webnovel

Kembali ke Tujuh Belas (9)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tempat saya… kami dah ada cukup pembantu rumah yang diperlukan…" jawab Huo Mian perlahan.

Sebenarnya, tambahan seorang lagi di Rumah Besar Bukit Selatan tidak akan memberi kesan terhadap apa-apa. Paling tidak, Encik Qin perlu membayar beberapa ribu yuan lagi gaji pekerja tetapi itu tidak akan meninggalkan kesan kerana dia cukup kaya untuk mengupah ratusan orang lagi.

GK boleh membuat lebih banyak keuntungan dalam masa sehari berbanding pendapatan seseorang dalam seumur hidup…

Oleh itu, bagi Qin Chu, wang hanyalah angka, bukan sesuatu yang perlu disimpan.

Namun, Huo Mian tidak menyukai sepupunya. Jadi, dia tidak mahu berpura-pura menjadi baik dan mengupah Yang Xiuping bekerja di rumahnya.

"Mian… apa kata kamu carikan kerja untuk dia di hospital kamu atau di syarikat Qin Chu? Dia tak boleh duduk saja di rumah dan tak buat apa-apa."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter