"-1!"
"-1!"
"-1!"
3 angka kerosakan terapung melintasi 3 kepala Askar Gnome. 6 raksasa bertempik dalam masa yang sama dan menyerang Bulu Dada Berapi.
Bulu Dada Berapi kekal di tempatnya dan mengaktifkan kemahiran <Devotion >. Satu cahaya putih terpancar dari celah kakinya semasa bulatan magis berukuran 2 meter muncul. Apabila Askar Gnome masuk ke dalam bulatan, "-1" dan "-2" angka kerosakan terpancar laju di atas kepala mereka setiap saat.
[Devotion]: Memberi 100% kerosakan Suci ke arah sasaran dalam masa 10 saat, Kerosakan Suci dikategori sebagai kerosakan magis dan tidak akan terjejas oleh Pembela.
<Lontaran Perisai> dan <Devotion > ialah dua kemahiran yang sangat berkuasa. Malangnya, mereka memerlukan mata Kekuatan yang tinggi untuk menahan kerosakan yang tidak terlalu teruk. Disebabkan Bulu Dada Berapi telah menggunakan binaan tank asli, dia telah merosakkan 2 kemahiran tersebut.
"Baiklah, semua orang mulakan serangan! Tiada sesiapa dibenarkan cuai! Aku akan keluarkan statistik kerosakan apabila kita selesai! Tiada peralatan untuk menahan kerosakan terendah!" kata Seluar Pendek Berbunga dalam saluran pasukan sebelum dia menerpa ke hadapan sambil menghunus 2 pedang - seorang Penyamun.
Zhang Yang merupakan off tanker, bermakna dia perlu menahan aggro raksasa dan menghadang daripada bertarung dengan musuh Tanker Utama. Dia perlu menunggu sehingga Bulu Dada Berapi menewaskan kesemua 6 Askar Gnome sebelum meluru ke hadapan untuk mengambil alih.
"-62!"
Dengan satu serangan normal daripada Zhang Yang, raksasa tersebut segera memusingkan kepala dan merodok Zhang Yang dengan lembing di tangannya.
Ya, sudah tentu OT! Nasi baik dia juga seorang tanker!
Bulu Dada Berapi naik angin dan marah, "Noob, jangan guna <Provoke > untuk menarik raksasa, kau tahu tak macam mana nak main?" Dia terlalu yakin diri, menganggap dirinya sudah mantap dengan aggro yang banyak. Dia fikir raksasa itu berpusing ke arah kerana Zhang Yang telah menggunakan <Provoke >.
"Ya, betul! Kalau kau banyak kali guna <Provoke >, raksasa akan jadi imun kepadanya! Noob yang bangang!" ikut Nasihat Bermaruah.
2 orang si bodoh ini tidak boleh diharap langsung tetapi dia tidak perlu menerangkan perbuatannya kerana kebenaran akan tiba!
Kumpulan pemulih kerosakan telah memulakan serangan mereka, bebola api dan panah fros memenuhi ruang. Semua Askar Gnome kecuali askar yang telah diumpan Zhang Yang tidak mempedulikan Bulu Dada Berapi dan mula melangkah ke arah kumpulan penyerang.
Seluar Pendek Berbunga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua pasukan, meninggalkan mereka selepas menjerit memberi arahan, dan hanya menghayunkan kedua-dua pedangnya, menikmati keseronokan selepas menikam belakang badan raksasa. Semua orang menyerang raksasa masing-masing tanpa niat untuk bersama-sama menyerang dan membunuh satu raksasa pada satu-satu masa; kemahiran menarik musuh milik Bulu Dada Berapi sangat lemah, pada masa yang sama menyebabkan 5 raksasa menuju ke arah OT!
"Sial, apa yang Pembela kita telah buat? Tarik mereka dengan betul!" Seorang ahli sihir menghentikan serangan bebola api dan menjerit kebingungan.
Bulu Dada Berapi menahan aggro dengan teruk walaupun kemahiran menyangkalnya tidaklah terlalu teruk, membalas kembali dengan segera, "Sial! Kau OT raksasa itu dan berani merungut? Noob! Berambus keluar!"
"Kau yang noob! Kalau aku seorang yang ter-OT raksasa itu, tidak mengapa! Tapi sekarang 5 raksasa ter-OT serentak! Kau sahaja yang boleh buat kerja hebat ini!" sindir ahli sihir itu.
Zhang Yang menggunakan <Serangan > dan mampu berhadapan dengan raksasa yang telah hilang kawalan. Dia menghayunkan pedang dan mengaktifkan <Sapuan Mendatar>, teks kerosakan berwarna kuning terapung melintasi kepala 5 raksasa itu serentak.
"-137!"
"-148!"
"-145!"
"-298!"
"-139!"
Itu satu Pukulan Kritikal yang tidak disangka-sangka!
Satu raksasa terpegun disebabkan <Serangan > manakala empat raksasa yang lain berpusing ke belakang dan menyerang Zhang Yang.
"Hadang!"
Zhang Yang mengangkat perisainya, berjaya menghadang serangan 4 raksasa pada masa yang sama!
Merujuk huraian kemahiran <Hadang >, boleh digunakan sekali sahaja untuk menghadang satu serangan. Bagaimanapun, Zhang Yang telah mengubah kedudukannya dengan licik, menyelaraskan kepada 4 serangan serentak daripada raksasa. Oleh sebab jarak serangan sangat singkat, sistem telah menetapkan satu serangan, membenarkan <Hadang > berjaya menahan serangan yang mendatang!
Tidak dapat dipastikan sekiranya ini dianggap bug. Syarikat permainan ini sudah lama sedar tentang hal ini tetapi tidak membuang atau menampalnya. Malahan, mereka mendakwa keadaan tersebut sukar dikuasai, dan jika ada seseorang yang boleh menggunakannya, ia patut dianggap sebagai bonus daripada sistem!
"-45!"
"-45!"
"-45!"
"-45!"
<Hadang > memantulkan kerosakan, diikuti lintasan 4 teks kerosakan berwarna kuning.
Zhang Yang mengangkat perisai, menghala ke arah raksasa pegun itu dan menghentam raksasa tersebut.
"-105!" <Hentaman Perisai>!
Ketika itu, raksasa pegun tersebut telah pulih dan raksasa yang telah ditarik oleh Zhang Yang pada awalnya turun menyerang. Kekal bertenang, Zhang Yang mengelak semua 6 serangan raksasa dengan langkah tepi, dalam masa yang sama mengumpulkan semua raksasa ke atas bukit menggunakan pergerakan strategiknya.
Elak!
Elak!
Elak lagi!
HP Zhang Yang kekal tidak terusik sejak dari mula, membolosi serangan raksasa yang bertalu-talu.
"Pakar!" lima ahli pasukan yang bukan daripada Megah menjerit kekaguman.
"Oh Tuhan, kerosakan yang amat tinggi, betulkah dia seorang tanker?"
"Tidak hairanlah HP dia rendah. Dia tambah semua PA pada Kekuatan!"
"Dia hanya boleh memperuntuk PA sebegitu kerana dia sangat mahir! Kau nampak dia tidak terima kerosakan langsung?"
Perasaan cemburu mula timbul daripada perbandingan ketakutan!
Bulu Dada Berapi tidak dapat menahan diri lagi. Sambil memegang tukul perangnya, dia berlari menuju ke arah Zhang Yang dan menggunakan <Pembela Keadilan>, menarik 3 raksasa ke arah dirinya.
[Pembela Keadilan] kemahiran seorang Pembela. Setiap pengaktifan boleh menimbulkan kemarahan 3 raksasa, memaksa mereka menyerang caster untuk 2 saat. Ia menjadi sebab mengapa Pembela tanker lebih sesuai untuk menarik raksasa dalam kumpulan.
Bulu Dada Berapi melepaskan semua kemahiran tinggi permusuhannya kepada 3 raksasa tersebut, dengan penuh harapan untuk menarik aggro, tetapi selepas 2 saat, raksasa itu telah kembali menyerang Zhang Yang dengan pantas, langsung tidak mempedulikan Bulu Dada Berapi!
Bulu Dada Berapi berasa sangat malu dan marah. Dia mengenakan <Pembela Keadilan> sekali lagi, selepas 10 saat telah reda, hanya untuk menerima keputusan yang sama.
"Pembela! Berhenti menarik! Setiap kali raksasa menyerang kau, HP kau turun mendadak. Kau akan membebankan para penyembuh!"
Penjaga Bayi Bermaruah, seorang Paderi daripada Megah, dan Kesatria Suci Kesedihan Lautan tidak berpasukan berasa tidak gembira tetapi sudah terlambat untuk merungut. Penjaga Bayi Bermaruah tidak bersuara kerana berada dalam pasukan yang sama dengan Bulu Dada Berapi.
Bulu Dada Berapi mula meradang, menghalang semua rungutan secara mental. <Pembela Keadilan> diaktifkan sekali lagi selepas 10 saat berlalu, menyakitkan hati Kesedihan Lautan hingga dia terdiam.
Zhang Yang menanda salah satu daripada Askar Gnomes dan berkata, "Fokus dan bunuh raksasa yang bertanda!"
Semua orang memberi kerjasama, menukar sasaran mereka dan beralih kepada raksasa yang telah ditanda oleh Zhang Yang. Malangnya, Seluar Pendek Berbunga dan Nasihat Bermaruah tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menahan kerosakan pada sasaran raksasa mereka.
"Pa! Pa!"
Setengah minit kemudian, 2 Askar Gnome telah tewas dalam serangan bersatu.
Wajah Bulu Dada Berapi berubah menjadi masam. Setelah dia mengaktifkan <Pembela Keadilan> untuk kali keempat, tidak ada langsung raksasa yang terjejas. - Jika banyak kali <Provoke > digunakan untuk menentang seekor raksasa dalam masa yang pendek, raksasa akan mendapat imuniti untuk melawannya.
"Pa! Pa! Pa! Pa!"
Satu demi satu, raksasa tumbang dan selepas raksasa terakhir dibunuh, semua orang keluar daripada Mod Tempur.
Zhang Yang berkerut semasa melihat statistik kerosakan.
[Statistik Kerosakan]
1. Zhan Yu, 12354 kerosakan, 41%
2. Ratusan Tembakan, 4509 kerosakan, 15%
3. Kematian Bersalji, 3313 kerosakan, 11%
4. Sami Ingkar, 3051 kerosakan, 10%
5. Maharaja Api, 2422 kerosakan, 8%
6. Nasihat Bermaruah, 2102 kerosakan, 7%
7. Seluar Pendek Berbunga, 1893 kerosakan, 6%
8. Bulu Dada Berapi, 1287 kerosakan, 4%
Ia sangat mengagumkan apabila Zhang Yang berada di kedudukan pertama dalam kawalan kerosakan. <Sapuan Mendatar> AoE amat menakjubkan! Kerosakan serangan balas selepas <Hadang > juga sangat kukuh - sudah tentu pemain profesional sepertinya mampu menguasai kemahiran ini untuk menahan kerosakan AoE.
"Sangat bagus. Tiada siapa yang mati. Bulu, kau sudah buat yang terbaik!" Seluar Pendek Berbunga terang-terangan menipu, memuji Bulu Dada Berapi.
Maharaja Api ketawa kecil tidak teruja dan menghantar statistik kerosakan di dalam saluran pasukan.
Suasana sunyi seketika.
"Celaka! Apa semua ini! Seorang Penjaga menjadi DPS teratas? Gurauan apa ini! Mesti sistem yang bermasalah!" Nasihat Bermaruah terkejut dan berkata. Sangat memalukan, ahli-ahli Megah, selain daripada Paderi, tiga yang lain berada di kedudukan terbawah dalam statistik kerosakan!
"Maju! Maju!" Seluar Pendek Berbunga cuba mengubah topik dan menggesa semua orang untuk maju ke hadapan. Bulu Dada Berbulu memberi pandangan maut dan tidak berhenti merenung Zhang Yang, matanya dipenuhi perasaan benci.
Terdapat sedikit sahaja raksasa semasa gelombang kedua. Hanya 2, yang mengawal sudut laluan.
"Pahlawan Noob! Perhatikan aku! Aku akan ajar kau bagaimana menarik raksasa dengan betul!" Bulu Dada Berapi tahu dia tidak mampu menarik 6 raksasa, tetapi sekarang ini ada 2 sahaja, ia tidak menjadi masalah!
Nasihat Bermaruah mencelah, "Noob, hanya berdiri dan jangan bergerak!"
Zhang Yang tersenyum kecil dan seperti yang disuruh, berdiri tegak dan melihat Bulu Dada Berapi menerpa ke arah 2 raksasa sambil menghayunkan tukul perangnya.
[Gnome Algojo] (Elit)
Tahap : 12
HP : 6000
Dalam Kejaiban Tuhan, raksasa yang menjaga pintu masuk dikenali sebagai 'Dewa Pagar', karakter yang terkenal dengan kekuatan serangan luar biasa! Membunuh tanker dalam sesaat merupakan perkara biasa.
Nasihat Bermaruah dan rakannya tidak tahu perkara ini tetapi Zhang Yang sangat memahami maklumat ini dengan teliti. Bulu Dada Berapi sendiri mahu menempah maut, kenapa dia perlu menghalangnya?
"Tapi sayang, dibunuh raksasa tidak akan mengurangkan tahap mereka tetapi hanya merosakkan ketahanan peralatan atau menyukarkan peluang untuk mendapatkan peralatan mereka. Tidak seperti PPe di mana kematian akan menyebabkan tahap pemain menurun!" kesal Zhang Yang.
Bulu Dada Berapi berjalan beberapa langkah ke hadapan dan mengenakan <Lontaran Perisai> kepada Gnome Algojo.
Selepas diserang, kedua 'Dewa Pagar' menerpa dengan marah ke arah Bulu Dada Berapi. Kali ini, setiap orang sudah belajar dari pengalaman dan tidak melibatkan diri, mereka tahu yang aggro seseorang tidak boleh dipercayai.
"-105!"
"-97!"
Kedua raksasa menikam Bulu Dada Berapi dengan lembing mereka, menyebabkan kerosakan yang teruk, menyingkirkan tiga per empat HP Bulu Dada Berapi dengan pantas.
Bulu Dada Berapi tergamam. Belum sempat dia beraksi, dua lagi teks kerosakan terapung di atas kepalanya.
"-99!"
"-102!"
"Ding! Gnome Algojo guna <Serangan Korban>!"
"Ding! Gnome Algojo guna <Serangan Korban>!"
"-200!"
"-200!"
"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah maut!"
Pembunuhan segera! Tak guna betul!