webnovel

"Rahsia mengenai Magi rasmi?"

Leylin tersenyum, "Kamu mahu beritahu saya yang kamu tahu tentang model sihir pangkat 1 ataupun lokasi Air Grine dan sebagainya…"

"Kame sebenarnya tahu tentangnya…" Roman berasa terkejut, tetapi seketika kemudian dia tersenyum.

"Ya! Guru kamu pasti telah beritahu kamu yang kemajuan menjadi Magus pangkat 1 memerlukan model sihir pertahanan dan juga Air Grine, bukan?"

"Mungkinkah ada sesuatu yang lain di sebaliknya?" Tiba-tiba Leylin berasa tidak selesa.

"Hahaha…" Roman mula ketawa dengan kuat, "Kamu telah diperdaya oleh guru kamu, atau mungkin guru kamu sendiri juga tidak tahu tentangnya…"

"Adakah kamu tahu tentang kedudukan Magi rasmi?" Roman tiba-tiba menjadi tenang dan bertanya pada Leylin.

"Nampaknya seorang Magus dibahagikan kepada 9 pangkat. Pangkat 1 yang paling rendah, dan pangkat 9 yang tertinggi. Pembahagiannya mengikut pangkat sihir yang boleh digunakan tanpa sebarang tindak balas!"

Leylin pernah mendengar tentang beberapa maklumat ini daripada seorang guru. Tetapi, dia menganggapnya sebagai mitos sahaja. Lagipun, kesemua Magus di seluruh Akademi Abyssal Bone Forest hanya berpangkat 1, kecuali pengerusi yang berada dalam golongan Magus pangkat 2.

Hanya ketua-ketua pihak yang berkuasa seperti Rumah Api Kemalaman mempunyai perkembangan Magi pangkat 3.

Leylin tidak dapat memikirkan kekuatan seorang Magus pangkat 9,

"Nampaknya kamu telah cuba sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat mengenai Magi rasmi…"

Melihatkan dia telah dapat menarik minat Leylin, Roman bersandar pada dinding bola kristal dengan selamba, dan berkata, "Kekuatan seorang Magus bergantung pada kebolehan mereka berjaya membina sihir pangkat 1 dalam kesedaran mereka, dan mengubahnya menjadi sihir pertahanan dalaman sendiri! Mereka akan memperolehi jampian sihir serta-merta atau sihir itu akan sentiasa diaktifkan. Tambahan pula, kadar penggunaannya sangat rendah…"

Leylin menganggukkan kepalanya, sihir dalaman seorang Magi sentiasa dikekalkan di sekeliling badan mereka dan membentuk sebuah halangan. Oleh sebab itu, Cip A. I. sentiasa gagal mendapatkan bacaan dan data mereka.

"Selepas bermaju menjadi seorang Magus pangkat 1, kesedaran seorang Magus akan membentuk satu sihir dalaman. Kalau Magus ini ingin bermaju sekali lagi, menjadi Mangus pangkat 2, dia mesti membina sihir dalaman yang baru. Sihir baru ini perlu dibina di atas asas sihir dalaman yang asal. Maksudnya, seorang Magus pangkat 2 akan mempunyai 2 sihir dalaman, dan Magus pangkat 3 akan mempunyai 3 sihir dalaman. Kalau dia seorang Magus lagenda pangkat 9, dia akan mempunyai 9 sihir dalaman dan sihir terakhirnya ialah sihir pangkat 9!"

Roman membongkar beberapa butiran yang tidak diketahui oleh banyak orang, demi mendapatkan sebarang peluang untuk hidup.

"Pendek kata, seorang Magus pangkat 9 boleh menjampi sihir pangkat 1 hingga 9 dengan serta-merta!"

Leylin berasa tidak bermaya. Dia tidak dapat menentang sihir pangkat 1, apatah lagi sihir pangkat 9 yang dijampi oleh seorang Magus Agung.

Sekiranya seorang Magus dapat menjampi sihir bertahap tinggi dengan serta-merta, ini bermakna kemampuan pertempurannya boleh memusnahkan gunung-gunung dan mengeringkan lautan.

"Penipuan yang kamu sedang katakan ini?"

Leylin bertanya tiba-tiba.

"Hehe! Sihir dalaman merupakan asas kekuatan rohani seorang Magus. Sebaik dibina, sihir dalaman ini tidak boleh ditarik balik, buat selama-lamanya, Lebih-lebih lagi, sihir-sihir dalaman yang berikutnya perlu dimodelkan mengikut sihir dalaman yang asal. Apa yang akan berlaku kalau kamu memilih sihir dalaman yang salah? Dua sihir dalaman yang bertentangan dalam kesedaran, paling tidak akan mengakibatkan sihir yang tidak berkesan. Tapi esar kemungkinannya, otak kamu akan meletup seperti bom alkimia. Bang! Kepala meletup!"

Roman membuat isyarat letupan dan tertawa.

"Senario ini sangat masuk akal!" Muka Leylin berubah suram.

"Jadi, di mana asas penipuan ini?"

"Mereka telah menyembunyikan kewujudan teknik meditasi lanjutan!" Roman mencangkung sambil memeluk lututnya.

"Teknik meditasi lanjutan?" Hati Leylin menjadi goyah. Dia pernah terdengar maklumat ini tetapi mentornya, Kroft, juga tidak pernah menjumpai sumber atau bahan lanjutan sebegini.

"Ya, Teknik meditasi lanjutan amat sesuai dengan teknik meditasi kekuatan rohani seorang ahli sihir! Bukan sahaja kadarnya lebih cepat daripada teknik meditasi biasa dalam membina rune minda, teknik ini juga membentuk sihir dalaman dalam kesedaran seorang Magus secara semula jadi, pada setiap tahap!"

"Membentuk sihir dalaman secara semula jadi? Maksud kamu…" Suara Leylin menjadi lemah.

"Betul, kalau tahap teknik meditasi lanjutan meningkat, sihir dalaman akan turut meningkat. Bukan sahaja tiada sihir dalaman yang bertentangan, teknik meditasi itu akan memperkuatkan kesan sihir dalaman! Jadi kamu tak perlukan Air Grine atau model sihir."

Roman tersenyum sinis, "Lagipun, sihir dalaman yang dibina melalui teknik meditasi akan saling melengkapkan di antara satu sama lain. Bukan sahaja konflik antara sihir dalaman tidak akan berlaku, teknik meditasi ini akan turut meningkatkan tahap keberkesanan sihir dalaman!"

"Fikir tentangnya! Kalau kamu menggunakan Air Grine untuk bermaju, kamu akan sedar tahap di seterusnya akan menjadi sangat sukar untuk bermaju. Setiap kali kamu ingin bermaju, kamu perlukan sesuatu yang lebih kuat dan berkesan daripada Air Grine untuk membantu kamu mencapai kemajuan. Bukan itu sahaja, kamu juga perlu meneroka tanah yang luas untuk mencari sihir dalaman yang tidak bertentangan dengan yang asal. Ini terserah kepada nasib dan secara ringkasnya, tidak dapat dilakukan!"

"Dan selepas beratus tahun, Magi yang menggunakan teknik meditasi lanjutan akan meningkat tahap secara berterusan, manakala kamu sedang bergelut untuk hidup di bawah hierarki dan akhirnya mati di sudut di mana tanpa dipedulikan…"

Peluh sejuk di dahi Leylin semakin bertambah.

Dengan pengalamannya yang banyak, dan juga pengiraan yang dibuat oleh Cip A. I., dia tahu 98% kata-kata Roman itu benar.

"Dunia Magus memang penuh dengan perangkap dan langsung tidak boleh tersalah langkah!"

Jadi, adakah kamu ingin menggunakan sebahagian daripada teknik meditasi lanjutan ini untuk ditukarkan dengan nyawa kamu yang tak berguna?" Leylin menarik nafas sebelum bertanya.

"Benar. Sebaik kamu bersumpah di depan Mata Percubaan sebagai saksi, saya akan menyerahkan salah satu lokasi teknik meditasi lanjutan ini!"

Roman melaung, "Kalau kamu tidak lepaskan saya, jangan ingat kamu akan mendapat tahu tentang teknik meditasi lanjutan tersebut!"

"Adakah teknik meditasi lanjutan itu berkaitan dengan Magus Hebat Serholm?" Leylin terdiam sebentar sebelum tiba-tiba bertanya.

"Kamu tahu tentangnya? Betul, kamu pernah pergi ke makmal itu juga dan nampaknya kamu telah menemui beberapa maklumat!" Roman terkejut sebelum penampilannya menjadi tenang.

"Apa gunanya? Sebahagian daripada teknik meditasi lanjutan itu sudah cukup untuk menebus nyawa saya!"

"Baik!" Leylin berdiam sebelum bersetuju dengan Roman.

Kemudian dia membaca jampian yang bermisteri.

Jampian ini sangat membelit lidah dan terdapat banyak jeda. Kuasa sihir yang banyak diperlukan sebelum bacaan itu boleh siap.

Leylin hanya boleh menggunakan jampi ini selepas bermaju menjadi pembantu paderi tahap 3.

Sebaik perkataan jampian yang terakhir dibacakan, gelombang tenaga muncul dari kekosongan dan cahaya persekitaran menjadi malap. Sebiji mata misteri muncul di udara, di atas meja eksperimen Leylin.

Iris mata tegak itu gelap dengan anak matanya berwarna merah darah. Di bawah pandangannya, badan Leylin menggeletar, seolah-olah dia tidak memakai pakaian. Kesemua rahsianya dirasakan seperti telah dibongkarkan.

"Cip A. I.! Imbas!"

Leylin mengarah dalam hatinya, namun dia tidak mendapat sebarang jawapan.

Nampaknya keupayaan semasa Cip A. I. masih tidak dapat mengesan entiti pelik seperti Mata Percubaan ini. Walaupun mata ini hanya badan sekunder, ia mempunyai sebahagian daripada kekuatan tubuh penuhnya.

"Dengan Mata Percubaan sebagai saksi, saya, Leylin Farlier, akan segera melepaskan Roman daripada Sfera Simpanan Roh sebaik sahaja dia memberitahu saya maklumat mengenai teknik meditasi lanjutan.

Leylin berkata dengan perlahan dalam Bahasa Byron.

Ketika Leylin menyiapkan sumpahannya, Mata Percubaan itu berubah menjadi cahaya hitam dan masuk ke dalam dahi Leylin dan Roman secara berasingan.

"Baik! Saya telah buat yang kamu minta, cepat beritahu saya lokasi teknik meditasi lanjutan itu!"

Muka Leylin kelihatan tidak sabar.

"Baik! Saya sebenarnya tidak tahu banyak mengenai teknik meditasi lanjutan. Cuma setiap teknik meditasi lanjutan mempunyai keperluan yang berbeza untuk kebolehan pengguna dan jiwanya.

"Saya pernah membaca tentangnya dari catatan yang ditinggalkan oleh seorang Magus, petunjuk ke makmal Magus Hebat Serholm. Saya juga tahu dia telah tinggalkan warisan teknik meditasi lanjutan di dalam sebuah makmal yang tertentu!"

Di bawah kekangan Mata Percubaan, Roman mula meluahkan segala apa yang dia tahu.

"Apakah keperluan bagi teknik meditasi ini?" Leylin bertanya.

"Saya tidak tahu. Dengan kebolehan saya sebagai seorang pembantu paderi tahap 3, mendapat tahu lokasi sebahagian daripada teknik meditasi itu sudah dianggap sangat bertuah, jadi mana mungkin saya minta lebih dari itu? Saya kemudian tergesa-gesa meneroka makmal itu, dan akhirnya mati di dalamnya!"

Roman tersenyum sinis.

"Jadi, beritahu saya lokasi teknik meditasi itu!" Muka Leylin tidak bersemangat sambil berkata dengan nada yang rendah.

"Pada halaman yang terkoyak itu, saya mendapat beberapa lokasi. Lokasi sebelumnya ada tanda silang, jadi hanya satu tempat yang tinggal. Lokasinya ialah di Taman Dylan yang terletak dalam Dataran Gunung Bulan Zither!"

"Dataran Gunung Bulan Zither, Taman Dylan?"

Leylin tiba-tiba terfikirkan tempat ini yang pernah dibacanya dalam pengembaraan sebelum ini. "Jadi Taman Dylan terletak di Dataran Gunung Bulan Zither ya?"

"Ini sahaja yang saya tahu, cepat lepaskan saya!" Roman melaung.

"Baik! Saya akan lepaskan kamu sekarang. Di bawah kekangan Mata Percubaan, saya tidak akan melanggar janji!"

Leylin tersenyum and memetik jarinya.

* Boom! *

Sfera Simpanan Roh itu pecah berderai, mendedahkan satu badan roh lut cahaya di dalamnya.

Pada masa yang sama, dua cahaya keluar daripada badan Leylin dan Roman. Ini membuktikan perjanjian dengan Mata Percubaan telah dipenuhi oleh Leylin.

"Haha! Saya bebas! Saya bebas!"

Roman menjerit.

"Ya! Saya telah menunaikan janji saya, dan melepaskan kamu dari Sfera Simpanan Roh itu! Sekarang kita tidak terhutang apa-apa!"

Leylin tiba-tiba melambaikan tangannya dan mengaktifkan formasi sihir.

*Bang!*

Dalam sekelip mata, rune sihir yang ada atas meja eksperimen itu bercahaya lalu menelan Roman.

"Apa yang terjadi? Kamu! Bagaimana kamu lepaskan diri daripada ikatan perjanjian!"

Muka Roman sangat terkejut.

Next chapter