webnovel

Freyna, Si Pembunuh Bayangan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Eh? Peliknya. Kenapa tiada raksasa langsung di sini?" Drizzler yang sentiasa bersifat ingin tahu dan kebudak-budakan meluru dari belakang Zhang Yang dan berdiri di hadapannya.

Dahi Zhang Yang berkerut. Mustahil jika tiada raksasa langsung di kawasan ini! Sama ada memang betul tiada raksasa di sini atau mereka mungkin…

Pong!

Kedengaran bunyi ketukan dan muncul bintang di atas kepala Drizzler yang menunjukkan kesan pegunan. Wataknya mula terhuyung-hayang ke depan dan ke belakang.

Foosh!

Satu jasad berpakaian hitam tiba-tiba muncul dan berdiri di belakang Drizzler. Ia kemudian mengangkat sebilah pisau belati yang berkilat-kilat dan mula menikam bahagian belakang Drizzler.

"Aku diserang!" Drizzler meraung.

Zhang Yang segera menggunakan <Provokasi > dan menghayun pedangnya ke atas raksasa tersebut.

'-347!'

Selepas ia terkena <Provokasi > Zhang Yang, lelaki berpakaian hitam itu memusingkan badannya dan mula menyerang Zhang Yang pula.

"Tak guna! Ia raksasa stealth!" Han Gemuk berteriak.

[Pembunuh Bayangan] (Normal)

Tahap: 25

HP: 2,500

Raksasa itu lemah dan berjaya dibunuh dengan mudah. Namun, masalah utama di tingkat tiga ini ialah mereka tidak tahu di mana sasaran mereka atau berapa bilangan musuh mereka! Jika bilangan raksasa di sini sama seperti jumlah raksasa di tingkat dua dan mereka mempunyai tahap keganasan yang sama, keadaan itu pasti akan menyusahkan mereka! 

"Ayuh!"

Pasukan itu terus maju tanpa mengetahui bila atau di mana raksasa itu akan menyerang mereka. Namun, selepas hanya beberapa langkah, mereka diserang lagi. Bilangan rakssa itu berbeza dari semasa ke semasa. Kadang kala mereka diserang oleh satu raksasa, sementara di waktu yang lain, mereka diserang oleh sekumpulan 7 pembunuh! Pembunuh tersebut mempunyai kemahiran aktif <Serangan Hendap> dan <Tembakan Buah Pinggang>.

Sambil pasukan itu meneruskan perjalanan, Si Salji dan Drizzler telah mencapai Tahap 21 sementara ketiga-tiga pemain lelaki pula hampir mencapai tahap seterusnya.

"Bedebah. Kalau seseorang datang ke sini bersendirian dan berdepan dengan 4 atau 5 raksasa ini secara tidak sengaja, dia pasti akan mati!" kata Han Gemuk dengan suara yang jelas ketakutan. Terdapat satu ketika sebelum ini di mana mereka telah diserang sekumpulan 7 pembunuh pada waktu yang sama. Han Gemuk telah mengalami kerosakan teruk yang telah menyebabkan dia berasa trauma dengan raksasa itu. 

"Akan ada kumpulan raksasa yang lebih besar dan lebih sukar ditewaskan di dungeon akan datang. Jenis raksasa ini sangat mudah dijumpai. Lebih menakutkan, hampir kesemua raksasa itu di peringkat elit dan pemain boleh terbunuh jika kadar tindak balas tank pasukan itu perlahan." Zhang Yang berjalan di hadapan.

"Tak patut begitu!" Han Gemuk menggeleng kepalanya.

"Kalau kau mahu bertarung dengan raksasa stealth, kau perlu kumpulkan [Alat Letupan Cahaya]" ujar Zhang Yang.

"Sukarnya. Menurut pangkalan data rasmi, kadar dapatan [Alat Letupan Cahaya] hanya 1 dalam 10 ribu. Kadar dapatan itu terlalu rendah!"

Kebelakangan ini, Han Gemuk telah membiasakan diri dalam mengkaji tentang permainan video ini melalui laman sesawang rasmi. Dia telah meningkatkan pemahamannya tentang kelasnya sendiri berbanding dengan waktu dia mula-mula bermain dulu. 

"Sudah tentu kadar dapatan itu macam itu! Kalau tidak, semua ahli kelas Perompak akan lenyap!"

Walaupun raksasa di tingkat itu agak sukar ditewaskan dan agak menyusahkan, pasukan itu berjaya meneruskan pertarungan mereka hingga ke penghujung tingkat tersebut.

"Berhenti! Jangan masuk dulu!" Zhang Yang menghentikan langkahnya. "Jalan di sekeliling kawasan ini dan pastikan tiada lagi raksasa di sini. Aku pasti bos tingkat ini berada dalam stealth juga. Kita tak akan tahu bila kita boleh cetuskan pertarungan dengannya. Kalau kita berjaya cetuskannya dan tanpa sengaja menarik lebih banyak raksasa dalam pertarungan menentang bos, kita akan susah nanti!"

Pasukan itu berjalan di sekeliling kawasan untuk memastikan tiada lagi raksasa yang tinggal dalam perjalanan mereka ke penghujung tingkat tersebut.

"Mana bos ini?" soal Han Gemuk dengan perlahan sambil mereka tiba di penghujung tingkat tiga.

"Aku rasa bos ini bersembunyi di satu sudut. Ia tak akan muncul selagi kita tak masuk ke dalam jarak aggronya!" kata Zhang Yang. "Aku rasa kita perlukan terus ke depan dan bos itu pasti akan muncul nanti!"

Zhang Yang berjalan mengetuai pasukannya. Seluruh pasukan itu berjalan dengan berhati-hati dalam satu barisan dan mendekati pintu masuk tingkat empat. Tiba-tiba, satu bayangan hitam melayang dan muncul di sebelah Ratusan Tembakan. Sebilah pisau belati berkilat dengan sinaran cahaya dan Ratusan Tembakan terus dipegun. Teks kerosakan muncul dengan pantas di atas kepalanya lantas HPnya menurun seperti runtuhan salji.

Zhang Yang yang bersedia dari tadi cepat-cepat mengaktifkan <Serangan > dan <Provokasi > untuk menarik aggro raksasa itu daripada Ratusan Tembakan.

Bayangan itu dengan pantas memusingkan badannya dan menukar sasarannya kepada Zhang Yang. Pisau belati di tangannya bergerak ke depan dan ke belakang sepantas kilat! Zhang Yang tidak dapat mengelak semua serangan walaupun setelah dia memaksimakan kebolehannya dalam mengelak. Ia sesuatu yang tidak boleh dibantu kerana atribut Ketangkasan wataknya tidak dapat menyamai kelajuan tindak balasnya sendiri.

Memandangkan raksasa itu tidak lagi "memperkosa" dirinya, Ratusan Tembakan menghela nafas lega. Si Salji cepat-cepat menyembuhkan Ratusan Tembakan dan juga Zhang Yang pada masa yang sama. Ratusan Tembakan telah diserang hingga HPnya hanya tinggal 137 mata. Jika Zhang Yang bertindak balas milisaat lebih lewat, dia sudah tentu akan terbunuh!

Semasa Zhang Yang bertarung dengan raksasa tersebut secara berdepan, pasukan itu akhirnya dapat meneliti keadaan sebenar raksasa tersebut. Raksasa itu merupakan seorang NPC wanita seksi dan ramping yang memakai unitard yang sangat ketat dan melekat pada tubuhnya lalu menonjolkan lagi susuk tubuhnya yang ramping dan mengiurkan itu. Ia menonjolkan terutamanya buah dadanya!

Walaupun tubuhnya ditonjolkan dengan pakaian yang sangat menjolok mata, wajahnya ditutup dengan kain hitam. Wataknya disembunyikan dengan cermat.

"Wah! Tubuh yang mengiurkan!" Air liur Han Gemuk meleleh.

[Freyna, Si Pembunuh Bayangan] (Tembaga Hijau)

Tahap: 25

HP: 250k

"Cemburu tak, budak kecil?" soal Zhang Yang apabila dia menyedari Drizzler sedang merenung buah dada pembunuh itu.

Drizzler terperanjat dan dengan gagap membalas.

"A-Apa… Tak, aku… Aku cuma… Aku… Tak! Aku t-tak c-c-cemburu! Sangat menyusahkan kalau ada b-b-buah dada yang besar! Ia bukan saja menyebabkan seseorang bongkok dan jejaskan posturnya, malah membawa b-b-benda itu ke sana ke mari memenatkan! Aku tak mahu ada buah dada yang b-b-besar!"

Si Salji tertawa sombong dan menonjolkan lagi dadanya. Pergerakannya yang menonjolkan buah dadanya itu mampu menyebabkan hidung seseorang berdarah.

"Budak kecil. Jangan tipu diri kau sendiri! Kalau kau berkata benar, berhenti buat "senaman urutan diri sendiri"!

"Han Yin Xue! Kenapa kau kena dedahkan semuanya tentang diri aku?!" Drizzler menjadi berang.

"Yang Kecil, aku rasa <Pelumpuh Pertahanan> kau memang menjadi!" Han Gemuk mengeluh kecewa.

"Huh? Apa?"

"Jahanam! Kau sudah banyak kali menyerangnya dengan <Pelumpuh Pertahanan>, tapi nampaknya, baju perisainya masih tidak terkopak! Pengurangan perisai apa itu!?" Han Gemuk terus mengadu.

"Apa!" Semua ahli pasukan, selain Han Gemuk, berteriak.

Freyna membisik sesuatu yang tidak difahami dan lenyap dari pandangan. Jasadnya lenyap dalam kegelapan.

"Eh? Adakah dia lari?" Han Gemuk ketawa.

"Tak! Dia menjadi halimunan! Awas, dia mungkin muncul bila-bila masa!" Zhang Yang berkata.

Sebaik sahaja Zhang Yang menghabiskan ayatnya, Freyna muncul di belakang Han Gemuk dan mengetuk kepalanya dengan bahagian belakang pisau belatinya. Apabila dia terhuyung-hayang dalam status <Pegunan >, Freyna cepat-cepat menghayun pisau belatinya dan mengenakan kombo rantaian kelaran dan tikaman ke atas Han Gemuk.

Zhang Yang dengan pantas menjampi <Provokasi > untuk menarik perhatiannya.

'Kebal!'

Si Salji segera bertindak balas. Pertama, dia telah menjampi <Perisai Suci> diikuti <Pertumbuhan Semula> dan akhir sekali <Penyembuhan Tertinggi> yang memerlukan waktu menjampi yang lebih lama. 

Serangan ke atas Han Gemuk berterusan sehingga kesan kemahiran <Serangan Hendap> tamat tempoh. Freyna kemudian berpaling kepada Zhang Yang dan mula menyerangnya. Han Gemuk telah mengalami kerosakan teruk. Dalam masa yang sangat singkat itu, Han Gemuk telah menerima lebih daripada 2,300 mata kerosakan. Dia pasti akan terbunuh jika bukan kerana tindak balas pantas Si Salji. 

"Bedebah! Cetusan kerosakan mengejut bos ini menggerunkan!" kata Ratusan Tembakan.

Zhang Yang mengangguk tanda setuju.

"Ini kuasa Perompak. Ia boleh menyebabkan cetusan kerosakan mengejut yang tinggi apabila ia keluar daripada stealth. Rantaian serangan yang seterusnya pula boleh memusnahkan separuh HP mana-mana kelas! Tapi, ingat, serangannya akan berkurangan selepas rantaian serangan itu! Bila bos itu lenyap, ia akan mengabaikan semua aggro dan memilih mana-mana pemain secara rawak dan menyerangnya selama 5 saat! Sebab itulah <Serangan Hendap> sangat menjengkelkan!"

"Hm. Nasib baik bukan Si Salji yang diserang. Kalau tak, dia mungkin akan serta-merta mati jika dia tak dapat menyembuhkan dirinya sendiri!" kata Ratusan Tembakan.

"Haha! Harap-harap seorang wanita tak akan menyakiti seorang wanita lain!" Zhang Yang ketawa.

"Oh tolonglah, kenapa pula dia nak sakiti aku? Aku ini masih seorang dara muda yang suci!" Si Salji mengenyitkan mata dengan gaya menggoda ke arah Zhang Yang.

"Han Yin Xue!" Drizzler naik marah.

90%, 80%, 70%...

Selepas terkena 5 tindanan <Pelumpuh Pertahanan>, pertahanan bos itu berkurangan, lantas serangan kuat pasukan itu meningkat manakala palang HP Freyna terus menurun dengan lebih laju berbanding sebelum ini. Namun, faktor yang paling sukar dihadapi ialah kemahiran <Serangan Hendap>nya. Dia boleh memilih mana-mana pemain dan menyebabkan kerosakan yang sangat banyak. Jika Si Salji cuai walau sedikit, pemain itu pasti akan terbunuh!

50%, 40%, 30%...

Freyna sekali lagi lenyap dan memasuki mod stealth.

"Jangan pilih penyembuh! Jangan pilih penyembuh!" Han Gemuk cepat-cepat membaca mantera.

Foosh!

Freyna muncul di belakang Si Salji dan memegunnya. Dia mengangkat pisau belatinya dan mula mengenakan kerosakan ke atasnya.

"Jahanam! BEDEBAH KAU, HAN GEMUK!" Zhang Yang berteriak.

"Mulut tak guna! Kau mengundang malapetaka!" Zhang Yang memarahinya. Sayang sekali Zhang Yang tidak boleh menggunakan <Pengorbanan > untuk menyelamatkannya. Dia hanya boleh memandang.

<Pengorbanan > ialah kemahiran Pelindung Tahap 40.

[Pengorbanan]: Melindungi ahli pasukan dan berkongsi semua kerosakan yang dikenakan selama 5 saat.

Tempoh bertenang: 1 minit.

Jarak: 30 meter.

Cetusan kerosakan tinggi Perompak merupakan musuh semulajadi semua Paderi yang berpertahanan rendah. Belum sempat bos itu menyelesaikan kombo serangannya, HP Si Salji menurun kepada kosong. Dengan satu tolakan, tubuh langsingnya jatuh ke tanah. 

'Ding! Pemain Si Salji telah mati!'

"Apa!? Bos bedebah! Berani kau bunuh Si Salji aku yang cantik! Aku akan serang kau habis-habisan!" Han Gemuk berteriak sambil menarik busurnya dan menyerang.

"Hei! Gemuk gatal. Kau boleh berhenti dengan perangai kau. Aku tak akan suka lelaki gemuk!" Si Salji menghantar mesej di saluran pasukan.

"Oh! Kenapa kau cakap begitu! Hati dan niatku suci! Kenapa pula aku akan bermimpi untuk memiliki kau berdua dalam pelukanku!"

"…"

Selepas Si Salji terbunuh, bos itu berpaling dan menyerang Zhang Yang. Tanpa sokongan penyembuhan Si Salji, Zhang Yang masih boleh mengelak dan melarikan diri daripada kebanyakan serangannya, tetapi ada beberapa serangan yang dapat menembusi pertahanannya lalu mengurangkan HPnya!"

"Jangan bazir masa! Serang!"

25%, 20%, 15%!

Freyna tiba-tiba lenyap apabila HP Zhang Yang hanya tinggal 700 mata. Dia dengan pantas menggunakan [Pembalut Kain Kasar].

'+100!'

'+100!'

'+100!'

'…'

Disebabkan Zhang Yang mempunyai gelaran [Sahabat Doktor], kadar pemulihannya berganda apabila dia menggunakan [Pembalut Kain Kasar]. Sementara yang lain-lain hanya boleh memulihkan 500 HP, Zhang Yang boleh memulihkan sehingga 1,000 HP! Dia memulihkan sepenuh kesihatannya semula dalam masa hanya 7 saat!

"Yang Kecil! Itukah kesan ganjaran yang kau terima daripada cabaran berdarah sebelum ini?" Han Gemuk mencemburuinya.

"Ya!"

"Jahanam! Aku boleh buat itu! Argh! Tak guna! Membazir betul!" Han Gemuk meraung.

Foosh!

Bos itu muncul di belakang Ratusan Tembakan. Dia mengangkat pisau belatinya, memegun Ratusan Tembakan, dan mula menyerangnya dengan satu rantaian serangan. 

Kedua-dua Zhang Yang dan Drizzler dengan pantas menggunakan <Serangan > dan mendekatinya. Han Gemuk pula menarik busurnya dengan segera dan menyerang.

Mereka bukan sahaja telah kehilangan satu-satunya penyembuh mereka, mereka juga akan tewas dalam pertarungan ini jika mereka gagal membunuhnya dalam masa terdekat ini!

Next chapter