webnovel

Pencuri Sosialit

Editor: EndlessFantasy Translation

Bilik di belakang kedai itu sangat berbeza dengan bilik sebelum ini.

Ia sangat bersih dan kemas. Terdapat juga lukisan tergantung di dinding yang dibersihkan selalu.

Kelihatan 18 lilin yang menyala. Nampaknya ia seperti sentiasa menyala.

"Seperti yang kau lihat, hanya tinggal lapan belas perantau malam di Feinan termasuk aku."

"Jumlah kami semakin berkurang hari demi hari. Setiap kali lilin ini terpadam, seorang Perantau Malam sudah tinggalkan dunia ini." Suara orang tua itu sungguh kecewa.

Marvin mengangguk. Dia perasan satu lilin yang telah terpadam di penghujung lapan belas lilin yang bernyala itu.

"Terdapat seorang ahli yang mati baru-baru ini. Aku tidak ada masa untuk tanam lilin dia," Orang tua itu berkata dengan sedih.

"Aku telah hilang abiliti untuk bertempur, jika tidak aku sudah pasti akan membalas dendam."

"Dia dibunuh oleh Patriarch Crimson dari Kultus Ular Kembar. Ketika dia menjejak pengikut jahat, dia telah jatuh ke perangkap mereka."

"Jika kau berjaya menjadi Perantau Malam, kau akan menggantikan tempat dia."

"Oleh itu, kau perlu membunuh Crimson Patriarch. Ini takdir kau. Faham?"

Marvin mengangguk faham.

Dia tahu kelas Perantau Malam bukan semudah yang difikir.

Bukan saja mereka merupakan sebuah organisasi, tetapi mereka juga mempunyai misi untuk melindungi benua ini.

Perantau Malam sangat bersatu. Mereka menggelar diri mereka sesama sendiri sebagai "rakan seperjuangan".

Mereka merupakan anak buah Raja Malam era kuno dan mereka percayakan fahaman kuno.

Pada waktu aman, mereka memilih untuk mengasingkan diri. Tetapi ada masa yang tertentu, mereka akan tonjolkan kehebatan mereka di dunia.

Pengetahuan Marvin berkenaan Perantau Malam tidak banyak. Ini kerana semasa di dalam permainan video, dia hanya tahu ayat pendek mengenai kelas yang muncul selepas pengemaskinian sistem.

Malam akan tiba.

Tiga perkataan ini merupakan pepatah oleh organisasi Perantau Malam. Ia juga merupakan ramalan.

Dengan kata lain, ini merupakan organisasi yang unik. Mereka lebih kepada keadilan tetapi berada di dalam kegelapan.

"Sudah tentu, keadaan kau sekarang masih tidak layak untuk berbincang perkara ini."

Pandangan lelaki tua itu beralih dari lilin tersebut.

"Memang benar peramal orang yang mempunyai potensi tinggi. Tetapi bukan semua peramal mampu menjadi Perantau Malam."

"Kau perlu melalui beberapa ujian untuk menguji abiliti, perangai, keazaman dan juga beberapa aspek lain. Dan dalam ujian tersebut kau juga boleh kehilangan nyawa. Faham?"

Marvin mengangguk dengan tegas.

Jika dia tidak dapat mengharungi bahaya ini, dia rasa bersalah dengan pengalaman sebagai Pemerintah Malam.

"Bagus."

Lelaki tua itu nampak semangat Marvin yang berkobar-kobar dan memuji buat pertama kali.

Perantau Malam tidak kisah asal-usul. Mereka hanya fokus kepada pegangan untuk melindung Feinan ketika malam tiba.

Sebab itu, Raja Malam dari era kuno telah tinggalkan banyak harta karun.

Orang tua itu membuka pintu di tepi. Dalamnya seperti bilik pembedahan.

"Sebelum kita mulakan ujian pertama, biar aku beri kau sesuatu."

"Masuk dalam, dan baring, tumpukan perhatian. Jangan buat perkara lain."

Marvin agak gementar tetapi masih mengikut arahan orang tua itu.

Dia terus baring di kerusi seperti seorang pesakit menunggu untuk gigi dicabut.

Orang tua itu mencari sesuatu dan akhirnya berjalan perlahan ke arah belakang Marvin.

"Jangan panik walau apa yang kau dapat lihat nanti," dia berkata tanpa perasaan.

"Itu semua ilusi."

Tidak lama kemudian, semua terus bertukar menjadi gelap.

Satu kain pembalut hitam menutup matanya.

Tiba-tiba, kesakitan yang perit terus pergi ke matanya, dan dia dengar orang tua itu membaca mantera di sebelah telinganya!

Dia rasa dunia seperti berputar!

Marvin hanya dapat rasakan sakit yang sangat perit. Dia terus rasa kejang dari kepala sampai ke kaki!

Tetapi dia tidak bergerak.

Dia mengetap gigi dengan kuat. Terdapat cecair yang mengalir dari matanya. Dia tidak pasti adakah itu air mata atau darah!

Ilusi mula kelihatan di depan matanya.

Satu bebola api berputar di depan matanya. Di dalam bebola api itu terdapat bayang gelap!

Wajah lelaki itu sangat dingin dan juga nampak licik. Dia memegang pisau belati di tangan dan kemudian hilang di sebalik pancaran cahaya.

Tetapi bayang itu masih ada.

Marvin seperti melihat dirinya dan nampak belakang dia. Bayang itu muncul tiba-tiba semula dan terus menikam belakang Marvin!

Dia terus berasa sakit yang perit di dada!

"Ini ilusi!" dia memberitahu diri sendiri.

Tetapi ini tidak mengurangkan kesakitan. Dia tahu orang itu merupakan Putera Bayang yang dia sangat kenali!

Rasa terbakar dan ilusi itu silih berganti menyerang urat Marvin lebih kurang satu jam sebelum bisikan orang tua itu habis.

Pembalut itu dibuka. Marvin basah kuyup kerana berpeluh.

"Tubuh badan kau terlalu lemah," orang tua berkata dengan tidak puas hati. "Kau patut datang belajar bagaimana untuk bertukang dengan aku."

Marvin memaksa diri untuk tersenyum dan membuka mata, hanya nampak samar-samar.

"Mata aku… Apa yang berlaku?"

Dia berkelip. Pada mulanya nampak samar tetapi kemudian semua nampak sangat jelas.

"Tunggu sebentar!"

Bukankah sekarang masih gelap gelita!

"Sebagai Perantau Malam, macam mana kau tidak boleh ada dark vision?"

"Mata yang diberi oleh Raja Malam lebih hebat dari dark vision yang hanya boleh dapat jika hidup di persekitaran bawah tanah"

"Kau perlu rasai pengalaman ini sepenuhnya."

"Kau telah puas berehat. Sekarang masa untuk ujian pertama."

Lelaki tua itu menyerahkan skrol kepada Marvin.

Marvin melihat persekitaran dengan penuh terkejut dan gembira!

Dia telah menerima Darksight?

Dia terus membuka log dengan cepat.

[Anda telah menerima rahmat dari Raja Malam…]

[Ujian ilusi sedang berjalan…]

[Ujian kesakitan sedang berjalan…]

[Anda menerima Darksight!]

Darksight! Bukan dark vision!

Apa yang dikatakan sebagai dark vision ialah dapat melihat jarak terhad di dalam gelap dengan bantuan magik atau item.

Walaupun dalam jarak lingkungan dark vision, tidak semestinya nampak jelas.

Tetapi [Darksight] berbeza!

Ini pandangan sebenar. Dengan kata lain, Marvin boleh melihat dengan jelas dalam gelap seperti dia melihat waktu siang. Dan jika dia menjadi Perantau Malam, dia boleh melihat dengan lebih jauh dan jelas.

Ini kekuatan Perantau Malam.

Di tempat yang jauh, negara yang misteri, elves gelap itu mewarisi infrared vision, pelawan level tinggi yang hebat mempunyai kemahiran [Improved Hearing], [Blind Fighting] dan kemahiran lain lagi. Tetapi di depan Darksight, kemahiran yang lain nampak remeh.

Mahupun kemahiran blinding jenis kegelapan juga tidak boleh membuat apa-apa kepada darksight!

Oleh itu, malam tidak dapat menutup mata Marvin.

Teruja dengan perkara yang berlaku, Marvin terus menenangkan diri sendiri.

Perantau Malam di dunia sebenar sangat hebat berbanding di permainan video. Bukan saja terdapat organisasi, tetapi juga peninggalan dari Raja Malam sendiri yang sukar untuk orang lain lawan.

Menjadi Perantau Malam bukan saja dapat meningkatkan kelasnya tetapi juga dapat menarik organisasi yang hebat sekali.

Sasaran Marvin tidak bertentangan dengan organisasi Perantau Malam. Oleh itu mereka boleh bekerjasama.

"Tetapi aku perlu lepas ujian Perantau Malam dahulu. Aku dapat tahu ujian ini sangat sukar," fikir Marvin.

Dia membuka skrol.

Terdapat senarai tugas yang ditulis dalam bahasa yang mudah faham. Apabila Marvin selesai baca, wajahnya terus berubah!

Manakala, di dalam menu cabaran pula, terdapat satu lagi cabaran [Naik Pangkat – Perantau Malam] muncul!

[Misi 1: Ujian Abiliti]: Setiap Perantau Malam merupakan pakar yang dipilih dari mereka yang elit. Mereka bertindak sendiri terutama sekali pada waktu malam. Kelas yang lain bukan tandingan Perantau Malam. Untuk menjadi Perantau Malam, anda perlu tonjolkan kekuatan yang menakjubkan.

[Objektif Misi: Pencuri Sosialit Marcus.]

[Keperluan Misi: Bunuh semua ahli kumpulan pencuri sosialit di atas.]

[Had Masa: Satu minggu.]

[Ganjaran Misi: Lepas ujian pertama – 1500 exp am.]

Penerangan yang terperinci mengenai misi ini. Pencuri Sosialit Marcus telah menawan bukit tandus pelik di arah barat Pekan Oak, bersempadan dengan Bukit Deathly Silent.

Kumpulan pencuri sosialit ini dianggotai oleh lima ahli. Mereka semua pakar dalam pertempuran secara berseorangan. Tetapi mereka menubuhkan pencuri sosialit kerana berbagai waran tangkapan yang dikeluarkan.

Dengan kata lain, ini kumpulan yang bermasalah.

Tetapi permintaan orang tua itu untuk Marvin membunuh lima orang tersebut dalam masa satu minggu!

"Ini agak melecehkan."

Marvin berkerut, tetapi dia tidak ragu-ragu sebaliknya terus meninggalkan kedai tukang besi untuk mengambil kesempatan ketika waktu malam untuk menjalankan operasi.

Next chapter