webnovel

Hartens

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang pulang ke Kampung Pelangi dan menyerahkan cabaran itu, kemudian memperoleh 5,000,000 EXP sebagai ganjaran. Walaupun 5 juta EXP bukanlah kuantiti yang kecil, tetapi bar EXP Zhang Yang hanyalah meningkat sedikit sahaja. Zhang Yang tidak boleh berbuat apa-apa tentangnya apabila ia soal menaik tahap. Ia benar-benar menjadi semakin sukar untuk menaik tahap.

"HAHAHA! *dengus* Kamu mesti seekor babi! Memang babi!" Shabu sangat gembira sambil dia memegang tangan kecil Zhang Yang dalam gabungan anggota badan di antara huf telapuk dan tangannya itu.

Dipanggil babi oleh seekor babi… bagaimana seseorang ingin bertindak balas kepada… komen seperti itu? Patutkah Zhang Yang gembira? Atau marah? Logiknya, Zhang Yang tidak ingin menjadi babi… dia dengan pantas menyuarakan perkara lain untuk mengubah topik. "Ketua, aku terdengar sesuatu berkenaan Kenangan Suci?"

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

ตอนถัดไป