

Selepas pengawal elven iron yang bertugas sebagai pasukan pengiring memastikan mereka tiada barang lain, dia akan membaca mantera dan lokap pokok itu akan terus terkunci.

Mereka terus berlalu pergi.

Hanya Marvin dan Kate saja yang tinggal.

Mereka tidak boleh bercakap dan hanya mampu memandang antara satu sama lain dengan muram.

Kate rasa sangat jengkel. Dia merenung tajam pada Marvin dan cuba ingin tahu kenapa biarkan mereka terus ditangkap.

Tetapi Marvin nampak terlalu tenang. Dia memberi beberapa isyarat supaya Kate bertenang dan bersabar.

Kate tidak faham oleh itu dia memandang dengan hati yang gundah gulana.

Orang selalu berkata, walau apa emosi yang ditunjukkan oleh gadis cantik, ia masih mampu memberikan perasaan yang istimewa.

Kate berumur dalam lingkungan 16 – 17 tahun, sedikit tua berbanding Marvin. Tubuhnya juga matang dengan baik. Matanya yang mempesonakan. Mereka berdua dikurung di lokap yang sama membuatkan Marvin sedikit resah. Ini bukan kerana dia berniat jahat terhadap gadis. Cuma dia tidak dapat mengawal diri untuk curi-curi pandang jika terdapat gadis cantik.

Oleh itu mereka kemudian mula merenung di antara satu sama lain.

Mereka duduk di dalam lokap pokok yang tanahnya agak berpasir. Dia mula rasa semakin resah. Marvin mengagak masa sudah cukup dan mula mengambil ranting yang dipatahkan.

Dia menulis di atas tanah dengan ranting tersebut:

[Jangan marah, aku ada cara untuk melepaskan diri.]

Pada masa lalu, Marvin selalu masuk ke Hutan Thousand Leaves. Dia telah ditangkap beberapa kali oleh Pengawal Elven Iron semasa dia masih level rendah. Selepas itu dia telah fikirkan beberapa muslihat untuk melepaskan diri dari lokap.

Dia masih ingat lagi jika seseorang itu melepaskan sebanyak tiga kali atau lebih, mereka akan mendapat gelaran [Mahaguru Melepaskan Diri] di dalam permainan video.

Tetapi gelaran ini, selain untuk menipu pengguna baru… Ia tiada efek yang penting.

Kate terus terkaku melihat ayat tersebut. Dia meniru dan terus menulis:

[Macam mana?]

Marvin terus tunjuk bahagian atas pakaian Kate.

Wajah Kate terus menjadi merah padam dan merenung tajam Marvin dengan wajah tidak percaya!

Marvin terus tersedar dan terus memberitahu dengan jujur. Dia terus menulis dengan pantas di tanah.

Selepas membaca, Kate masih melihat Marvin dengan perasaan yang pelik.

Tidak lama kemudian dia menulis. [Pusing belakang. Jangan tengok.]

Marvin mengangkat bahu dan memusingkan badan.

Kate mula menanggalkan pakaian.

Next chapter