Su Yu berkata, sepatah demi sepatah, "Saya tak boleh jawab soalan kamu, jadi saya pilih keberanian."
Sebaik sahaja dia berkata begitu, semua orang mula membuat bantahan - akan tetapi peraturannya ialah jika seseorang itu tudak mahu menjawab soalan kebenaran, mereka dibenarkan untuk memilih keberanian.
Huo Siqian tersenyum, berpuas hati dengan dirinya sendiri. "Minum satu botol wain merah dalam masa tiga puluh saat."
"Bukan ke kamu agak melampau?" Wei Liao geram; wain merah ini sangat kuat, bukankah ia akan memberi kesan buruk jika Su Yu perlu menghabiskan seluruh botol? Adakah Huo Siqian sedang bergurau, menyuruh Su Yu minum setiap titisan dalam masa 30 saat?
"Apa, Tuan Muda Su, kamu takut?" Huo Siqian tersenyum sambil memandang Su Yu.
"Saya akan buat." Su Yu mengangguk, menerima cabaran Huo Siqian.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com